Berapa Lama Kita Boleh Simpan Makanan Dalam Peti Sejuk Beku @ Freezer?

Makanan tidak boleh disimpan selama-lamanya di dalam peti sejuk beku @ freezer.  Jika terlalu lama makanan itu masih selamat dimakan tetapi warna, rasa, dan teksturnya semakin merosot.

Berikut adalah tempoh masa maksima simpanan makanan dalam peti sejuk beku.

1-Ikan yang telah dipotong – 3 hingga 4 bulan

2-Kerang-kerangan – 2 hingga 3 bulan

3-Daging lembu mentah– 4 hingga 6 bulan

4-Daging kambing biri-biri mentah– 4 hingga 6 bulan

5-Daging ayam mentah – 4 hingga 6 bulan

6-Sayuran yang telah dicelur – 10 hingga 12 bulan

7-Sayuran tidak dicelur – 3 hingga 4 bulan

8-Puri daripada sayuran – 6 hingga 8 bulan

9-Puri buah-buahan – 6 hingga 8 bulan

10-Jus buah-buahan- 4 hingga 6 bulan

11-Buah di dalam air gula – 9 hingga 12 bulan

12-Sup dan sos – 3 bulan

13-Makanan siap – 4 hingga 6 bulan

Ads

14-Kek- 4 hingga 6 bulan

15-Doh roti –2 hingga 3 bulan

16-Pastri –3 hingga 4 bulan

17-Mentega dengan garam – 3 hingga 4 bulan

18-Mentega tanpa garam- 6 hingga 8 bulan

19-Ais Krim – 3 hingga 4 bulan

20-Lauk berasaskan daging merah atau daging putih – 2 hingga 6 bulan

21-Pizza – 1 hingga 2 bulan

Ads

22-Nuget ayam – 1 hingga 3 bulan

Jangan Lupa Label Makanan Yang Disejuk Beku!

Sebabnya, kita tidak dapat mengenali makanan yang disimpan di dalam peti sejuk beku itu jika ia berada dalam keadaan sejuk beku.

Cara terbaik yang boleh dibuat adalah letak label pada setiap makanan itu. Tulis nama makanan dan Tarikh ia dimasak dan disimpan.

Kita juga boleh tulis senarai makanan yang disimpan itu pada sehelai kertas. Tampal kertas tersebut di peti sejuk anda. Jika tidak mahu senarai makanan itu hilang, kita boleh juga simpan dalam telefon.

Peraturan Untuk Menyimpan Makanan Di Bahagian Beku:

Anda Perlu,

1-Simpan daging, ayam dan ikan dalam bekas , beg plastik yang kedap udara atau dibungkus dengan pembungkus polyethylene. (Kenapa? Untuk menghalang kehilangan kelembapan dan untuk mengelakkan pencemaran bahan makanan lain dengan baunya)

2-Potong daging dan ayam kepada bahagian yang lebih kecil (Kenapa? Bahagian yang lebih kecil akan lebih mudah dibekukan dalam masa yang singkat)

3-Bungkus makanan dengan lapisan plastik atau beg beku sebelum disimpan ke dalam bahagian beku peti sejuk

Ads

4-Basuh daging, ikan dan ayam dengan sempurna sebelum disimpan di dalam peti beku

Jangan Buat,

1-Menyimpan buah-buahan atau sayur-sayuran di dalam bekas beku (Kenapa? Suhu pada tahap beku akan merosakkan tisu buah-buahan dan sayuran)

2-Masukkan ramuan ke dalam ayam sebelum disimpan. Masukkan ramuan hanya apabila ingin dimasak. (kenapa? Peti sejuk di rumah tidak cukup sejuk untuk membekukan daging ayam/ itik yang disumbat itu dalam masa yang singkat)

3-Menyimpan padat bahagian beku peti sejuk anda.. (Kenapa? Untuk membenarkan udara sejuk mengalir)

4-Membekukan makanan dalam tin. (Kenapa? Pada tahap beku kandungan dalam tin itu akan mengembang dan keadaan ini akan merosakkan tin tersebut dan menyebabkan ia tumpah)

Sumber:

goodhousekeeping

greatist.com

myhealth.gov.my

 

 

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI