Kasihannya kisah wanita bernama Siti (bukan nama sebenar) ini. Ketika dia cuba membina hidup sendiri, kerana tak mahu bergantung dengan kemewahan mak ayah. Dia diuji dengan sakit kepala berpanjangan.
Sampailah satu hari, doktor mengesahkan dirinya menghidap barah otak. Dan memerlukan sejumlah ratusan ribu ringgit untuk kos rawatannya. Malangnya, ketika itulah dia diuji sekali lagi dengan keluarga yang enggan membantunya. Ujiannya bertimpa-timpa.
Hayati kisah benar yang dikongsikan Zul Ariff ini.
Siti seorang gadis yang boleh di anggap sempurna kehidupan nya. Lahir dalam keluarga mewah dan kaya. Namun Siti mempunyai satu naluri ingin membina kerjaya atas titik peluh sendiri.
Ingin menjadi luar dari kebiasaan keluarga nya. Hidup yang tak pernah susah dan penuh kasih sayang. Namun itu tidak menghalang Siti untuk menjadi pengasuh anak serta pembantu peribadi seorang usahawan.
Semakin hari Siti semakin membiasakan diri dalam norma baru kehidupannya. Dari tak pernah pegang pisau di dapur sehingga boleh bergaya lagak seorang chef. Majikan Siti melihat ada sesuatu keistimewaan dalam diri Siti yang boleh diketengahkan sebagai usahawan.
Setelah hampir 10 tahun Siti menjadi pembantu, Usahawan tersebut telah memberi suntikan modal kepada Siti untuk memulakan perniagaan beliau sendiri. Kehidupan Siti semakin bahagia, di samping kasih sayang keluarga dan majikan Siti kini bergelar usahawan.
Namun, langit yang di sangka cerah telah diselubung awan hitam. Siti mengalami sakit kepala yang berpanjangan, hampir berbulan bulan. Akhirnya, Siti nekad untuk mendapatkan rawatan alternatif setelah kebanyakan klinik menyatakan hanya sakit kepala biasa.
Setelah membuat rujukan dan beberapa ujian kesihatan, Doktor mengesahkan Siti mengidap barah otak. Berjujuran airmata Siti menerima takdir Ilahi. Setelah Siti rujuk ke hospital awam, Doktor memaklumkan Siti perlu di bedah segera. Untuk membuang sel tumor dalam kepala nya.
Nasib Siti bertambah malang, Siti diminta untuk menunggu giliran. Sakit tidak tertahan, Siti nekad mendapatkan pandangan dari Hospital Swasta, Doktor mengarahkan untuk pembedahan dilakukan dengan kadar segera. Sel kanser yang ada di kepala Siti sangat agresif.
Siti memerlukan dana sebanyak RM 120 ribu untuk pembedahan. Usahawan dan kawan kawan Siti telah memberi bantuan sebanyak RM 40 ribu. Dan wang simpanan Siti ada sebanyak RM 40 ribu. Masalah Siti sekarang kekurangan dana RM 40 ribu.
Siti mengharapkan bantuan dari keluarganya, Siti bukan dari golongan keluarga yang susah, boleh dikatakan saudara mara mempunyai aset dan simpanan jutaan ringgit. Tapi malangnya bunga yang diharap tahi yang diberi. Saudara mara memberi cadangan untuk menunggu giliran di hospital awam.
Ibu bapa Siti tidak dapat membantu kerana sedang menghadapi masalah perniagaan. Siti terduduk dan mula berfikir, bila sihat semua sayang kan nya, bila sihat semua saudara, bila Siti dalam kesulitan tiada terlihat kasih sayang mereka. Mungkin sudah takdir Siti.
Setelah tangis tidak berair mata, Siti nekad melawan sakit dan tekad akan teruskan perniagaan nya agar dia mampu berdiri dengan kaki sendiri dan ingin membantu golongan senasib dengan nya. Siti sedar, ketika tawa ramai bersama, tika berhiba hanya berteman air mata.
Sekian Kisah Siti.
Marilah kita ambil iktibar dari kisah yang dialami oleh Siti. Sentiasa buat persiapan atas sebarang jua kemungkinan yang akan terjadi. Jangan terlalu yakin kita dalam keadaan yang selesa sentiasa. Jika kita mampu meramal masa depan mungkin kita boleh diam dan tak perlu sediakan apa apa. Tapi masa depan bukan kita boleh lihat dalam minda atau mimpi, dalam jaga atau lena. Maka sentiasa hidup ibarat kita akan mati pada esok hari.
Baca sini :Penyewa rumah kayu dalam kebun getah rupanya pesakit kanser, suami pula hilang kerja.
Sumber/Foto : Zul Ariff *Artikel ini diterbitkan dengan keizinan penulis.