“Bercerai Bukan Sebab Buku Klinik Koyak.” Ini Yang Bekas Suami Hadap

Share

Semalam tular berita tentang kisah seorang wanita dalam pantang diceraikan disebabkan buku temujanji klinik koyak. Rupanya bukan perkara itu yang menjadi punca menjadi penceraian apabila bekas suaminya tampil membuat penjelasan.

Sebenarnya pasangan ini bercerai bukan sebab buku klinik koyak, ini yang bekas suami ini hadap selama berkongsi hidup bersama.

“Bercerai Bukan Sebab Buku Klinik Koyak.”

Seorang lelaki menafikan yang dia menceraikan isteri yang masih dalam pantang hanya kerana tidak berpuas hati buku klinik koyak.

Sebelum ini Sinar Harian melaporkan, seorang ibu beranak tiga di Flat Taman Semarak di sini diceraikan suami ketika masih dalam pantang.

Keadaan itu menyebabkan wanita berusia 26 tahun tersebut berdepan tekanan, malah buntu memikirkan bagaimana mahu membesarkan tiga anaknya yang berumur empat, dua tahun dan bayi berusia 17 hari.

Ini Yang Bekas Suami Hadap

Bekas suaminya, yang berusia 30-an itu berkata, tindakannya menceraikan isteri kerana tidak tahan dengan sikap bekas isteri yang mudah naik tangan setiap kali mereka berselisih faham.

Menurut beliau, masyarakat hanya mendengar cerita daripada sebelah pihak sahaja dan ia seolah-olah memberi gambaran yang dirinya suami tidak bertanggungjawab.

“Sebenarnya pergaduhan saya dengan bekas isteri berlaku selepas isteri marah apabila buku temu janji klinik anak kami koyak. Tapi waktu itu dia mengugut mahu mencederakan saya.

“Bagi saya itu agak melampau. Selama ini saya bersabar dengan sikapnya yang akan memukul dan mencederakan saya apabila kami bergaduh. Kali ini, saya tak tahan lagi, sebab itulah saya buat keputusan ceraikan dia,”

katanya.

Baca Juga Di Sini:

“Anak Baru Dilahirkan, Belum Sempat Rasa Kasih Sayang” Wanita Ini Diceraikan Dalam Pantang

Isteri GARANG, Cekap Buat Kerja Rumah Tapi Suami Kenalah Tahu LAYAN Sikapnya

Isteri Hampir Hilang Sabar Sikap Baran Suami, Makin Tua Makin Menjadi!

SUAMI Cubalah Kawal SIKAP Melenting, Sekali ISTERI Terluka Dia Akan INGAT

Perubahan Fizikal Isteri Selepas Melahirkan Anak Bukanlah Kekurangan, Itu Adalah Pengorbanan

 Terkesan Dengan Video Isteri

Ujarnya, dia terkesan apabila video berkenaan tindakan bekas isterinya yang mahu membunuh diri tular di media sosial, sehubungan itu dia memberi kenyataan kepada media kerana mahu membersihkan namanya.

Katanya, hanya dia dan bekas isteri sahaja yang tahu apa sebenarnya yang berlaku.

“Awal perkahwinan kami bahagia. Tapi semuanya sementara apabila lama-kelamaan kami sering bergaduh.

“Kami pernah bercerai pada tahun 2019 tapi rujuk semula atas permintaan isteri. Sepanjang menjadi suaminya, saya tak pernah abaikan tanggungjawab,” katanya yang turut membuat laporan polis.

Tetap Sayangkan Anak

Bagaimanapun dia tetap sayangkan anak-anaknya dan berharap masyarakat berhenti daripada terus menghukumnya.

Baru-baru ini tular video di aplikasi TikTok berkenaan seorang wanita yang cuba membunuh diri selepas diceraikan suami ketika masih dalam pantang.

Mingguan Wanita : Sesungguhnya apa yang berlaku harusnya menjadi pengajaran buat kita semua. Kadang-kadang tidak semestinya apa yang isteri lakukan betul, bertolak-ansur dan berubahlah demi suami dan keluarga.

Sumber: Sinar Harian

Untuk dapatkan info berkaitan kursus keusahawanan anjuran Mingguan Wanita, join telegram BANGKIT Wanita : https://t.me/bangkitwanitaMW

Published by
Nur Syazwani Mehat