Selain perubatan moden, jika mengalami masalah batuk boleh ikhtiar guna bahan-bahan semulajadi juga. Bukan apa peritnya bila batuk, sesak rasa didada, pernafasan jadi tidak lancar dan anak tekak pun sakit membengkak akibat kerap batuk.Jika dah cuba macam-macam cara tak berkesan, boleh cuba petua alternatif dan ikhtiar semulajadi menggunakan bahan yang ada di dapur sahaja untuk legakan batuk.
Hari ni nak kongsi resepi untuk menhilangkan batuk. Alhamdullilah serasi bagi saya. Dah berbotol makan ubat batuk tapi tak hilang juga last-last ikhtiar guna bahan-bahan semulajadi. Alhamdullilah menjadi.
4 biji lemon
1 bungkus gula Batu tebu
1/2 sudu teh garam
2 bunga cengkih
3 sudu besar madu
1.Basuh lemon dengan garam, kemudian basuh.
2.Potong lemon kepada 4 bahagian kemudian hiris nipis-nipis dan buang biji sekali.
3.Tumbuk gula Batu tebu, bagi dia pecahan kecil (tujuannya senang larut)
4.Ambil periuk kemudian masukkan gula batu, lemon, garam dan cengkih
5.Masak sehingga gula larut. Kemudian matikan api dan tambah madu.
6.Dah sejuk simpan dalam peti ais.
Kalau nak minum, ambil 1 sudu besar campur dengan secawan air suam. In Shaa Allah semoga bermanfaat.
Baca Lagi Di Sini:“Setangkai Pokok LEMON Ada 10 Biji Buah”, Lelaki Ini Kongsi Petua Baja!
Mesti Baca:Cara Buat STOK Pati Lemon Madu Tak Pahit, Lama Simpan Lagi Sedap!
Artikel Menarik:6 Sebab Kenapa Wanita Kena Amalkan Minum Air Lemon Suam Setiap Pagi
Mingguan Wanita: Jadi jika ada masalah batuk boleh cuba cara yang dikongsikan ini guna bahan semula jadi yang ada di dapur je. Semoga serasi dan batuk pun pulih.
Sumber: Roszimah Ismail
Follow kami
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
TikTok: https://tiktok.com/@mingguanwanita