Ramai mak-mak masih keliru bab berbengkung selepas bersalin ini sebenarnya patut diamal atau diabaikan, maklum saja ada yang langsung tak berpeluang nak pakai ketika beranak kecil atas sebab-sebab tertentu.
Namun untuk luaskan ilmu bab berpantang, anda boleh teruskan bacaan daripada Puan Siti Aishah ini. Bukan niat nak lagakan pendapat tetapi anda boleh buat pilihan yang terbaik untuk badan sendiri. Terpulang…
Ramai pula dok tanya perlu ke berbengkung selepas bersalin.
Kerana di luar negara, ramai wanita tak berbengkung rahimnya kembali kepada bentuk asal juga.
Menarik PM yang berpusu-pusu masuk ni.
Bacalah perkongsian saya ini dengan lapang dada na….. Tak perlu percaya. Tak perlu suka. Cuma menerima adanya penjelasan rapi dari sudut perbidanan mengapa berbengkung ini perlu selepas bersalin.
Bear in mind… perkongsian ini bukan sebagai game tangkis menangkis ataupun perdebatan antara ilmu. Ilmu Allah ini luas dengan RahmatNya. Saya tak mampu menidakkan ilmu orang lain. Kerana menghormati ilmu2 yang even terpesong dari pegangan hidup saya juga merupakan cara saya bersetuju bahawa Allah itu Maha Kaya dari pelbagai segi. SUBHANALLAH…. Dan saya hanya tahu setitis dari selautan ilmu yang ada di dunia ini.
Dari sudut perubatan perbidanan Melayu tiadalah istilah saintifik. Kebanyakkan ilmu ini masih dalam kajian. Dan ia dijalankan atas dasar do and tell. Bila kebaikan dirasai, barulah ia dikongsikan kepada masyarakat ibu selepas bersalin…..
So….
Bagi soalan perihal bengkung untuk ibu selepas bersalin.
1. Amalan berbengkung bukanlah semata-mata untuk mengecutkan rahim. Ia membantu menampung rahim yang tenat ditumpang anak selama 10 bulan. Dan diteran2 ketika bersalin selama berjam2. Dan sedang nazak bengkak berdarah selepas bersalin. Macam payudaralah……bila ditampung elok, baru tak melonyot. Mudah kan nak faham?
2. Amalan berbengkung bukan utk mengecutkan rahim semata2. Ia membantu memberikan keselesaan tulang belakang buat ibu yang dah berjerih membawa anak 10 bulan, berlelah bertarung mengeluarkan bayi sepanjang proses bersalin. Tulang belakang juga perlu dirawat agar ibu rasa selesa nak mula bergerak tanpa bebanan perut yang tiba2 hilang.
3. Amalan berbengkung ni nak elakkan ibu boroi lepas beranak. Masalah boroi ni dah jadi benda common pada wanita2 mat salleh kat U.s sana tu. Ingat x masa kak ice dijemput menghadiri dokumentari oleh persatuan middrift movement from US. Persatuan depa ni ditubuhkan bertujuan untuk menukar persepsi masyarakat sana bahawa normallah mak lepas beranak ni boroi…..So, depa ni mostly memang ada isu perut boroi. Yang kita tgk depa pasai apa. Kita ni dah ada cara elak boroi.berbengkung je lah.
4. Lepas tu, masa kak ice urut dan bengkung founder middriftmovement iaitu Angie Roder Sonrode ni….dia tunjuk sendiri pusat dia yang terkeluaq. Hernia. Atau angin pasang. And dia sendiri mengaku most of US woman memang senang kena hernia lepas bersalin. So… berbengkung ni bukan nak kecutkan rahim semata-mata tapi nak elakan serangan angin pasang pada mak-mak ni.