Berita yang cukup menggemparkan industri seni pagi ini apabila selebriti Zarina Anjoulie memaklumkan dirinya kini sudah bercerai dengan suami.
Selepas enam bulan mendirikan rumah tangga perkongsian terbaru pelakon ini ternyata mengejutkan ramai.
Menerusi sebuah perkongsian di Instagram itu, Zarina memaklumkan hari ini merupakan hari paling bahagia dalam hidupnya apabila mendakwa dia dan suaminya, Eilyas Azhar sudah berpisah.
Untuk rekod, Zarina bersama suami Eilyas Azhar telah bernikah di Pejabat Agama Islam Negeri Sembilan pada Julai 2020 selepas empat tahun bergelar ibu tunggal.
“Thank u so much for your support guys but ini adalah yg terbaik Buat anju sekarang , takde apa2 yg buruk jadi pun it’s just what’s best for me ️,” tulisnya menerusi kapsyen di salah sebuah entri Instagramnya.
Menerusi perkongsian yang sama, ibu kepada seorang cahaya mata ini juga turut memuat naik sebuah video dan meluahkan rasa tentang keadaan dirinya yang terkini. Walaupun nampak bersahaja namun sesekali Zarina kelihatan sebak sambil menahan air mata dari terus mengalir.
“Saya secara rasmi telah bercerai. Kami tidak sehaluan lagi dan penceraian adalah pilihan sendiri.
“Terima kasih kerana ambil berat,” ungkap Zarina.
Zarina juga mengakui dia ingin menggunakan masanya kini untuk menumpukan soal anak dan keluarga.
“Saya nak fokus pada kerja, keluarga dan anak. Saya nak guna masa ini, terima kasih,” luahnya lagi.
Baca Disini Juga:
‘Kenapa Saya Pilih Kahwin Suami Orang’ Sebelum Kecam, Hadam Isi Hati Madu Ketiga Ini
“Nak Kahwin Punyalah Susah, Nak Kena Bukti, Tiba-Tiba Nak Bercerai Dimudahkan” Peguam Amirul Akmal
Manis Bertudung Sedondon Merah Jambu, Zarina Anjoulie Dan Suami Di Majlis Resepsi
Sebelum bernikah dengan Eilyas Azhar, Zarina pernah mendirikan rumahtangga dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, namun mahligai perkahwinan mereka berakhir pada Disember 2016.
Sumber/Sumber foto: Instagram Zarina Anjoulie
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita