Mempunyai kabinet dapur yang cantik dan kemas di rumah bagaikan satu impian bagi mak-mak. Tapi jika menempah kabinet dapur ni boleh tahan juga harganya memcecah 5 angka. Sebenarnya, kalau encik suami rajin menukang ada sedikit kemahiran, pandai mengukur serta ada masa dan keberanian, boleh buat kabinet dapur sendiri di rumah. Yang pastinya lebih berganda jimat kosnya berbanding beli atau pun tempah. Siapa sangka dengan anggaran kos hanya RM2,000 boleh dapat kabinet dapur yang cantik dan kemas ini.
Perkongsian daripada Encik Azman Man, yang membuat sendiri kabinet dapurnya boleh dijadikan panduan.
“DIY Kabinet dapur sendiri.Masa nak buat 50/50 yakin dengan tak yakin jadi. Isteri nak kabinet design macam dia tengok dekat swiss masa bercuti. Semua laci kat dalam nampak simple. So tanya kedai harga memang agak tinggi sehingga 5 angka. Beranikan diri buat sendiri. Pergi Ikea tengok sample kabinet dan tiru sikit-sikit.”
“Alhamdulilah siap walaupun hampir sebulan nak siapkan. Buat sorang-sorang. Kos beli barang kasar dalam RM1600 + barang-barang kecik-kecik saya agak dalam 2k siap semua. Siap kabinet bawah, kabinet atas dan kabinet peti ais.”
Panduan Asas;
* Saya guna base plywood 18mm, 2 keping RM180
* Laci, kabinet atas dan kabinet peti ais saya guna chipboard ( Harga RM95/pcs + siap potong RM25) guna 5pcs chipboard saiz 6×8 kaki). Ukur saiz yang kita nak & kilang potong, balik skrew je.
* Table top beli kat hardware 12×2 kaki (RM280)
* Semua pintu kabinet saya guna Arcylic 1mm. RM 60/pcs ( Guna 6 pcs / 4×6 kaki )
* Sticker white glitter untuk pintu juga RM200 (10 meter) Boleh beli di Shopee.
Itu je kos yang besar yang lain-lain harga murah-murah je (saya tak kira berapa).
Ada lebih chipbord sikit saya buat table bar untuk duduk berdua.
Kalau ada kamahiran sikit, pandai ukur saiz yang tepat, ada masa dan keberanian, Insya Allah boleh buat.Harga dapat jimat banyak kalau boleh buat sendiri.
Untuk lekatkan kabinet pada dinding saya guna L angle. Beli kat MR. DIY yang ada 4 lubang setiap side. Kalau tuan nampak tu saya gantung belah dalam. Satu saya letak dekat bawah untuk dijadikan tapak dan satu lagi ikat dekat atas kabinet tu.
Saya guna undermount drawer slide, beli dekat shopee.
Baca Lagi Di Sini:
Walaupun Kuarters Tetap Nak Hias Cantik-Cantik, 2 Minggu Deko Dapur BAJET
Cara Susun Barang Dapur Tanpa Kabinet Rumah Sewa, Hasilnya Terbukti Cantik
MW: Sebenarnya memang lebih banyak jimat bila buat kabinet dapur sendiri. Kalau rancang nak buat kabinet dan encik suami rajin bertukang, boleh ikut panduan yang dikongsikan ini.
Sumber: Azman Man
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI