Suami seharusnya mempunyai sikap ‘melindungi’ isteri, dalam apa juga situasi. Sememangnya satu tindakan yang berani di hadapan jutaan penonton seluruh dunia, kerana mahu mempertahankan maruah isteri, pelakon, Will Smith, telah bertindak menampar wajah pelakon, Chris Rock di pentas Anugerah Oscars 2022 yang diadakan secara langsung di Dolby Theater, California.
Isteri Jadi Bahan Jenaka
Dalam kejadian pagi tadi waktu tempatan, Will dikatakan tidak dapat menahan marah apabila Chris menjadikan isterinya, Jada Pinkett Smith sebagai bahan jenaka ketika menjadi hos acara tersebut yang disaksikan oleh jutaan penonton di seluruh dunia.
Difahamkan, punca kejadian bermula apabila Chris menyentuh nama Jada dan berjenaka mengenai kepalanya yang botak selain cuba mengandaikan wanita tersebut dengan filem ‘rekaannya’, GI Jane 2.
Perkara itu telah menyebabkan Will bertindak bangun daripada kerusi penonton dan meluru naik ke pentas sebelum menampar wajah Chris dan kemudiannya kembali semula ke tempat duduknya.
Apa yang jelas, wajah Will sangat tidak senang dengan kelakuan Chris yang dianggap cuba memalukan isterinya.
Audio rakaman momen tersebut selain paparan wajah Will sedang berkata sesuatu terhadap Chris dipercayai telah disenyapkan oleh pihak produksi namun menerusi mimik bibir, jelas memperlihatkan Will berkata “jangan sentuh atau menyebut nama isteri saya!”
Menurut laporan media antarabangsa, Jada sebelum ini pernah berkongsi mengenai penyakit yang dialaminya, Alopecia, yang menyebabkan dia terpaksa berdepan dengan situasi keguguran rambut hingga terpaksa membotakkan kepala.
Ads
Kejadian antara Will dan Chris tersebut telah menyebabkan kekecohan kalangan pengguna media sosial di seluruh dunia.
Ada yang menyokong tindakan Will dan ada juga yang bersimpati dengan Chris.
Memohon Maaf Secara Terbuka
Namun demikian, ketika menyampaikan ucapan selepas ditabalkan sebagai pemenang Pelakon Lelaki Terbaik Oscar 2022, aktor Will Smith memohon maaf secara terbuka kepada penganjur Anugerah Academy itu serta seluruh penggiat seni berikutan tindakannya ‘menyerang’ selebriti Chris Rock di acara berkenaan.
Sekalipun tidak mengemukakan permohonan maaf itu pada Rock secara langsung, namun, Smith membuat perbandingan dengan karakter lakonannya dalam filem King Richard.
Ads
“Saya mahu minta maaf kepada Academy, saya mahu minta maaf kepada semua rakan finalis (Oscar 2022). Ini merupakan momen yang indah dan saya menangis bukan kerana kemenangan ini (Pelakon Lelaki Terbaik).
“Ini bukan soal saya memenangi anugerah,” kata Smith yang menerima penghormatan daripada seluruh penonton yang berdiri sambil bertepuk tangan kepadanya.
Menyambung ucapan, Smith berkata: “Seni telah mengubah hidup. Saya kelihatan seperti bapa yang gila, seperti Richard Williams… namun, cinta boleh membuatkan kamu melakukan benda yang ‘gila’.”
Mingguan Wanita:Demi pertahankan maruah isteri yang diperlekehkan di hadapan jutaan penonton, cukup berani dan terharu dengan tindakan pelakon Will Smith ini. Selayaknya suami menjadi pelindung buat isteri, dalam situasi begini bukannya ‘tumpang sekaki’ turut memperlekehkan sekali.
Syukur, Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin dikhabarkan ibunya dalam keadaan sihat dan gembira. Dalam posting terkini ibunya, Nurul Erwani Zaidi, dia memaklumkan anaknya itu sedang dalam usaha belajar meniarap.
Hasil tunjuk ajar yang diberikan oleh doktor yang merawat di sana, Ainul sudahpun boleh membuat gerakan meniarap. Bahagian mulut daripada kesan pembedahan juga sudah nampak cantik.
Ainul Baru Lepas Belajar Meniarap..
Kongsi ibunya,
Assalamualaikum semua. Lama mama tak masukkan gambar Ainul Mardhiah kan. Maaf sebab mama kena fokus lebih dekat Ainul minggu ni sebab Dr dah ajar mama macam mana nak ajar Ainul meniarap. .
Alhamdulillah seronok Ainul dapat meniarap, grab mainan. Dr bagi mainan macam macam, ada lampu lampu. Dr sangat happy dengan Ainul sebab Ainul cerdik, cepat sangat belajar apa yang Dr suruh buat. .
Tersenyum simpul Ainul dapat main dengan Dr hari ni. Dr dekat sini pun sangat positif, bagi pujian dekat Ainul. Nanti mama buat video ya tunjuk Ainul meniarap.
Sekarang Ainul tengah tidur baru lepas belajar meniarap, dah penat terus tidur. Have a good day semua.
Ainul Terima Kunjungan Tun Mahathir Dan Rakyat Malaysia
Bayi 10 bulan ini sebelumnya disahkan menghidap ‘Gem Cell Tumour’. 10 Jun lalu, Ainul selamat membuang ketumbuhan yang semakin membesar di mulutnya.
Dibawah kendalian sekumpulan pakar bedah dan anestetik yang diterajui Ketua Unit Craniofacial, Prof David Dunaway di sebuah hospital di London berjaya membuang ketumbuhan seberat 200 gram itu.
Beberapa hari selepas pembedahan juga Ainul menerima kunjungan rakyat Malaysia yang ada di London. Kata ibunya, “Gembira dapat berkenalan dengan semua. InshAllah ada rezeki jumpa lagi.”
Manakala 17 Jun lalu, Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad juga sempat melawat baby Ainul di hospital. Beliau sendiri terharu dengan keadaan Ainul.
Bagaimanapun berasa gembira dengan sikap rakyat Malaysia yang prihatin sehingga membolehkan Ainul terbang ke London untuk mendapatkan rawatan di sana.
MW : Mendoakan semoga baby Ainul semakin sihat dan pulang ke Malaysia dengan selamat sebaik selesai rawatan di London.
Waktu kontraksi dan memasuki fasa kelahiran bayi memang cukup mendebarkan. Ada yang diuji rasa sakit dan kontraksi kuat, malah ada juga yang sebaliknya. Sungguh tak dapat dibayangkan, sedang sarat mengandung 9 bulan dan hanya menunggu waktu untuk melahirkan anak, masih lagi mempunyai kekuatan untuk mengayuh basikal ke hospital.
Berbasikal Awal Pagi Ke Hospital
Itulah yang dilakukan oleh seorang ahli Parlimen New Zealand, Julie Anne Genter menunggang basikal pada awal pagi semalam untuk pergi ke hospital bagi melahirkan anaknya.
Ketika menaiki basikal, Genter sudah pun dalam fasa kelahiran dan bayinya dilahirkan sejam selepas beliau tiba di hospital. Genter sampai ke hospital yang mengambil masa kira-kira 10 minit.
Berita kelahiran itu diumumkan oleh Genter menerusi Facebook beberapa jam kemudian.
“Pada pukul 3.04 pagi, kami menyambut kelahiran ahli keluarga baharu. Saya tidak merancang mengayuh basikal untuk melahirkan anak, namun semuanya sudah berlaku. Kami tiba ke hospital kira-kira 10 minit kemudian.
“Kontraksi yang saya alami tidak berapa kuat dan keadaan itu membolehkan saya mengayuh basikal sehingga ke hospital,” tulis Genter.
Pengalaman Kali Kedua
Ini merupakan kali kedua Genter mengayuh basikal ke hospital untuk melahirkan anaknya.
Negara dengan populasi seramai lima juta itu terkenal dengan sikap rendah diri oleh sejumlah ahli politiknya.
Perdana Menteri Jacinda Ardern sebelum ini tetap masuk ke pejabat biarpun beliau masih dalam cuti bersalin, selain membawa bayinya yang ketika itu berusia tiga bulan ke mesyuarat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Mingguan Wanita: Kuatnya wanita ini, walaupun dalam kontraksi boleh lagi kayuh basikal ke hospital sebelum bersalin. Tak dapat bayangkan situasinya macam mana dengan sarat hamil 9 bulan menunggang basikal.
Majlis perkahwinan merupakan hari bahagia yang pastinya akan dikenang oleh pengantin dan juga para tetamu yang hadir. Selalunya majlis perkahwinan diadakan di dalam dewan mahupun konsep dalam taman, namun pengalaman berbeza apabila hari bahagia ini diraikan di Zoo.
Sebuah majlis perkahwinan viral di media sosial Indonesia kerana diadakan di sebuah zoo di Gembira Loka, Yogyakarta, lapor laman berita Liputan6 semalam.
Video memaparkan majlis perkahwinan serba mewah dan bertemakan adat tradisional Jawa itu diadakan pada waktu malam. Rakamannya dimuat naik dalam akaun TikTok @wahyuadhicandra.
Kahwin Anak Pemilik Zoo
Pengantin perempuan dikenali sebagai Nana berkahwin dengan pilihan hatinya, Niko yang merupakan anak pemilik zoo tersebut.
Tetamu yang menghadiri majlis tersebut dijemput di pintu hadapan zoo dengan menaiki ‘buggy’ khas. Mereka diberi peta lokasi yang menunjukkan keberadaan haiwan di zoo tersebut.
Terdapat pelbagai gerai makanan yang disediakan di tepi tasik. Acara itu dimeriahkan dengan persembahan tarian api oleh kakitangan zoo.
Majlis perkahwinan itu membawa tema moden dan tradisional. Hiasan cukup unik dan indah seakan hutan hujan tropika menjadikan suasana majlis lebih diingati.
Tetamu dibenarkan berinteraksi dengan haiwan dengan pihak pengurusan telah menyediakan sayuran dan buah percuma untuk memberi haiwan makan.
Tetamu juga dibenarkan bergambar dengan haiwan di zoo tersebut.
Mingguan Wanita: Memang unik sungguh konsep majlis perkahwinan dalam zoo ini. Memang lain daripada yang lain dan pastinya pengalaman manis diiingati tetamu yang hadir sampai bila-bila.
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...