Beratnya beban lafaz talak di suami yang soleh, peguam syarie kongsi ada selaki sanggup melutut di kaki isteri. Dalam satu perceraian rumahtangga, lelaki sering dipersalahkan.
Ada berbagai sebab pasangan bercerai namun sebenarnya ada juga lelaki yang baik namun teraniaya dalam rumahtangga.
Seorang peguam syarie, Syuhada Mzul dari Tetuan Azman, Wan Helmi & Associates Kuala Terengganu berkongsi di facebooknya mengenai lelaki yang soleh namun terpaksa melafazkan talak kerana permintaan dari isteri. Dan lafaz ini bukanlah sesuatu yang mudah dilafazkan khususnya di mulut lelaki yang baik dan mahu mempertahankan rumahtangga kerana masih sayangkan anak dan isteri.
Ikuti kisah dikongsikannya di mana ada lelaki sanggup melutut di kaki isteri yang mahu lafaz talak itu diucapkan juga.
Beratnya Beban Lafaz Talak Di Suami Yang Soleh
BERATNYA BEBAN LAFAZ TALAK.
Beginilah wajah para suami yang hadir ke pejabat saya minggu ni.
Sugul. Serabut. Hancur. Rindu. Tulus menyayangi sang isteri. Biarlah seisi dunia mengata, tetap berjuang untuk menyelamatkan rumahtangga.
Betul, isteri berhak meminta cerai. Namun suami yang soleh, akan merasa beratnya beban suatu lafaz talak. Berserabut lagi dengan kerja, adab rutin baru mengurus rumah.
Ada yang merasa sesal sibuk bekerja, ada yang ralat biarkan isteri kesunyian, ada yang rindu mengenang cerita lama, ada yang setiap harinya terpaksa makan luar dengan anak-anak, ada yang rumah dah macam tongkang pecah, ditinggalkan isteri tidak terurus.
Bila kita cadang failkan tuntutan nusyuz (bagi isteri-isteri yang jelas jauhkan diri dari suami, meninggalkan suami/curang, enggan berpindah bersama suami), suami soleh ini akan marah kita balik.
“Sabitan nusyuz ini terlalu berat, puan.
Kalau isteri saya disabit nusyuz, suatu hari dia pulang pada saya, bolehkah perintah itu ditarik semula?”
Peguam Syarie Kongsi Ada Lelaki Sanggup Melutut Di Kaki Isteri
Tidak menjadi suatu kepelikan para suami menangis di kamar mahkamah sebelum lafaz talak. Ada yang sanggup melutut di kaki isteri minta digugurkan kes.
Sebaliknya bagi suami yang narsis, dia tahu dia berlaku zalim terhadap isteri, enggan lafaz talak, malah sengaja menjadikan proses cerai ini lebih menyusahkan.
Begitulah.
Kami hanya mampu bantu menyiapkan pembelaan atau “membeli” masa. Apapun kita serahkan pada mahkamah untuk membuat pertimbangan.
[Disclaimer : Kupasan ini adalah situasi/kes suami yang baik-baik, tidak ada sikap yang jelas menganiaya isteri. Tolong fahamkan skop topik, sebelum offended]
“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Tuduh Nur Farah Kartini mengandung, keluarga wanita minta maaf & merayu tak disaman. Nur Farah Kartini Abdullah yang dilaporkan hilang sejak 10 Julai selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan ditemukan mati di kawasan tidak jauh dari Felda Gedangsa, Hulu Selangor. Mayat Nur Farah Kartini ditemukan kira-kira 6 petang dipercayai dibunuh individu yang dikenalinya.
Kes kematian pelajar cemerlang ini mendapat liputan meluas media dan dikhabarkan hari ini jenazahnya akan dituntut oleh ahli keluarganya di Unit Forensik Hospital Sg Buluh untuk dikebumikan di Pekan, Pahang selepas hasil keputusan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) yang diperoleh positif milik Nur Farah Kartini.
Tuduh Nur Farah Kartini Mengandung
Di sebalik pemergian arwah Nur Farah, terlalu banyak spekulasi di media massa termasuk hearsay (sekadar kata-kata orang) yang sebenarnya amat mengguris hati keluarga.
Di Tik Tok @Muhammad Fikri dipercayai kenalan kepada arwah Farah dan banyak berkongsi #keadilan buat Farah Kartini, dirinya berkongsi satu kata nista dilemparkan oleh seorang wanita bernama Nor Fatihah Idriss berusia 27 tahun yang mendakwa arwah Nur Farah Kartini mengandung.
Dalam tuduhan tanpa bukti itu, Nor Fatihah Idris menulis “teman lelaki dia tu polis dan suami orang. Tak nak bertanggungjawab ke atas Farah sebab mengandung….
Ternyata ia satu tuduhan yang amat berat buat arwah kerana pihak polis sendiri tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan bahawasanya arwah Nur Farah Kartini mengandung dan ternyata ia berunsur fitnah.
Keluarga Wanita Minta Maaf & Merayu Tak Disaman
Dalam pada itu,selepas tuduhan Nor Fatihah Idris mulai viral, adik kepada wanita ini ada membuat DM meminta maaf bagi pihak kakaknya di page Muhammad Fikri (BACA DI SINI) selain meminta agar keluarga arwah tidak menyaman kakaknya kerana mereka tiada duit .
“Assalamualaikum bang. Saya adik kepada Nor Fatihah Idris yang mengeluarkan kenyataan tentang arwah Farah. First sekali saya tahu silap kakak saya dan kakak saya kesal dengan perbuatan yang telah dia buat tu.
“Saya mohon maaf pada family arwah dan pada semua rakyat Malaysia dan saya harap sangat pada family arwah tak saman pada kakak saya. Harap family arwah boleh maafkan perbuatan kakak saya.
“Kami pun tiada duit untuk nak saman ini semua. Saya minta maaf ya pada semua satu Malaysia. Apa yang kakak saya buat itu memang salah tapi kakak saya pun dapat berita yang orang bagi. Bukan dia buat andaian sendiri.
“Semoga dipermudahkan urusan family arwah dan kerja-kerja orang atasan di sana. Minta maaf lagi sekali dari pihak kakak saya. Assalamualaikum.
Dalam pada itu, semalam semasa Mingguan Wanita berkongsi telefon bimbit arwah telah ditemui, seorang individu memberikan komen di IG MW memaklumkan bahawa arwah sememangnya mengenali suspek tetapi bukan kekasih seperti didakwa ramai.
Apa pun, berhati-hatilah mengeluarkan kenyataan agar tidak mengguris hati keluarga arwah.
Kakak Hello Kitty. Usahawan ini pernah bercerai dan ramai mengaitkan perceraiannya kerana suami dipaksa pakai baju Hello Kitty.
Mesra disapa Na, mengakui perceraian selama 23 hari dengan suami membuatkan diri dan hatinya tidak kuat. Perlu melakukan kerja-kerja rumah yang selama ini dibantu suaminya, Mohd Afizi.
Dan kerana itulah dirinya mengambil peluang kedua diberi Allah dan mereka kembali rujuk demi anak-anak serta menurunkan ego masing-masing demi membina keluarga bahagia.
Ikuti video penuh kisah suka duka pasangan ini yang memilih peluang kedua dalam kehidupan mereka dalam Sembang Wanita Xtra di saluran YouTube MW.
Setelah sekian lama anak-anak kita belajar secara PdPR, akhirnya bermula minggu depan mereka akan kembali ke sekolah dan belajar secara bersemuka. Ada mak ayah yang berusaha menyempurnakan kelengkapan dan persediaan untuk anak-anak ke sekolah. Antaranya termasuklah kena tampal lencana di baju mahupun tudung sekolah anak. Memang nampak senang tapi nak menjahitnya remeh. Sebab itu ramai yang rela hantar ke kedai jahit.
Namun kalau anak ramai, terasa juga walau caj menjahit satu lencana cuma RM2.00 dan lagi RM2 untuk jahit tag nama. Sudahnya kena bayar RM4. Bayangkan ada enam helai baju. Dah tentu banyak modalnya.
Untuk kurangkan pening kepala mak-mak, anda boleh ikut perkongsian daripada Puan Akmar Laily Omar yang sudi mengajar cara tampal lencana dan tag nama dengan cara paling mudah dan cepat.
Haaa… lepas ini tak perlu lagi hantar kedai jahit atau ambil masa lama untuk menjahit lencana. Ikut cara ni saja.
Bahan yang diperlukan:
Gam UHU
Kain kecil/ sapu tangan yang dibasahkan
Kertas tebal/cardboard/manila kad
Seterika
Langkah-langkah:
1. Letakkan kertas keras dalam poket atau untuk baju kurung dan tudung letak kertas ini di bahagian dalam bawah lencana . Ia bagi mengelakkan gam melekat pada kain.
2. Atur lencana pada kedudukan yang dikehendaki.
3. Sapukan gam pada bahagian belakang lencana atau tag nama.
4. Lekatkan lencana pada kedudukan yang telah ditetapkan.
5. Ambik kain basah tadi dan letak di atas lencana.
6. Seterika kain tadi pastikan ia mengenai lencana. Gosok beberapa kali. ketika ini seterika mungkin berasap tindak balas menggosok kain basah. Jangan bimbang tentang perkara itu.
7. Angkat kain dan alihkan kertas keras di bahagian dalam. Siap.
Nota:
Lencana ditampal dengan cara ini kelihatan kemas dan rapi. Masa untuk menyiapkan satu lencana lebih kurang tiga minit berbanding menjahit lencana yang mungkin mengambil masa 15 hingga 20 untuk satu lencana.
Lencana akan melekat lebih daripada 10 bulan walaupun dibasih dengan mesin basuh. Sekiranya tertanggal ulangi kaedah yang sama untuk menampalnya kembali.
Selamat mencuba!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Wawa Zainal selamat bersalin anak keempat akui proses bersalin kali ini lebih menyakitkan dan mencabar.
Benarlah pengalaman melahirkan setiap anak itu berbeza jalan ceritanya. Begitu juga yang dilalui pelakon, Wawa Zainal yang telah selamat melahirkan anak keempatnya.
Hasil perkahwinan bersama Aeril Zafrel, pasangan ini turut dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, 7, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 5, dan Ayya Soffya yang kini berusia setahun.
Wawa Zainal Selamat Bersalin Anak Keempat
Bersyukur selamat melalui proses bersalin namun dirinya akui kali ini prosesnya agak mencabar dan lebih menyakitkan berbanding sebelum ini.
“Alhamdulillah, selamat melahirkan pagi tadi. Pukul 2 pagi menahan sakit tak sampai hati nak kejut Aeril.
“Tunggu la sampai 5 pagi, sampai-sampai hospital dah sembilan sentimeter (bukaan). Lain macam sakit dia walaupun anak keempat dah. Belum ada nama, ada cadangan ke?” luahnya menerusi perkongsian di Instagram.
Pada perkongsian yang sama Wawa juga menyatakan jantina bayi keempatnya itu.
Aeril Zafrel Mohon Doakan Kesejahteraan Isteri
Pada masa yang sama, suami Wawa Zainal yang juga pelakon dan usahawan berjaya, Aeril Zafrel mengucapkan ribuan terima kasih kepada peminat yang mendoakan kesejahteraan isterinya.
“Assalamualaikum anakku. Terima kasih semua atas doanya,” luahnya.
Dimarahi Wawa Sedang Menahan Kesakitan
Menerusi hantaran berbeza juga, Aeril turut berkongsi video dirinya dimarahi Wawa yang sedang menahan kesakitan.
“Waktu ini saya kena marah sebab puji dia. ‘Sakit-sakit pun cantik’… salah ke puji macam tu,” katanya.
Chef Anis Nabilah sifatkan kenyataan pemenang Masterchef Indonesia tidak beradab dan tidak profesional. Isu Nasi Kandar negara ini seperti berpasir dan tidak asli sememangnya...