Tahniah kepada pasangan selebriti, Amyra Rosli dan Amar Baharin atas kelahiran anak kedua mereka, Ayra Aryssa. Alhamdulillah kali ini pasangan ini menimang cahaya mata perempuan pula.
Menerusi perkongsian Amyra Rosli di akaun Instagram nya, walaupun telah diberitahu dirinya bakal dibedah tetapi dia tetap berdoa agar kelahiran kali ini dapat bersalin normal.
Namun telah menjadi ketentuan-Nya, pasti yang berlaku ada hikmahnya. paling penting kedua-duanya selamat.
Ikuti perkongsian, Amyra Rosli
Cantik dah mommy daddy set date nak keluarkan @ayraaryssa on 02/02/2020.. tapi…
.
Cerita dia macam ini,
Doctor Seri bagi tau baby songsang. But she said no worries kita boleh tunggu lagi mungkin baby akan pusing di saat-saat akhir nak bersalin… Kita jangan fikir normal or caesar yet… Mommy masih tersenyum keluar dari bilik doctor konon-konon ada chance lah deliver normal lagi sekali
Berusaha Macam-macam
Bila balik rumah tunggu lagi 2 minggu nak lahirkan baby, macam-macamlah usahanya, pergi exercise lah, cari doa itu ini, amalkan petua-petua bagi baby pusing, tengok youtube sampai lebam and sampai masa pergi check up masih tak pusing… Doctor pun dengan senyum kelatnya terpaksa cakap kita kena proceed caesar.
Kalau doctor pun dah senyum kelat, i ni apa lagi??? Jantung ni macam dah jatuh dekat lutut bila tau perut nak kena potong. Tapi yang senyum riang, girang, gembira suka hati is daddy lah sebab date cantik dia pilih untuk baby keluar (02022020).
.
.
On the 31st January, mommy daddy last minute jalan-jalan cari baju-baju baby (nasib baik sempat!) Lepas tu esoknya, 01022020 plan nak buat mani pedi, nak kemas-kemas dan cantik-cantik sikitlah kan macam kawan-kawan yang lain masuk OT. Tapi semua tak dapat sebab baby emergency nak keluar… Pukul 4 pagi macam sakit-sakit manja datang, i is buat dun no je lerrrr kampung people, pukul 6 pagi contraction dah mula kuat sikit, pukul 8 am SAKIT GILA!!! Terus shoot pergi hospital, dalam labour sakitnya ya ampun!.. Rupanya dah bukak 8 cm uolsssss!!!! Muka i dah macam king kong. Senyum pun tak nak dah kat doctor (sorry doctor )
Redha Saja
Even jalan tu dah bukak 8 cm mommy redha je la tak boleh nak keluarkan normal, semua bergegas bawak mommy dalam OT… Dalam sekelip mata keluarlah Aryssa pukul 10:48 am pada 01022020 dan muka daddy happy campur redha tak dapat date cantik tu
.
Tapi macam mana cara anak kita lahir sekali pun tak kisah lah mesti ada hikmah
Thank you daddy sayang @amarbaharin, doctor @_s__e__r__i_ , kak @nengshahidah_linda , family, @fyzafeeza dan semua yang terlibat menjayakan telenovela ini
Sumber:Amyra Rosli
MW: Tidak kisahlah bersalin normal atau ceaser, paling penting anak dan ibu sihat. Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI