Bermula dengan hanya memasang impian dan cita-cita pada sesuatu perkara, namun siapa sangka berkat doa mustajab daripada seorang ibu, Allah SWT perkenankan ia menjadi kenyataan.
Pernah berangan-angan untuk berkongsi air tangan hasil masakan sendiri kepada pembesar negara seperti Raja dan Sultan, Tukang Masak di salah sebuah restoran di London, Michelle Henry berkongsi saat manis apabila pasangan diraja Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, berkesempatan merasai hidangan yang di sediakan.
Untuk makluman, Al-Sultan Abdullah bersama Tunku Azizah ketika ini berada di London bagi lawatan khas ke United Kingdom (UK) selama 10 hari.
Berkongsi perasaan dan pengalaman tersebut dalam catatan ringkas di Facebook, Michelle berkesempatan menyediakan menu istimewa Mee Bandung Muar, Asam Laksa dan Kari untuk Seri Paduka berdua bersantap. Malah dalam perancangan untuk menyediakan menu tradisi ‘Nasi Ambeng’ yang cukup popular di negeri Johor untuk Seri Paduka berdua datang bersantap lagi nanti pada minggu hadapan.
Dulu saya pernah cakap dekat arwah mak. Mak-mak teringin nak masak bagi Sultan atau Raja makan mak. Sambil-sambil berangan masakkan lauk untuk emak makan.
Mak doakan satu hari nanti pasti ada rezeki ko nak. Janji ko masak untuk emak sedap-sedap.
Hari ni tengah masak dekat dapur PERMAISURI AGUNG datang masuk dapur tengok apa yang saya tengah masak. Dia tanya apa yang special masakan saya.Sambil menangis saya cakap Mee Bandung Muar dan Asam Laksa. Untuk AGONG saya buatkan kari.
Alhamdulillah Allah s.w.t perkenankan doa arwah mak. Macam mimpi pusing-pusing tengok PERMAISURI dekat blakang. Next week In sha Allah dia datang nak makan Nasi Ambeng. Terima kasih Ya RABB.
Baca Lagi Di Sini :
Resipi NASI AMBENG Paling Simple, Makanan Tradisi Orang Jawa Waktu Kenduri!
Mee Bandung Simple Sedap Tak Terkata, Ikut Resipi Arwah Mak
Laksa Ala-Ala AEON Guna Pes Asam Pedas, Memang Betullah Rasanya SAMA!
Mingguan Wanita: Berkat mustajab doa seorang ibu, tiada yang mustahil sesuatu yang mungkin hanya impian boleh menjadi kenyataan. Tahniah buat Tukang Masak ini dapat menyediakan hidangan istimewa buat Seri Paduka berdua.
Sumber: Michelle Henry
Mingguan Wanita juga boleh diikuti di
YouTube : https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita
Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita