Sumber Foto: Instagram Noor Nabila & Sharnaaz Ahmad

Tiada siapa yang mahu berpisah jika sudah membuat ikatan perkahwinan, namun jodoh tidak panjang. Apa yang berlaku mungkin yang terbaik untuk kita. Pada hakikatnya yang bercerai itu hanyalah suami isteri, tidak memisahkan anak-anak dengan ibu bapa mereka.

Pujian harus diberikan kepada Nor Nabila Mohd Noor atau mesra dengan panggilan Nabila dan juga pelakon Sharnaaz Ahmad yang melaksanakan tanggungjawab yang baik untuk anak mereka Jebat Jayden walaupun mereka berdepan dengan kegagalan rumah tangga.

Nabila dan Sharnaaz telah bercerai pada 9 Julai lalu secara hakam di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan seleas mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2017.

Ramai Kata Saya PENAT Jaga JEBAT, Sebenarnya..- Sharnaaz Ahmad

Kita Tak Mampu Jaga Anak 24 Jam, Yakinlah Dengan Allah

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden yang bakal menginjak usia dua tahun.

Bercerai Itu Hanyalah Suami Isteri, Sharnaaz Komited Tak Pernah Lupa Lawat Anak Setiap Hari

Ads

Nabila Gembira, Shaarnaz Berikan Kasih Sayang Penuh Pada Anak

Seperti mana yang dipertik menerusi Harian Metro, Nabila berkata, dia gembira apabila Sharnaaz tidak pernah lupa melawat anaknya dan memberikan sepenuh kasih sayang.

“Saya memberikan kerjasama bagi memudahkan proses pertemuan bapa dan anak. Bagi saya, Sharnaaz seorang bapa yang bagus kerana dia tak mengabaikan tugasnya.

“Hari-hari Sharnaaz meluangkan masa melihat dan bermain dengan anak. Dia sangat komited serta berdedikasi. Saya pun tak kisah dia nak berjumpa dengan anak pada bila-bila masa memandangkan jadual kerjanya sebagai pelakon tidak menentu,” kata Nabila.

Ads
Bercerai Itu Hanyalah Suami Isteri, Sharnaaz Komited Tak Pernah Lupa Lawat Anak Setiap Hari
Kasih sayang seorang bapa.

Anak Fokus Utama Kami

Nabila turut menerangkan anak merupakan fokus utama dirinya dan bekas suami.

“Apa yang penting adalah anak, dia adalah fokus utama kami. Saya sendiri tak mahu anak rasa kurang kasih sayang daripada kedua belah pihak,” tambahnya.

Ads
Bercerai Itu Hanyalah Suami Isteri, Sharnaaz Komited Tak Pernah Lupa Lawat Anak Setiap Hari
Nabila bersama anak kesayangan.

Tidak Tolak Jodoh

Kakak kepada Neelofa ini juga menerangkan dia tidak serik untuk berkahwin lagi jika ditakdirkan bertemu jodoh yang bersesuai.

“Saya tak serik nak berkahwin lagi. Saya percaya dengan ketentuan Ilahi dan kalau ada jodoh saya mahu berkahwin lagi.

“Saya nak tambah bilangan cahaya mata. Namun, buat masa sekarang saya lebih selesa memberi tumpuan kepada diri sendiri dan mahu membesarkan anak, Jebat Jayden dengan penuh kasih sayang.

“Kalau ada sesiapa nak berkawan pun, mungkin ambil masa untuk saling mengenali,” ujarnya.

Sumber Foto: Instagram Noor Nabila & Sharnaaz Ahmad
Sumber: https://www.hmetro.com.my/rap
Bagi pautan dan kisah menarik boleh ke Instagram https://www.instagram.com/mingguanwanita/

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI