Beratap daun berdebukan tanah ke bangunan indah, pereka terkenal bina masjid indah di Uganda. Di Indonesia, namanya disegani. Selain pereka fesyen, dirinya juga tampil sebagai pengacara.
Keluhuran budinya membina sebuah masjid di daerah Butanjwa Hoima Uganda Barat untuk masyarakat Islam di Uganda cukup menyentuh hati. Dari beralaskan debu tanah dan beratapkan daun kering, masyarakat Islam di Uganda mampu tersenyum apabila sebuah masjid dibina untuk mereka.
Beratap Daun Berdebukan Tanah Ke Bangunan Indah
Dikongsi dari titipan Ustaz Abdul Somad, pendakwah ini berkongsikan satu video yang cukup menyayat hati di mana mayarakat islam di Uganda bersolat dalam keadaan yang cukup uzur. Namun sujud kepada Allah, tiada sekali dilupakan walau serba serbi kekurangan.
Memetik laporan Kompas.com tempat ibadah ini diberi nama Masjid Indonesia by Ivan Gunawan telah dirasmikan dan dibuka kepada para jemaah.
Pereka Terkenal Bina Masjid Indah Di Uganda
Ia dikongsikan melalui Instagram @hamza.tamimy yang menulis, “Alhamdulillah setelah kurang dari satu tahun, MASJID INDONESIA BY IVAN GUNAWAN sudah berdiri gagah megah, semoga menjadi kebaikan untuk semua pihak atas berdirinya Masjid ini,” tutur Hamzah Attamimi di Instagramnya.
Ketika perasmian ini, Ivan Gunawan turut menyembelih dua ekor lembu dan dimasak untuk dikongsikan bersama masyarakat yang hadir. Dapat dilihat anak-anak menikmati makanan dengan begitu berselera kerana mereka jarang menikmati makanan makanan enak.
Bagi memastikan kelancaran masjid ini, Ivan turut menggajikan iman masjid bagi memastikan segalanya sempurna dan masjid ini dapat dimanfaatkan oleh masyarakat di sana.
Ads
Nak rasa sampel biskut raya? Dapatkan KUPON BISKUT RAYA PERCUMA sekarang. Klik untuk kupon percuma: http://shorturl.at/hKOS2 atau imbas QR code pada poster.
Dalam pada itu, dilaporkan Ivan berniat membina masjid memandangkan peningkatan populasi masyarakat Muslim di sana namun masalah kemiskinan dan kesukaran mendapatkan air bersih mendorong dirinya berbuat sesuatu.
Ads
Tidak hanya membina sebuah masjid, Ivan turut menyediakan pelbagai kelengkapan beribadah seperti telekung, kain pelikat untuk digunakan jemaah. Ia mampu menampung 400 jemaah dalam satu-satu masa.
Ivan tidak keseorangan dalam misi tersebut sebaliknya turut mendapat kerjasama pereka hiasan dalaman terkenal Indonesia iaitu Susan Emir dan sebuah yayasan di negara itu.
Pelajar OKU nekad jalan kaki balik kampung ke Kelantan. Pilihan Raya Umum yang ke-15 (PRU15) akan diadakan esok, pertama kali remaja berusia 18 tahun akan mengundi. Malah ada yang menyifatkan gelombang keterujaan anak muda yang pertama kali mahu mengundi.
Dek kerana mahu melunaskan tanggungjawab kepada negara, seorang pelajar kelainan upaya (OKU) gigih berjalan kaki untuk pulang ke kampungnya di Kelantan.
Pelajar OKU Nekad Jalan Kaki Balik Kampung Ke Kelantan
Demi tanggungjawab sebagai pengundi, Muhammad Haikal Noor Azmin, 18, yang juga merupakan pelajar Kolej Komuniti Kepala Batas di Pulau Pinang tekad untuk berjalan kaki ke kampung halamannya.
Perkara itu terjadi dek kerana tiket bas ekspres untuk pulang ke Kelantan dikatakan habis dijual.
Muhammad Haikal yang juga seorang OKU Pertuturan dan Pergerakan berjalan sendirian sambil menyorong beg pakaian. Kebetulan ketika itu pensyarahnya bertemu dengan pelajar tersebut.
Ditemui Keletihan
Seperti mana dipetik menerusi Kosmo Online, Pengarah Kolej Komuniti Kepala Batas, Ts. Jasni Mohd. Yusof menyatakan pelajar tersebut ditemui dalam keadaan keletihan namun tetap mahu meneruskan perjalanan pulang ke kampung halamannya.
“Muhammad Haikal adalah pelajar bidang Sijil Animasi 2D dan dia juga kurang sempurna daripada segi pergerakan dan pertuturan namun semangatnya kuat.
“Kita mengambil inisiatif dengan menghantar Muhammad Haikal pulang Kelantan menggunakan kenderaan jabatan hari ini supaya boleh mengundi Sabtu nanti.
“Sumbangan turut dibuat oleh semua kakitangan kolej bagi memudahkan urusan perjalanan pelajar berkenaan,” ujarnya.
Muhammad Haikal juga menerangkan dia begitu terharu dengan bantuan yang dihulurkan oleh pihak kolej berkenaan.
Bantuan tersebut juga meringankan beban keluarganya. Anak sulung dari lima beradik itu telah kehilangan ayah tercinta sejak berusia 11 tahun. Sejak ayahnya meninggal dunia Muhammad Haikal memikul tanggungjawab sebagai anak sulung.
Pelakon Yana Samsudin yang kini aktif dalam game streaming selamat lahirkan “baby gaming”. Tahniah dapat anak perempuan kali ini, jadi sepasanglah. Sudah tentu keterujaan berganda.
Yana Samsudin selamat melahirkan anak keduanya di sebuah pusat perubatan swasta di Batu Pahat, Johor pada minggu lalu.
Yana Selamat Lahirkan Baby Gaming
Menerusi perkongsiannya di akaun Instagram,
Assalamualaikum korang… Alhamdulillah ABC sudah selamat lahirkan baby gaming & its a girl….
Thanks semua yang sudi doakan Yana dan baby selamat dilahirkan… Semuanya telah dipermudahkan..
Thanks juga buat Dr Norliza Pakar Gynae KPJ Batu Pahat and all the team.. Servis yang baik dan selesa buat kami sekeluarga… Bersalin di sini siap dapat hadiah carseat dan gubahan bunga buah buahan untuk Merdeka hingga Disember hujung tahun.
Yana Dalam perkongsian yang sama, Yana turut mendoakan wanita di luar sana yang masih menantikan zuriat pertama agar dipermudahkan urusan.
“Alhamdulillah sekali lagi yana doakan buat ibu ibu yang masih menanti untuk pregnant baby pertama & seterusnya dipermudahkan oleh Allah SWT….”
Berehat Selama 2 Bulan
Malah, Yana juga yang dikatakan menjalani tempoh berpantang di kampung halamannya turut mengumumkan yang dirinya akan berehat buat seketika.
Yana akan bercuti lebih kurang 2bulan dari event, shooting & game streaming, #EnKetuaRumah@fadzilzahari & @aisymateen akan teruskan stream, support la dia, dia pun kelakar jugak sebenarnya huhu…
Menantu kiriman dari neraka, sanggup rakam suami aniaya ibu kandung Lumpuh. Seorang lelaki bertindak zalim apabila sanggup memukul dan menganiaya ibu kandungnya, meskipun wanita itu sudah lumpuh.
Menantu Kiriman Dari Neraka
Memetik laporan Sinar Harian, tidak hanya memukul dan menganiaya ibunya, aksi penganiayaan lelaki itu terhadap warga emas berusia 74 tahun itu turut dirakam oleh isteri pelaku yang berusia 51 tahun. Video yang dirakam itu menjadi tular di media sosial.
Menurut laporan media tempatan, kejadian berlaku pada 10 Mei lalu, di rumah pelaku yang dikenali sebagai H, 52, di Jalan Satria, Pekan Palas Rumbai, Kota Pekanbaru, Riau.
Menerusi klip video yang tular baru-baru ini, kelihatan warga emas itu tidak berdaya mempertahankan diri ketika ditampar pipinya dan diseret oleh anak lelaki sulungnya itu.
Polis yang mengetahui perkara itu menerusi hantaran video yang tular itu melakukan siasatan dengan segera hadir ke lokasi kejadian pada 26 Mei lalu.
Mangsa kemudiannya memberitahu polis bahawa dia dipelaku dengan teruk hingga trauma dan badannya mengalami kesan lebam dan luka.
Sementara itu, siasatan polis mendapati kedua-dua mereka mengaku bahawa perbuatan zalim itu telah berulang kali dilakukan ketika mangsa berada di rumah.
Polis kini mengenakan tindakan ke atas mereka berdua manakala warga emas itu pula sudah mendapatkan rawatan di hospital dan kini ditempatkan di rumah anak keduanya.
Sekeluarga dirempuh treler pemandu microsleep, ibu belum tahu anak meninggal kerap tanya mana anak sulung. Sebuah keluarga yang menaiki kereta proton saga mengalami detik...