Hari Raya biasanya macam-macam jenis juadah sedap yang disediakan.Bagi yang dalam proses menurunkan berat badan memang agak ‘mencabar’ nak menangkis ‘godaan’ makanan sedap dalam situasi ini. Makan biasanya tetap kena makan. Namun perlu tahu tip sesuai agar walaupun beraya tak perlu risau berat badan naik banyak nanti.

‘Pakai baju agak ketat’ antara tip menarik untuk kawal berat badan sewaktu raya yang dikongsikan oleh ‘Weight Loss Motivator’ ini. Mungkin rasa agak ragu-ragu dengan tip ni, namun selalunya ia menjadi. Ada sebabnya.

Baca perkongsian tip daripada coach Mohamad Faizal Saedon ini sebagai panduan;

10 TIPS BERAYA TANPA RISAU BERAT BADAN NAIK.
(no 10 agak kelakar tapi amat menjadi)

Hari raya Aidil Adha bakal tiba Jumaat ini. Bagi kita umat Islam ibadah Korban bakal diadakan dan semestinya banyak hidangan makanan kegemaran akan disediakan.

Malah hidangan di musim perayaan Aidiladha sebenarnya lebih mencabar kerana disamping kuih muih dan kerepek ia juga akan dihidangkan dengan satu hidangan besar yang berasaskan daging dan karbohidrat seperti pelbagai jenis nasi.

Ini merupakan cabaran besar kepada mereka yang dalam proses penurunan berat badan. Jadi hari ni saya nak kongsikan tips bagaimana nak beraya tanpa perlu risau berat badan naik dengan banyak.

Terlebih dahulu ingin diingatkan, kalian harus meraikan raya ni, jangan disebabkan nak diet sampai terperuk dirumah sahaja.

1. Elak Air Manis

Elakkan Air manis. Bila ke rumah sanak saudara atau sahabat, jangan menikmati air manis. Segala macam sirap, Sunquick, bandung. Jangan segan untuk mintak air kosong dengan tuan rumah. Air manis seperi sirap mungkin berkalori sehingga 100 kalori hanya untuk segelas. Jadi jimatkan pengambilan kalori dengan hanya meminum air kosong sahaja.

IKLAN

2. Kurangkan Kuih, Biskut, Kerepek

Kurangkan kuih, biskut dan kerepek. Boleh makan, tapi ambil sedikit sahaja. Kawal nafsu mengunyah kalian dari memegang botol biskut raya sambil berborak. Kalau kuat, tak perlulah makan. Ingat pengorbanan melawan hawa nafsu amat berbaloi.

3. Konsep Suku Suku Separuh

Makan hidangan utama dengan konsep suku suku separuh, kurangkan karbohidrat, lebihkan sayuran dan daging.

4. Jangan Berborak Sambil Makan

Jangan berborak sambil makan hidangan utama, ini bagi mengelakkan kita berada terlalu lama dihadapan lauk pauk. Lebih lama kita dimeja makan, lebih cenderung kita untuk menikmati hidangan tersebut.

5. Kurangkan Ambil Kuah

Kurangkan pengambilan kuah seperti gulai, asam pedas atau apa jenis lauk yang berkuah. Disini kita mungkin boleh jimat beratus kalori. Cukup sekadar sesudu bersesuaian dengan pengambilan karbohidrat yang sedikit.

IKLAN

6. Banyakkan Berjalan

Banyakkan berjalan di hari tersebut. Bakar kalori dengan berjalan untuk ke rumah sanak saudara. Jangan hanya naik kereta atau motorsikal.

7. Bersenam Di Petang Hari Raya

Ianya satu benda yang tidak mustahil dan tidak pelik. Terus bakar kalori yang masuk dengan aktiviti bersenam. Saranan saya 30-40minit berjump rope atau apa pun aktiviti pun sangat bagus bagi membakar kalori.

8. Intermittent Fasting

Berhenti makan lebih awal, mungkin pukul 4 petang menu terakhir dan hanya makan pula pada raya kedua jam 8 pagi. Kalian dah dapat lakukan Intermittent Fasting 16:8.

Baca Lagi Di Sini:
Diet ‘Intermittent Fasting’ Rehatkan Usus, Perut Dalam 12-14 Jam, Bantu Hilang Lebih Banyak Kilo!

IKLAN

9. Minum Air Kosong

Banyakkan minum air kosong sebelum setiap hidangan. Disamping memenuhkan perut dan mengendurkan nafsu makan, air kosong sebelum makan dapat meningkatkan kadar metabolisma badan.

10. Pakai Baju Agak Ketat

Pakai baju yang agak ketat, ini seolah kelakar. Tapi jika kita makan dengan banyak kita akan mudah rasa tak selesa dengan pakaian kita. Jadi ianya akan menjadi peringatan yang baik untuk kita berhenti makan.

Berikut adalah tips berdasarkan pengalaman saya sendiri bagi mengelakkan kita terlebih menikmati hidangan kegemaran kita yang dihidangkan semasa hari raya.

Semoga tips ini dapat membantu kalian semua untuk menikmati hari raya korban ini tanpa kerisauan yang banyak. Selamat menyambut hari raya Aidiladha kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat.

MW: Semoga perkongsian tip ini bermanfaat.Sebenarnya nak makan apa pun kena beringat. Ambil dalam kuantiti sederhana dan berpada-pada. Jangan ‘pulun’ makan semuanya.

Sumber: Mohamad Faizal Bin Saedon

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI