berbuka puasa

Ketika artikel ini saya taip, sudah masuk hari kesembilan umat Islam di seluruh dunia telah menjalani ibadah puasa. Semoga Ramadan kali ini membawa seribu keinsafan dan keberkatan buat kita semua.

Bagi yang bekerja, tentunya akan tetap bekerja seperti biasa. Sama juga wartawan seperti saya. Jika perlu menghadiri majlis tertentu atau membuat penggambaran di luar, ia tetap perlu dilunasi. Tapi sudah tentu cabaran lebih besar bila bekerja di luar. Antara bila perlu membuat sesi fotografi melibatkan makanan. Aduhai, memang mencabar iman sungguh! Begitu juga jika perlu menghadiri majlis dan makan tengah hari disediakan untuk wartawan yang bukan Islam. Walau pun ketika itu mungkin ada yang tak berpuasa kerana uzur, tapi takkan nak join pula kan?

Selain itu, tak dinafikan, banyak jemputan daripada pihak client untuk majlis berbuka puasa. Saya sering diajukan soalan,

Ads

“Mesti hari-hari berbuka puasa di hotel-hotel kan? Wah, bestnya”.

Secara peribadi, bagi saya lebih best dapat berbuka puasa di rumah bersama keluarga walau pun hidangan ringkas. Walau pun berbuka puasa di hotel mewah dengan puluhan dan mungkin ratusan juadah lazat, tapi tidak dapat menandingi keseronokan dan kepuasan dapat berbuka bersama keluarga. Saya rasa ramai rakan wartawan yang sependapat dengan saya terutama yang sudah berkeluarga.

Datang Buat Kerja Bukan Sekadar Makan

Tapi, tak dinafikan ada masanya perlu juga memenuhi tuntutan tugas dan berbuka puasa di hotel. Tapi jangan ingat kami datang semata-mata hendak makan sedap saja. Ada tugas menanti. Kadangkala jamah sedikit makanan, sudah perlu meninggalkan meja makan untuk menemu ramah individu tertentu, mengikut skop yang diingini.

Ads

Majlis berbuka puasa juga biasanya akan direbut oleh rakan-rakan yang berkaitan dengan dunia hiburan. Ketika itu pasti ramai artis-artis yang akan hadir. Jadi boleh menjimatkan masa untuk mendapatkan seberapa ramai artis serentak. Kadangkala hendak mendapatkan tarikh kelapangan artis bukan mudah walau pun di bulan puasa. Jadi, apabila ada jemputan berbuka bersama artis, peluang itu akan diraih.

Ads

Untuk tahun ini, kami di Mingguan Wanita masih sibuk mengejar dateline untuk hari raya. Tapi tidaklah sesibuk tahun-tahun sebelumnya ketika Mingguan Wanita masih majalah mingguan. Ketika itu, dateline kami selang sehari! Memang kena tabah habis!

Kepada seluruh pembaca Mingguan Wanita, Selamat Berpuasa ye. Sudah dapatkan edisi bumper Mingguan Wanita? Rugi tau kalau tak beli!

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI