Tak mudah bagi seorang isteri untuk melepaskan perkahwinan yang dibina bersama suami atas dasar cinta, mahupun atas dasar apa sekali pun. Ada isteri yang tidak bahagia ambil masa bertahun-tahun untuk membuat keputusan keluar dari jalan perkahwinannya.
Mengapa? Kerana, ada wanita yang sanggup hidup tidak bahagia dalam rumah tangga mereka asalahkan orang yang mereka cinta dapat hidup bahagia.
Persoalannya.. sampai berapa lama. Dzuriasiki Dzulkefli akui yang dirinya pernah menjadi wanita yang kurang matang dalam perkahwinan terdahulunya.
Setiap tindak tanduk yang isteri pilih itu pasti bersebab. Namun, atas alasan apa pun, membenci dan cintailah pasangan dengan tidak keterlaluan emosinya. Kerana akhirnya, itu lebih baik bagi diri seorang wanita.
Bercerai Belum Tentu Putus..
Sebab itu dalam Islam ada talak, edah dan rujuk. Yang bersatu dan nampak sangat bahagia juga belum tentu kekal. Sebab itulah juga kita tidak boleh bermegah dengan pasangan seolah kita sahajalah orang yang paling bahagia dalam rumahtangga.
Tidak ada siapa pun yang tahu apa yang ada dalam hati pasangan kita walaupun segalanya kelihatan sangat sempurna, sangat baik, sangat lengkap. Melainkan Allah.
Semua orang tahu bahawa apa sahaja yang kita ada tidak milik kita. Namun tidak semua orang akan faham tentang ini. Pengertian yang ada tidak dari hati. Melainkan bagi orang yang sudah melalui perpisahan dalam perkahwinan itu sendiri.
Bagi wanita, ketika mereka mempunyai pasangan, anak-anak, tempat tinggal serta makan dan minum, itu sudah cukup bahagia. Hal yang lain dari itu jika boleh tahan, akan wanita pilih untuk bertahan.
Kemudian saya berkata lagi. Hal yang kedua, wanita itu sifatnya… Apabila mencintai dan menyayangi seseorang, sayangnya sampai mati. Saya berkata demikian kerana saya sendiri pernah menjadi seorang wanita berfikiran kurang matang suatu masa dulu.
Saya tahu, bukan semua wanita seperti saya. Namun, kebanyakannya begitu. Wanita seringkali meletakkan rasa bahagia mereka dalam genggaman orang lain.
Wanita Sanggup Hidup Tidak Bahagia Dalam Rumah Tangga
Cinta tidak buta. Yang buta adalah manusia yang bercinta. Jadi, kebanyakan wanita sanggup hidup tidak bahagia dalam rumahtangga mereka asalkan orang yang mereka cinta (pasangan dan anak-anak) dapat hidup bahagia.
Ads
Kembali kepada perbualan saya, wanita tadi berkata kepada…. dia tidak begitu. Dia punya suami, namun cintanya pada suami bukan seperti apa yang saya gambarkan pernah berlaku dalam hidup saya.
Katanya lagi, jika suatu hari dia perlu pergi, dia akan pergi meninggalkan suaminya (jika terdesak kerana apa-apa hal yang tidak sepatutnya berlaku dalam rumahtangga. Hal yang dibolehkan dalam agama bagi melindungi diri wanita). Dia berkata, sudah tentu dia menyayangi suaminya itu. Tetapi sayangnya ada batasan.
Lalu saya bertanya kepadanya, apakah dia pernah melalui perpisahan sebelum ini? Barangkali kerana pernah melalui hal yang menyakitkan atau mengecewakan sebelum ini maka dia jadi lebih berpada-pada. Lalu baru dia teringat bahawa dia pernah dikecewakan.
Sambil mengangguk berulang kali, dia akhirnya faham apa yang saya cuba jelaskan. Bahawa kekecewaan akan menjadikan kita lebih matang dalam hubungan rumahtangga. Bahkan kematangan akan membuatkan kita lebih sedar akan banyak perkara dalam hidup.
Tidak jatuh cinta dengan sepenuh hati (seolah dunia ini kita saja yang punya).
Ads
Tidak berasa seolah pasangan kitalah yang paling penyayang, paling romantis dan paling hebat. Kita akan lebih mengerti bahawa kita sebenarnya tidak tahu apa pun yang tersimpan dalam hati pasangan, biarpun kita berasa seolah “tidak pernah ada rahsia di antara kita dan pasangan.
Sulit untuk menjelaskan semua ini dengan susunan kata-kata yang baik.
Suatu hal dalam hidup, jika membenci seseorang, janganlah keterlaluan. Mungkin nanti orang itulah yang akan menjadi teman paling rapat dengan mu nanti. Jika menyukai seseorang, harus berpada. Boleh jadi nanti, dialah orang yang paling kamu benci.
Sama-sama kita mendoakan yang terbaik buat pasangan Noh Salleh dan Mizz Nina. Hanya Allah yang lebih tahu apa yang terpaling baik buat mereka. Yang pasti, takdir Allah adalah untuk yang lebih baik, lebih indah dan lebih sempurna.
Mingguan Wanita : Jangan menuduh lemah pada isteri yang sedang bertahan dalam perkahwinannya. Kita tidak tahu kekuatan apa yang membuatkan mereka kekal bersabar dan merelakan hati tidak bahagia demi orang lain.
Tak balik raya. Tiap kali musim raya, isu inilah selalu dikeluarkan oleh pasangan. Nak beraya rumah orang tua dulu atau rumah mak mentua? Baik isteri atau suami, masing-masing tak nak mengaku kalah.
Biasa kalau isteri dah tnetulah nak beraya rumah mak ayah. Bagi suami pula, asalnya tak kisah pun, tapi atas sebab personal, mulalah menggunakan kuasa veto untuk ikut beraya di rumah orang tuanya.
Belum lagi tentang mak mentua minta semua anaknya balik beraya di rumah, kalau tak nak digelar anak derhaka. Nak tak nak, sebagai seorang anak kenalah ikut hinggakan sanggup ugut isteri pula untuk balik beraya bersama di rumah maknya.
Inilah yang paling menyedihkan bila ada suami sanggup ugut dengan menjatuhkan talak pasal isteri jika tidak balik beraya di rumahnya.
Walaupun boleh saja isteri taat tapi kesan dalamannya hanya Allah yang tahu. Sebagai suami pula, jangalah sampai begitu sekali lakukan pada isteri semata-maa nak isteri ikut perintahnya.
Perkongsian daripada Nur Aqidah Mawardi ini, turut menekankna tentang cara mak mentua supaya bertoleransi pada pasangan anaknya.
Hukum asal… WAJIB SEORANG ISTERI TAAT KEPADA PERINTAH SUAMI SELAGI TIDAK BERCANGGAH DENGAN SYARA’
Cuma…..
Janganlah sampai nak jatuh talak jika isteri membuat permohonan dan keizinan nak balik umah mak dia.
Wahai segelintir suami, anda berkahwin dengan anak orang. Bukan anak buluh betung. Anda sepatutnya kena mainkan peranan bercakap dengan ibu kalian tanpa membabitkan isteri.
Seperti contoh “mak, abang raya pertama baru balik kampung yer, sebab tahun ni abang teringin nak raya dengan mentua abang” ….
Bila cakap macam ni, mak anda akan lebih faham sebab sebagai ibu pasti nak anak dia bahagia.
Anak Raikan Pasangan
Wahai para ibu yang dah punya menantu. Ketahuilah anak kita dah berkahwin dengan anak orang lain. Jadilah ibu yang support untuk anak-anak meraikan pasangannya.
Andai satu hari, anak perempuan kita diperlakukan sedemikian rupa, apa perasaan kita????? Jika kita perlakukan menantu ”BURUK” , ingat!!!! Kita ade anak perempuan atau adik perempuan atau saudara perempuan. Allah Maha Adil .
Begitu juga suami, jangan tanya kenapa andai satu hari anak perempuan mu menjadi hamba abdi suaminya kita kamu perlakukan isteri mu lebih teruk dari hamba abdi
Jangan mudah-mudah labelkan anak kita anak derhaka, parah hidup anak tu nanti.
Bertoleransilah , berlapang dadalah, …. kita sama-sama azam, bila jadi menantu atau mentua atau apa sahaja peranan, kita usaha untuk jadi yang baik semampunya tapi jangan sampai “makan diri” … minta agar kita semua dipelihara oleh ALLAHU YA HAFIZ ….
Mingguan Wanita: Sebenarnya, tak akan timbul isu ini kalau masing-masing bertoleransi dan nak mudah buatlah tahun giliran. Senang. Tapi kalau jenis suami yang ‘ketegak’ ni susah juga.
Memang tidak dapat lari bila kita sudah bekerja dan berada di bawah satu sayarikat yang sama. Di mana, rakan sekerja tentulah terdiri daripada lelaki dan perempuan yang sama-sama mencari rezeki.
Mungkin pergaulan ini dianggap sebagai rakan sekerja dan tidak ada langsung ‘maksud tersirat’untuk lebih daripada itu memandangkan kita mencari rezeki untuk keluarga.
Walau bagaimana pun tidak dinafikan pergaulan rakan lelaki dan permpuan ini juga boleh membawa kepada ‘perasaan yang tidak di duga. Mulalah rasa timbul kasih sayang dan membibitkan cinta. Semua ini disebabkan tidak menjaga ikhtilat.
Bila tidak menjaga ikhtilat, ia boleh membawa kepada kehancuran rumah tangga bila timbul perasaan ‘lain’ dalam diri lelaki dan perempuan.
Mengulas lebih lanjut tentang tidak menjaga ikhtilat ini, Ell F. Azman mempunyai pendapatnya tersendiri.
Nampak satu foto, So-called team building. Permainan jenis apa entah geng lelaki dukung geng perempuan. Mengikut Puan yang kongsikan gambar tu, semuanya dah berumah tangga sebab suami dia pun ada sekali kat situ.
Ini adalah salah satu masalah terbesar hari ini. Pergaulan lelaki – perempuan di tempat kerja.
Yang belum berkahwin atau yang dah berkahwin. Banyak skandal berlaku di tempat kerja. Saya sendiri pernah lihat dengan mata kepala sendiri masa saya praktikal dulu.
Banyak rumah tangga runtuh sebab masing-masing tak jaga ikhtilat. Ikhtilat ialah suatu bentuk pergaulan secara bebas antara lelaki dan perempuan yang mahram sama ada di tempat sunyi mahu pun di tempat terbuka.
Paling Susah Jaga
Inilah yang dikatakan paling susah iaitu jaga ikhtilat di tempat kerja. Sebab dah macam kawan baik semua. Bertepuk tampar dah jadi kebiasaan bagi sesetengah orang. Walaupun dah berstatus suami atau isteri orang.
Apatah lagi di group whatsapp. Ada yang message yang bukan-bukan. Dah tak ada perasaan malu sesama sendiri dengan alasan “kawan tempat kerja je” atau “kawan lama je”. Tak sedar status masing-masing. Ada yang tak jaga langsung perasaan pasangan.
Jangan Melampau Batas
You just have to know the boundaries. Learn about boundaries. Jangan melampaui batas dan jangan mengundang fitnah. Usah mulakan benda yang tak perlu dan yang boleh jejaskan rumah tangga. It may look small/nothing to you, but shaytan is always whispering.
Ikhtilat is cancerous for your marriage. So jaga ikhtilat, jaga pergaulan dengan bukan mahram. Di tempat kerja, di dunia nyata, mahupun di social media. Bukan semua benda boleh buat main-main, atau suka-suka, atau saja-saja.
Just a reminder for all of us.
Jumu’ah mubarak,
Ell.
#ellspiration
MW:. Untuk ingatan kita bersama. Jaga ikhtilat adalah paling susah, kena hati-hati dan ada batasnya.
Adat dalam berumahtangga ada pasang surutnya. Adakalanya bahagia mewangi dan ada ketika hambar dan suram. Sebenarnya ia mengikut kebijaksanaan suami isteri dalam mengemudi rumahtangga agar perkahwinan yang dibina berkekalan bahagia hingga ke hujung usia. Adakalanya, perkara simple seperti panggilan sayang, selalu senyum, buatkan air kesukaan pasangan sebelum pergi kerja juga mampu mengikat hati, tambah bahagia dalam rumahtangga.
Boleh amalkan tip simple yang dikongsikan oleh Dr Mahyuddin Mohamed ini sebagai panduan.
Tips Simple berumahtangga #1
Setiap insan mahukan rumahtangga yang bahagia. Sebelum berumahtangga semuanya nampak indah. Berapa tahun bercinta sekali pun, kita hanya akan kenal pasangan kita setelah sah menjadi suami isteri.
Bila sudah berkahwin lebih 3-5 tahun, rumahtangga mungkin terasa hambar. Mungkin kerana sibuk dengan kerja dan anak-anak.
Kehidupan berumahtangga ni perlukan komitmen dua-dua pihak. Hubungan sentiasa ada timbalbalas. Action & reaction. Jika anda mahu disayangi, anda curahkan kasih sayang anda kepada pasangan. Cuma ada juga kes satu pihak kena mulakan dulu kerana pasangannya ‘tidak biasa’ menzahirkan perkataan sayang.
Kita kena ingat, ada yang zahirkan kasih sayang dengan kata-kata dan ada juga yang zahirkan melalui perbuatan. Lidah kelu nak sebut perkataan “sayang.”
Ada beberapa Tips simple yang saya nak kongsikan:
1. Setiap kali whatsapp, beri salam & masukkan perkataan sayang dalam greeting anda. “Assalamualaikum sayang…” itu doa tu, dan itu membaja rasa kasih anda.
2. Setiap hari, apabila anda sampai ke tempat kerja, whatsapplah pasangan tanya kabar. “Abang okay driving tadi?” Contohnya…
3. Bila sampai rumah, tanyalah pasangan anda “how’s your day?” Kalau boleh, bawak air segelas minum sama-sama pun bagus juga. Tak semestinya isteri yang ambil air, suami pun boleh.
4. Hargai masa anda bersama pasangan dan keluarga. Maksud saya, letak handphone anda jauh-jauh terutamanya bila anda sedang makan malam bersama. Talk to each other.
5. Take a break. Ada masanya anda berdua perlu rehat daripada rutin harian. Pergi bercuti.
6. Jangan bebani isteri anda dengan tugasan memasak setiap hari. Isteri pun letih tau. Suami pun masak la sama. Dan kalau boleh, anda boleh tetapkan hari untuk keluar makan bersama pasangan & keluarga, mengikut kemampuan anda.
7. Banyakkan berdoa buat keselamatan & kebahagiaan pasangan & rumahtangga anda.
8. Jika ada perkara yang terbuku di hati, berterus-teranglah. Isteri kadangkala mahu suami mereka faham apa yang dia mahu dengan membaca ayat, tingkahlaku & memek muka. Biarlah saya berterus-terang, orang lelaki ni selalunya tak pandai nak teka apa yang dimaksudkan oleh isteri. Jika anda boleh berterus-terang, you can avoid a lot of potential conflicts tau.
Suami pun sama, berterus-teranglah. Pernah dulu saya cakap kat isteri saya, “Abang tak harapkan pun Ayang siapkan breakfast Abang, Abang cuma nak Ayang buat nescafe Abang je setiap pagi,” itu saja.
AlhamdulilLah kini setiap pagi isteri saya buat nescafe paling best dalam dunia untuk saya setiap pagi Kalau saya tak bagitau, macamana isteri saya nak tau apa yang saya mahu. Terasa diri ini amat disayangi hehe.
Okay, sekian perkongsian tips ringkas saya. Cuba amalkan, kalau tak dapat semua pun, mulakan dengan satu atau dua dulu. InsyaAllah, rumahtangga anda akan bahagia. Kongsikan, moga bermanfaat.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat dijadikan panduan suami isteri dalam melayari rumahtangga. Semoga perkahwinan yang dibina mendapat sakinah, mawaddah dan rahmah.