BERAS Baru Beli Tak Buka Pun Lagi Boleh Ada KUTU, Ini Sebabnya!

Share

Beras baru beli tak buka pun lagi bungkusannya, boleh ada kutu beras. Seringkali mak-mak tertanya-tanya macam mana boleh ada boleh ada kutu dalam beras, walaupun sewaktu beli beras masih elok, bebas kutu. Bukan apa bila ada kutu beras ni, ia menjadi punca nasi yang dimasak cepat hancur dan tak tahan lama, mudah basi.

Baca perkongsian daripada Naim AJ Pest ini;

Kutu beras / Bubuk / Rice Weevil macam mana dia boleh ada dalam beras kita walaupon pack beras kita tu baru dibeli dan tak bukak pun lagi ?

Jemput baca thread simple ni berkaitan kutu beras dan cara nak basmi.

Kutu beras atau Rice Weevil ni merupakan serangga di dalam kategori Stored Product Pest. Sumber makanan serangga ni adalah biji benih gandum, tepung dan beras.

Bertelur Dalam Beras

Macam mana dia boleh ada dalam beras walaupon beras tu kita baru beli ?

Serangga ni sebenarnya dia bertelur di dalam beras tu sendiri. Dia akan jadikn sebutir beras kita tu sebagai tempat menyimpan telur dia. Caranya adalah dengan menebuk isi dalam beras tu sehingga kosong.

Bila dah sampai tempoh matang serangga ni akan keluar dari beras yang jadi tempat tinggal dia kemudian dia akan meneruskan hidup dengan memakan beras yang lain. Dalam masa yang sama dia akan biakkan lagi telur dia ke dalam beras yang lain.

Sebab tu bila kita jarang masak cepatlah dia keluar, yang rajin masak nasi tu binatang ni tak sempat keluar sebab kita dah masak beras yang ada telur dia tu sekali jadi nasi, dapatlah extra protein ..tapi takde masalah pon kalau termakan telur kutu beras ni.

Cuma kalau beras yang ada masalah kutu ni beras dia cepat hancur, kalau dimasak nasi tu jadi tak tahan lama dan cepat basi sebab dah contaminated.

Cara Basmi Kutu Beras

Macam mana nak keluarkan kutu beras ni ?

Serangga ni dia sangat sensitif dengan suhu.

Paling mudah jemur je tengah panas bawah matahari dalam 15-20 minit. Nanti kutu tu keluar sendiri dari beras. Pasti kan beras tu kita tebar atas talam ya, mudah skit dia nak lari.

Macam mana pulak cara nak elakkan kutu beras ni ?

1. Letak daun Bay Leaves

Daun bay leaves boleh jadi repellent pada kutu beras sebab bau yg dihasilkan.

2. Lada hitam

Biji lada hitam is highly toxic pada serangga ni. Tabur je sikit dalam bekas beras tu.

3. Vacuum Pack

Simpan beras dalam vacuum pack boleh mengelakkan dari telur kutu beras menetas.

4. Simpan beras dalam freezer

Yang ni jarang la orang buat, tapi still berkesan sebab kutu beras sensitif juga dengan suhu sejuk. So dia tak boleh nak hidup lah.

Semoga Bermanfaat!

Mesti Baca:Rendam Beras Basmathi Dengan Garam, PETUA Nasi Lembut Elok Masak Sekata Cantik Berderai!
Baca Lagi Di Sini:Buat Sendiri LAKSA BERAS ‘Fresh’ Sedap Lain Macam, Cantik Tak Putus-Putus!
Artikel Menarik:Suntikan Mikrocip Bersaiz Sebutir BERAS Di Lengan, Mudahkan Pelbagai Urusan Harian!

Mingguan Wanita:Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi jika ada masalah kutu beras, bolehlah ikut tip yang dikongsikan ini.

Sumber: Naim AJ Pest

JEANS BURUK JANGAN BUANG, SERTAI KELAS JAHITAN KAMI. BUAT TOTE & SHOPPING BEG

Klik link untuk daftar: https://toko.ideaktiv.com/product/kelas-jahitan-kreatif/

Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.

Projek 1: Denim Tote Bag


Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.

Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.

Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.

#kelasjahitankreatif
#sewingworldgallery

Published by
Suhaidah Abd Wahab