Bermula dengan hanya memasang impian dan cita-cita pada sesuatu perkara, namun siapa sangka berkat doa mustajab daripada seorang ibu, Allah SWT perkenankan ia menjadi kenyataan.
Pernah berangan-angan untuk berkongsi air tangan hasil masakan sendiri kepada pembesar negara seperti Raja dan Sultan, Tukang Masak di salah sebuah restoran di London, Michelle Henry berkongsi saat manis apabila pasangan diraja Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, berkesempatan merasai hidangan yang di sediakan.
Untuk makluman, Al-Sultan Abdullah bersama Tunku Azizah ketika ini berada di London bagi lawatan khas ke United Kingdom (UK) selama 10 hari.
Menu Istimewa
Berkongsi perasaan dan pengalaman tersebut dalam catatan ringkas di Facebook, Michelle berkesempatan menyediakan menu istimewa Mee Bandung Muar, Asam Laksa dan Kari untuk Seri Paduka berdua bersantap. Malah dalam perancangan untuk menyediakan menu tradisi ‘Nasi Ambeng’ yang cukup popular di negeri Johor untuk Seri Paduka berdua datang bersantap lagi nanti pada minggu hadapan.
Dulu saya pernah cakap dekat arwah mak. Mak-mak teringin nak masak bagi Sultan atau Raja makan mak. Sambil-sambil berangan masakkan lauk untuk emak makan.
Mak doakan satu hari nanti pasti ada rezeki ko nak. Janji ko masak untuk emak sedap-sedap.
Hari ni tengah masak dekat dapur PERMAISURI AGUNG datang masuk dapur tengok apa yang saya tengah masak. Dia tanya apa yang special masakan saya.Sambil menangis saya cakap Mee Bandung Muar dan Asam Laksa. Untuk AGONG saya buatkan kari.
Ads
Alhamdulillah Allah s.w.t perkenankan doa arwah mak. Macam mimpi pusing-pusing tengok PERMAISURI dekat blakang. Next week In sha Allah dia datang nak makan Nasi Ambeng. Terima kasih Ya RABB.
Mingguan Wanita: Berkat mustajab doa seorang ibu, tiada yang mustahil sesuatu yang mungkin hanya impian boleh menjadi kenyataan. Tahniah buat Tukang Masak ini dapat menyediakan hidangan istimewa buat Seri Paduka berdua.
Alhamdulillah… selepas 7 hari ‘berkampung’ di hospital menjalani pembedahan ACL di bahagian lutut kirinya, akhirnya pengacara Aidid Marcello, 38, dapat pulang ke rumah memeluk anak-anaknya.
Aidid dipercayai mengalami kecederaan serius itu hingga menyebabkan bahagian ligamen anterior cruciate (ACL) pada lututnya putus ketika bermain bola beberapa hari lalu.
“2018-1980 = 38 tahun. Alhamdulillah, aku dibesarkan di kampung membawa ke bandar, dari bujang sampai kahwin, Allah kuatkan semangat dan jaga kesihatan aku. Tapi hari ini dalam sejarah, akhirnya tangan aku ditusuk jarum dan merebahkan diriku di tilam hospital menunggu kurang lebih 21 jam sebelum lututku di perbaiki.
Doakan keselamatan saya ya… amin.”
Menerusi akaun Instgram miliknya, dia meluahkan rasa bersyukur kerana kembali pulih dan turut mengingatkan kepada orang ramai supaya buat medical checkup sebelum jatuh sakit tanpa diduga.
Aidid Marcello berkongsi detik cemas apabila tidak mampu membuang air kecil selepas menjalani pembedahan pada bahagian lutut kirinya pada Sabtu lalu.
Perkara itu berpunca akibat kesan sampingan ubat tahan sakit yang diberikan kepadanya namun keadaannya semakin pulih.
Selepas Operate
“Tiada apa yang lebih indah dan gembira bila dapat terbang semula kembali ke sarang bersama yg tercinta. Selama 7 hari di hospital, tak boleh jalan, semua benda buat atas katil… memang rimas.
Tq kepada semua yang sempat melawat, yang mendoakan saya kerana dugaan saya 7 hari kali ini sebenarnya lebih daripada yang saya bayangkan sehingga 2 kali saya dimasukkan ke OT untuk 2 perkara yang berbeza. Tapi selepas dikenangkan kembali apa yang sudah berlaku dan keputusan yang saya dapat, sebenarnya Allah MAHA mendengar dan MAHA mengetahui.”
“Dia curi masa saya sekarang kerana dia tahu ‘kita’ manusia hanya mampu berjanji dan terus berjanji denganNYA, tetapi selepas janji, kita masing-masing akan sibuk dengan urusan dunia kita yang tiada henti… sampai kita sendiri tak sempat periksa kesihatan diri kita.
Saya amat bersyukur dan berterima kasih kerana saya tahu DIA masih sayang saya. Nasihat saya kepada yang belum pernah buat full medical checkup, pergi lah buat k?”
Tulisnya lagi, kaki kirinya masih tidak boleh berpijak ke bumi sehingga tarikh 8/8/18, jadi sama-sama kita doakan moga Aidid Marcello kembali sihat dan pulih seperti sebelum ini.
Aamiinn.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) adalah manifestasi kerajaan yang mengambil berat kebajikan dan kesejahteraan rakyat. Pakej ini membuatkan semua rakyat berasa lega dengan keadaan yang tidak menentu sekarang gara-gara COVID-19.
Ada di kalangan kita yang tidak dapat bekerja dan tidak bergaji apabila kerajaan mengambil langkah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Secara tidak langsung, PRIHATIN dapat membantu mengurangkan beban rakyat dan pemilik perniagaan dalam mengharungi cabaran ekonomi yang sukar ini.
Paling penting Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) adalah inisiatif kerajaan tanpa meminggirkan sesiapa pun kerana semua daripada kita terjejas.
Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat RM250 bilion
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat atau Prihatin berjumlah RM250 bilion yang akan memberi manfaat kepada semua rakyat.
Pengumuman pakej rangsangan yang lebih menyeluruh itu dibuat dalam perutusan khas Perdana Menteri yang disiarkan secara langsung melalui Radio Televisyen Malaysia (RTM).
Merangkumi 3 Teras
Pakej itu merangkumi tiga teras iaitu untuk melindungi rakyat berjumlah RM128 bilion, memberi sokongan kepada perniagaan berjumlah RM100 bilion termasuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan RM2 bilion bagi memperkukuhkan ekonomi negara.
Sejumlah RM20 bilion telah diumumkan kerajaan dalam Pakej Rangsangan Ekonomi pada 27 Februari.
“No one will be left behind. Tiada siapa yang akan dipinggirkan,” kata Muhyiddin. – Bernama
Sumber: Sinar Harian
MW: Pendek kata, tidak kiralah berapa banyak setiap mak, ayah dapat bantuan daripada PRIHATIN, pastikan terlebih dahulu akur dengan arahan untuk duduk diam-diam di rumah.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Haryati Hamzah atau lebih dikenali Yatt Hamzah, berkongsi perkembangan terbaru dirinya yang kini sedang sarat hamil anak keenam.
Sebelum ini Yatt yang juga seorang pelakon pernah keguguran ketika kehamilan kelimanya tahun lalu.
Wanita yang juga aktif berdakwah ini bersyukur walaupun sudah berusia 40 tahun namun dia diberikan kesihatan yang baik oleh Allah SWT.
Hamil Anak Ke-6, Usia 40 Tahun Yatt Hamzah Bersyukur Dikurniakan Kesihatan Yang Baik
Menerusi entri di Instagram, Yatt memaklumkan usia kandungannya kini sudah mencecah lima bulan dan tidak sabar menantikan kehadiran keluarga baru dijangka Julai depan. Malah berita gembira itu juga cukup bermakna buat dirinya dan suami Mohammed Zulfadhli Khairuddin.
“Perut makin besar, pipi makin bulat, mata makin kecil.. Ish ish ishhhh..
“Pada usia kandungan 20 minggu (5 bulan) patutnya dah boleh tahu jantina baby kan.. Rasanya baby girl lagi ke atau boy kali ni..?
“Apapun Allah bagi bonda OK je Alhamdulillah.. Tak tahulah abahnya,”tulisnya.
Kadang-Kadang Saja Tak Larat & Sakit Pinggang
Sambung Yatt juga cuma kadangkala dia berasa sakit pinggang.
“Alhamdulillah kehamilan ke – 6 pada usia 40 tahun. Alhamdulillah Allah bg sihat, kuat dan cergas.. walaupun kadang-kadang tak larat dan asyik sakit pinggang je.
“Hello lil baby, In shaa Allah Bonda, abah & all your sisters will see you in July ya.. Stay strong & healthy.. Ameen,” kongsinya lagi.
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...