Sos cili boleh dikatakan salah satu keperluan barang dapur wajib beli setiap bulan, sebagai sos pencicah. Sebotol kecil pun boleh tahan juga harganya.Sebenarnya untuk lebih jimat dan yakin lebih bersih, mak-mak boleh buat sendiri je sos cili ini sendiri di rumah.Ikut resipi yang dikongsikan oleh Puan Norsiah MJ sebagai panduan.
“Dah berbelas tahun buat sos cili untuk kegunaan sendiri. Ni cara saya buat.Boleh buat sendiri, jimat bajet kalau beli mahal”
Bahan-Bahan:
100 gram cili kering (Potong, buang biji)
2 setengah cawan gula
3/4 cawan tepung pemekat sos *(Modified Cornstarch)
1/3 botol besar cuka yang 620 ml
1 sudu besar garam kasar
1 labu bawang putih (7-8 ulas)
7 cawan air (Untuk Blender Cili)
1/2 sudu teh bahan pengawet *(Sodium benzoate)
Ads
*Boleh dibeli di kedai bakery
Tepung pemekat sos *(Modified Cornstarch)
Cara Membuat:
1. Basuh dan rebus cili kering kemudian tapis.
2. Kisar cili tersebut dengan bawang putih.
3. Masukkan dalam periuk, masak sehingga mendidih.
4. Masukkan gula, garam dan kacau sehingga hancur.
5. Perlahankan api, masukkan bancuhan tepung pemekat sos dan pengawet. Jika api besar ia menyebabkan nanti sos berketul-ketul.
6. Akhir sekali masukkan cuka.
Ads
Info Ekstra!
Kepekatan sos kena agak sendiri sebab kita buat bukan pakai sukatan timbang. Jadi kalau cair masak lama sikit.Kalau pekat tambah sikit air.
Resipi NUTELLA PODS Sedap Tak Payah Bakar, Biskut Raya Paling Senang Gerenti Jadi! Jika masih mencari-cari biskut raya yang senang nak buat, guna bahan-bahan sikit dan paling penting tak perlu bakar sebab tiada oven di rumah, boleh cuba buat resipi Nutella Pods ini. Memang terpaling mudah nak buat dan gerenti jadi.
Ikut resipi biskut raya viral yang dikongsikan dari TikTok moeirajohnsonini sebagai panduna;
Biskut yang paling banyak permintaan ‘NO BAKE NUTELLA PODS’.
Guna 4 bahan je tak perlu bakar pulak tu. Biskut raya paling senang dan sedap!
Bahan-Bahan:
2 cawan nestum
1 cawan white chocolate Van Houten (cairkan)
nutella
kacang hazelnut (bakar/sangai)
Cara Membuat:
1. Masukkan nestum ke dalam bekas.
2. Kemudian masukkan pula coklat putih yang telah dicairkan.
3. Gaul rata dan kacau sebati adunan ini.
4. Lapikkan loyang dengan ‘baking paper’, kemudian sudukan adunan tersebut.
5. Tekan-tekan bahagian tengah dan ‘paipkan’ dengan nutella.
6. Akhir sekali, letak hazelnut ditengah nutella dan biarkan ia sejuk (mengeras sendiri).
Boleh susun dan simpan dalam bekas kedap udara.
Info Ekstra!
Kalau rumah sejuk, kat luar pon dia dah keras… kalau rumah panas boleh masuk peti sejuk sekejap.
Ada sukatan tertentu untuk pastikan Agar-Agar Sirap Ros yang dibuat sedang elok kejadiannya, tak keras dan tak lembik. Agar-Agar Sirap Ros ini merupakan pencuci mulut orang dulu-dulu dan selalu dihidangkan sewaktu kenduri kendara. Nak buat agar-agar ni memang mudah, tapi kena ikut sukatan yang betul, barulah ia harum, wangi daun pandan dan sirap ros serta elok kenyal. Malah lebih bertambah sedap bila dinikmati sejuk-sejuk.
Boleh cuba resipi dan tip yang dikongsikan oleh Puan Ani Zam ini.
Hari ini buat agar-agar orang dulu-dulu. Ada peminat agar-agar sirap ni ke. Biasanya kalau time kenduri kendara ada agar-agar ni untuk pencuci mulut.
TIP untuk sukatan Agar-Agar Sirap Ros
10 gm agar-agar serbuk @ tali = 1 liter air
20 gm agar-agar serbuk @ tali = 2 liter air
30 gm agar-agar serbuk @ tali = 3 liter air
Sedang elok kejadiannya, tak keras dan tak lembik.
1. Masak agar-agar bersama air hingga larut.
2. Kemudian masukkan gula pasir, gula batu, sirap ros, daun pandan yang disimpul dan garam.
3. Bila semua sudah sebati, matikan api, tapis dan masukkan ke dalam loyang @ acuan yang disukai.
4. Bila sudah sejuk, masukkan ke dalam peti ais. Keluarkan potong dan sedia untuk dihidangkan.
Mingguan Wanita: Memang mudah nak buat Agar-Agar Sirap Ros ni. Selalu kita jumpa waktu kenduri kendara. Namun kena ikut sukatan yang betul barulah sedang elok kejadiannya, tak keras dan tak lembik. Makan sejuk-sejuk, memang sedap!
Guna ‘Teknik Autolyse’, Tepung Gandum Biasa Pun Boleh Jadi DONUT Gebu Ada Ring! Nak buat donut memang ada pelbagai resipi dan tekniknya.’Teknik Autolyse’ ini antara yang boleh dicuba, donut kekal gebu dan lembut walaupun dah 2 hari.
Berbanding menggunakan tepung berprotien tinggi (High protien) untuk mendapatkan hasil donut yang gebu dan lembut, sebenarnya mak-mak boleh cuba teknik yang dikongsikan ini juga.
Buat sendiri donut memang puas hati, lebih jimat memandangkan anak-anak pun suka kuih ni.
Ikut cara yang dikongsikan oleh Puan Rahmah Rosmin ini sebagai panduan;
Guna 100 peratus tepung gandum biasa pun boleh jadi donut gebu ada ring. Yang penting uli doh sampai elastik. Nak mudah dapat doh elastik guna teknik autolyse.
Mula-mula uli semua bahan tanpa yis. Selepas ulian pertama masukkan doh dalam peti ais kejap dalam 15-30 min (lebih masa pun takpe).Kemudian masukkan yis dan uli lagi.
Hari ini guna tepung gandum bakers choice, guna cap rose pun ok. 2 hari pun masih lembut, yang penting simpan daalm bekas kedap udara.
Resepi dan cara lebih kurang sama je macam donut lain..bagi sis lebih suka guna tepung gandum dari tepung High Protien sebab rasanya lebih kurang macam donut kampung tak rasa macam roti. Ikut selera masing-masing la kan.
Bahan-Bahan:
2 cawan ( 250g ) tepung gandum
1 sudu besar susu pekat
1 sudu besar gula
1 biji kuning telur
1 sudu teh yis
1/2 sudu teh pelembut roti ( jika takde boleh gantikan dengan baking powder )
1 sudu besar (30g ) marjerin
Secubit garam
Air secukupnya
Cara Membuat:
1. Masukkan dahulu bahan cecair diikuti bahan-bahan kering kecuali yis.
2. Uli hingga habis masa (20 min).
3. Habis ulian pertama masukkan adunan ke dalam bekas bertutup dan rehatkan doh dalam freezer selama lebih kurang 15 min.
4. Cukup 15 min keluarkan doh,masukkan yis kering dan uli sekali lagi hingga habis masa (20 min).
6. Selepas habis ulian kedua timbang doh dan rounding.
7. Siap rounding rehatkan doh 15 -20 min. Kemudian leperkan sedikit doh dan tebuk lubang guna belakang nozel @ penutup botol pun boleh.
8. Perap selama 30-40 min sehingga donut ringan ( bergantung pada keadaan).
9. Goreng guna api perlahan sahaja, balikkan sekali sahaja setiap bahagian supaya tak serap minyak.
Info Ekstra!
Saya uli guna breadmaker.
Untuk dapatkan doh yang elastik buat 2x uli..tapi kalau guna mixer heavy duty memadai sekali uli sahaja.
Yis terus letak tak perlu buihkan terlebih dahulu.
Resepi donut mana-mana pun lebih kurang sama je..cuma kita kena rajin practice untuk dapatkan hasil yang diinginkan..jangan cepat putus asa..itu yang penting.
Mingguan Wanita: Menarik juga buat donut guna ‘Teknik Autolyse’ ni, tepung gandum biasa pun boleh hadi Donut gebu ada ‘ring, boleh buat untuk minum petang nanti.
Gula-gula gummy bebas dijual di pasaran, jelly berisiko tercekik bagi kanak-kanak. Kejadian tragis melibatkan adik Mohamad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin, seorang kanak-kanak berusia 10...