Mudah je rupanya nak buat udang kering sendiri dirumah yang pastinya puas hati berbaloi, lebih segar, terjamin kebersihan dan kesuciannya. Tak perlu lagi ragu-ragu dengan proses pembuatannya. Bukan apa jika beli di kedai, selalunya udang keringnya berbau hapak, sudah lama serta diragui cara pemprosesannya. Boleh guna teknik rebus, kukus atau sangai.
Boleh ikut cara membuat udang kering sendiri dirumah yang dikongsikan oleh Faizah Husain sebagai panduan.
Udang kering homemade. Kalau nak dikira berbaloi ke tidak buat sendiri saya rasa berbaloi.
Walaupun sekilo udang bila dah dikeringkan hanya tinggal 200gm tapi di pasaran harga 200gm pun 20 ringgit. Saya beli udang basah ni 8 ringgit sahaja.
Sebenarnya lebih kepada kepuasan bila kita boleh buat sendiri. Pembuatan yang terjamin kebersihan dan kesuciannya.
Bahan-Bahan:
1kg udang merah kulit keras
1 sudu garam kasar
1/2 cawan air
Cara Membuat:
1.Buang kepala udang supaya boleh basuh bersih-bersih. Tujuannya untuk mengurangkan alahan bagi yang tak tahan makan seafood.
2. Udang yang dah siap basuh.
Ads
3. Letak udang dalam periuk. Masukkan setengah cawan air.
4. Letak sesudu garam kasar. Garam ni supaya udang tidak busuk.
5. Rebus hingga air udang kering.Selain rebus boleh juga guna teknik mengukus dan boleh juga disangai.
Ads
6. Jemur udang dibawah cahaya matahari hingga kulit udang rapuh. Jika cuaca mendung masukkan udang dalam oven.
7. Masukkan udang dalam plastik. Saya lenyekkan sikit dengan anak lesung. Kemudian ketuk-ketuk di lantai/meja. Keluarkan dari dalam plastik tampi.
Ads
8. Inilah hasil kejadiannya. Udang kering buat sendiri. Udang ni dah bersih jadi asyik masuk mulut je. Sedappp.
Kebanyakan tom yam yang ada di kedai, selalunya dimasak oleh tukang masak seberang, dari Thailand, dan rasanya berbeza dengan cara yang kita selalu masak.Bila cuba buat dekat rumah, rasa lain, tak sama macam dekat kedai. Ada cara yang boleh dilakukan untuk mendapatkan rasa tom yam yang pedas, masam dan pekat, seperti perkongsian dari Dina Amalia Nordin ini, yang mana pes yang digunakan memang dari Thailand.
Berikut antara perkongsian beliau;
Resepi Tom Yam
“Post ni panjang sikit sebab ramai yang tanya cemana saya masak tomyam sedap (orang yang ckp tau bkn saya kehkehkeh), ni kat sini saya reveal resepi rahsia and tunjuk bahan dan cara-cara masak. Ni cara saya lah ye. Lain org lain cara ye.Untuk tomyam, saya akan make sure dia pedas, masam dan pekat. Tekak saya memang suka yang masam. Okeh biasanya saya masak tomyam ayam sebab senang & takyah tunggu lama nak empuk macam daging.”
“Nak bagi tau awal, pes tomyam ni Thailand punya dan ia halal ye..kat belah selatan sini takde jual..kalau ada pun dorang pegi amek stok kat siam sana. Pes tomyam brand Madam Pum ni sedap and kat belah-belah utara sana and negeri yang dekat-dekat dengan sempadan sana memang senang dapat”.
Bahan-Bahan Wajib:
Bawang Besar belah 4
Cili Api (ketuk)
Daun Ketumbar @ Corriander leaves
Daun Limau Purut
Serai (diketuk)
Air Asam Jawa @ Pes Asam Jawa
Cili Boh @ Cili Kisar
Pes Tomyam “Madam Pum” sebab brand ni ternyata sedap!
Ayam/Daging/Udang/ Sotong
Carrot
Cauliflower
Baby Corn
Celery
Buah Tomato (Belah 4)
Cendawan
Cara Membuat:
• Masukkan air, bawang besar belah 4, cili api – didihkan.
• Masukkan cili boh @ cili kisar – tunggu didih.
• Masukkan pes tomyam (pes ni kalo kedekut pun nanti tak rasa, mula la komplen kenape eh tomyam kite tak sedap? Pukkk kanggg!).
Cara-cara ;• masukkan air, bawang besar belah 4, cili api – didihkan.• masukkan cili boh @ cili kisar – tunggu didih.• masukkan pes tomyam (pes ni kalo kedekut pun nnt tak rasa, mula la komplen knape eh tomyam kite tak sedap? Pukkk kanggg!).• masukkan ayam – tunggu didih nak bg ayam empuk sikit.• masukkan serai yg diketuk.• masukkan daun limau purut.• masukkan carrot.• masukkan pes asam jawa adabi.** time ni boleh rasa dulu masam dan masin dia semua **• masukkan garam.• masukkan sayuran lain (baby corn + cauliflower + celery).• masukkan cendawan (button mushroom + straw mushroom + oyster mushroom + enoki mushroom) – tunggu didih.• masukkan tomato – kacau sekejap.• tutup api. • masukkan corriander leaves @ daun ketumbar.Siap! Favorite saya ratah @ buat kuey teow tomyam @ spaghetti tomyam.Mabeles!!Tips :~ saya masak tomyam tak pernah tumis. Sbb kat pes dah berminyak, kat ayam pon sama. So lebur jek semua 😊~ saya masukkan cili boh @ cili kisar untuk dptkan warna merah cantik, pedas.~ instead of perahan limau, saya guna asam jawa sbb lebih sedap, lebih masam dan lebih pekat.~ kalau ada daging, bole masukkan awal. Kalau udang/sotong, masukkan kemudian bersama sayur sbb udang/sotong cpt masak.~ sayuran keras spt carrot perlu masukkan lebih awal berbanding sayuran lain.~ buah tomato masukkan yg last dan tak perlu lama sbb dia cpt lembik.
~ Saya masak tomyam tak pernah tumis. Sebab kat pes dah berminyak, kat ayam pon sama. So lebur jek semua
~ Saya masukkan cili boh @ cili kisar untuk dapatkan warna merah cantik, pedas.
~ Instead of perahan limau, saya guna asam jawa sebab lebih sedap, lebih masam dan lebih pekat. Saya hantu tomyam, so saya dah try and error banyak kali dah. So far ini yang terbaik!
~ Kalau ada daging, boleh masukkan awal. Kalau udang/sotong, masukkan kemudian bersama sayur sebab udang/sotong cepat masak.
~ Sayuran keras seperti carrot perlu masukkan lebih awal berbanding sayuran lain.
~ Buah tomato masukkan yang last dan tak perlu lama sebab dia cepat lembik.
Ok kalau ada yang tak faham boleh tanya ye, resepi boleh share no problem!
Sotong celup tepung, meskipun mudah tapi jika salah caranya jadi punca tepungnya tertanggal atau tak melekat, tak rangup dan meletup-letup ketika digoreng.
Buat penggemar sotong celup tepung ada cara untuk hasilkan resipi ini sendiri di rumah sama rasanya macam makan di kedai. Namun kena ikut 4 tips yang dikongsikan oleh Puan Murni Rahmat ini.
1.Sotong Segar
Guna sotong SEGAR, tak payah syarat tak perlu rahsia.. Golek-golek sotong dalam tepung dan goreng.. Inshaa Allah tak meletup.
2.Tos Sotong Sampai Kering
Kalau tak dapat sotong segar, siang dan basuh sotong macam biasa, potong dan tos air sampai kering.Nak lap guna tisu pun boleh,yang penting sotong tu kering.
3. Minyak Banyak & Api Besar
Minyak kena banyak dan api mesti besar.Percaya tak saya goreng sotong ni tak sampai 2 minit pun dia berenang dalam minyak panas tu sedap dan rangup kejadiannya.
4. Guna Tepung Kering & Tepung Basah
Selepas keringkan sotong, golek-golek sotong dalam tepung kering sampai rata.Lepas tu celup dalam tepung basah dan terus goreng.Nak celup dalam tepung basah dulu baru golek dalam tepung kering pun boleh.Mana-mana pun boleh, tak payah pening-pening sangat.
Sekian,itu sahaja yang dapat saya simpulkan pada hari ini.
Dulu akak selalu goreng sotong celup tepung guna bancuhan tepung buat sendiri.Banyak kerja sikit sebab kena campur-campur jenis tepung,kena guna telur lagi.
Sekarang ni akak selalu main tipu..Guna tepung bestari je dah cukup..garam pun tak letak.Rasa dia..sedappp ya amat macam kita berusaha dan bersungguh-sungguh buat kerja kat dapur.
Semoga bermanfaat! Selamat mencuba!
Jadi buat mak-mak, bolehlah cuba tips yang dikongsikan ni bila nak buat sotong celup tepung iya. Barulah tepungnya tak tertanggal, rangup dan goreng pun tak meletup-letup.
Jika boleh, semua orang tidak mahu mengalami masalah penglihatan apatah lagi perlu mula menggunakan kaca mata. Betapa luasnya pemandangan apabila mata boleh melihat dengan jelas. Tetapi tidak semua bernasib baik mempunyai penglihatan yang super terutamanya apabila usia mula menginjak 40-an.
Baru-baru ini saya berpeluang menemuramah seorang optometris atau ahli optik bernama Fair Sulaiman. Banyak jugalah tip-tip yang dikongsinya kepada mereka yang pertama kali menggunakan kaca mata.
Kata Fair, kebanyakan pengguna (tidak kiralah lelaki atau wanita) yang pertama kali menggunakan kaca mata tidak tahu cara yang betul memakainya.
“Umumnya apabila wanita atau lelaki yang sebelum ini mata mereka tidak bermasalah, sebaik sahaja berumur 40-an mereka akan mula mengalami masalah rabun terutamanya rabun dekat kerana otot mata sudah tidak kuat. Kanta mata sudah tidak fleksibel dan mata tidak boleh fokus untuk melihat tulisan dengan dekat.
Semua orang boleh mengalami masalah ini. Cuma ada yang awal dan ada yang lewat bergantung pada keadaan mata individu dan cara hidup mata. Apabila disahkan mengalami rabun dekat atau rabun jauh, individu itu perlulah memakai kaca mata yang telah dipreskripsi dengan tepat oleh optometris.
Tetapi perlu diingat, kaca mata yang dibeli itu bukan sekadar letak di mata dan terus guna,” pesan Fair berkali-kali.
Tiga Jenis Kaca Mata
Berikut ada tip-tip yang boleh diguna pakai oleh mereka yang pertama kali menggunakan kaca mata yang telah dipreskripsi sebaik usia menginjak 40-an.
1-Bagi mereka yang disahkan mengalami rabun dekat, biasanya mereka akan disarankan memakai ‘reading glasses’ atau kaca mata untuk rabun dekat. Gunakan kaca mata ini hanya untuk membaca dan melihat benda yang dekat sahaja. Apabila mahu melihat pemandangan jauh atau mahu melihat komputer, perlulah membuka kaca mata tersebut.
2-Bagi mereka yang menggunakan kaca mata multifocal, ini agak rumit sedikit penggunaannya sebab di dalam satu kaca mata itu terdapat banyak ‘ power ‘. Ada kanta dekat, pertengahan dan jauh pada kaca mata mereka ini. Individu baru sahaja mula memakai kaca mata jenis ini akan mengalami kesukaran untuk memberi perhatian pada pandangan jauh, pertengahan dan dekat pada masa yang sama.
Bahagian atas untuk melihat pemandangan jauh. Bahagian pertengahan untuk jarak pertengahan dan bawah sekali untuk membaca dekat.
Apabila mahu melihat jarak jauh, mata perlu fokus terus ke hadapan. Apabila mahu melihat komputer, anak mata perlu diturunkan sedikit ke bahagian tengah. Apabila mahu membaca anak mata perlu melihat ke bahagian bawah sekali.
Ini bermaksud apabila kita pegang buku dan melihat dengan kaca mata multifocal, kepala tidak boleh menunduk. Hanya anak mata sahaja menurun. Masalah sakit kepala boleh berlaku kalau anda salah cara menggunakan kaca mata.
3-Bagi mereka yang menggunakan kaca mata rabun jauh, mereka perlu fokus untuk melihat terus ke hadapan. Tidak boleh mendongak atau menunduk sebab cara itu akan membuatkan kita melihat dalam kawasan yang salah. Kalau kita menunduk, ia akan membuatkan apa yang kita baca tidak jelas. Sebab itu ada sesetengah pengguna kaca mata rabun jauh akan berasa pening kerana mereka salah cara menggunakan kaca mata. Bukalah kaca mata jika anda mahu melihat dan membaca dengan dekat.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Suami terpaksa 'mengemis' nak puaskan nafsu, dah merayu masih tak dapat. Dalam kehidupan berumah tangga, kebahagiaan dan keharmonian bukan sahaja bergantung kepada aspek kewangan, komunikasi, dan tanggungjawab harian, tetapi juga kepada keperluan batin pasangan.