Gara-gara berang dan sakit hati kerana sering ditanya oleh jiran bila beliau akan berkahwin dan dianggap ‘tidak laku’, seorang lelaki bertindak nekad membunuh jirannya yang juga merupakan seorang ibu yang sedang hamil.
Memetik laporan Detik.com, lelaki berkenaan, Alias Nunur, 28, telah membunuh Iis Aisyah, 32, di rumah wanita berkenaan selepas ditemui terbaring di rumahnya di Kampung Pasir Jonge, Desa Sukawangi, Singajaya, Garut di Jawa Barat kira-kira jam 8 malam 19 Januari lalu.
Nasihat Cepat Kahwin
Menurut Pesuruhjaya polis, Budi Satria Wiguna, sebelum kejadian Nunur sedang termenung di depan rumah, mangsa yang ternampak Nunur telah menegur dan menasihatkan beliau supaya cepat kahwin.
Ads
Katanya mangsa telah telah mengeluarkan kata-kata;
“Cepat-cepatlah kahwin, orang lain sudah ada anak dua, tiga orang, ini kau belum laku-laku.”
Lantaran rasa dirinya terhina dan tersinggung dengan teguran tersebut, suspek lalu bertindak datang ke rumah mangsa. Nunur kemudiannya dipelawa masuk ke ruang tamu kerana mangsa tidak menyangka suspek memasang niat jahat.
Ads
Menurut polis, ketika mangsa menuju ke sebuah bilik, suspek mengekorinya dari belakang sebelum bertindak menolak wanita hamil itu ke atas katil.
Dicekik Hingga Mati
Walaupun cuba melawan dengan menggigit jari suspek, itu tidak berupaya melawan tenaga dan kemarahan suspek. Di situ, mangsa telah dicekik hingga mati.
Ads
Selain itu, suspek juga telah mengambil telefon bimbit mangsa dan wang tunai berjumlah 800,000 Rupiah (RM230) sebelum melarikan diri ke Jakarta namun pihak berkuasa berjaya mengesan dan telah ditangkap pada 29 Januari lalu. Polis turut menyita beberapa barang bukti lain seperti motosikal, bantal, selipar, baju kemeja dan kain.
Kesimpulannya, hati – hatilah dalam menuturkan kata-kata. Sebaiknya elakkan bertanya perkara- perkara sensitif seperti hal urusan jodoh, anak, penceraian dan sebagainya yang mampu mengguris hati dan perasaan orang lain. Bila emosi dah tersinggung dan mulai terbit rasa dendam, macam-macam boleh berlaku. Ibarat kata pepatah kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.
Benar media sosial kongsi tempat berkongsi rasa, gambar dan kegemaran. Namun bila membabitkan citarasa orang lain yang tak sama dengan kita, raikan sahaja perbezaan tersebut. Tak suka diam sahaja, tak perlu teruskan membaca atau ‘scroll’ cepat-cepat. ‘Tahan jari’ daripada menulis komen-komen yang menyakitkan hati orang lain yang membaca.
Setuju sangat dengan pandangan dan teguran daripada Puan Husna Adnan ini. Hadam perkongsian ini.
Seorang suami kongsi gambar lauk-pauk yang dimasak oleh isterinya sebelum dibekukan dengan ayat, “Mudah. Nak makan, panaskan saja.”
sekadar gambar hiasan
Netizen 1: Suami saya kalau dah disejukkan, tak lalu dah dia. Jenis masak hari ini, makan hari ini. Netizen 2: Tekak saya mengada-ngada. Tak boleh makan makanan yang dipanaskan semula, rasa macam dah tak segar. Netizen 3: Memanglah senang buat macam ni, sekali masak. Tapi masalahnya suami dan anak-anak saya tak suka makanan dah sejuk. Netizen 4: Tak bagus, dah tak berkhasiat.
Okey. Fuh.
Pertama, kita semua ada citarasa dan kemampuan masing-masing.
Golongan yang tidak suka ulang lauk sama setiap kali tiba waktu makan adalah citarasa. Tak salah pun, itu hanya pilihan yang mencabar keluarga dan diri anda sendiri.
Tak suka ulang, masak baru. Boleh sangat. Sebab yang masak dan kena cari menu baru itu adalah anda, suami / isteri anda, atau mak anda atau sesiapa sahaja yang hidup dengan anda.
Masak banyak-banyak, bekukan lauk, boleh makan menu berulang, juga adalah citarasa.
Dan yang lebih penting, mereka mampu menelan apa sahaja rezeki yang ada.
Jika saya netizen yang guna akaun palsu:
Netizen 1: Suami saya kalau dah disejukkan, tak lalu dah dia. Jenis masak hari ini, makan hari ini. Saya: Ada sesiapa tanya pasal suami puan ke?
Netizen 2: Tekak saya mengada-ngada. Tak boleh makan makanan yang dipanaskan semula, rasa macam dah tak segar. Saya: Mujur suami yang kongsi gambar ini tidak mengada-mengada seperti puan.
Netizen 3: Memanglah senang buat macam ni, sekali masak. Tapi masalahnya suami dan anak-anak saya tak suka makanan dah sejuk. Saya: Penting ke untuk kami tahu info ini?
Netizen 4: Tak bagus, dah tak berkhasiat. Saya: Kau sekolah tak? SRP lulus tak?
TETAPI TIDAK, YA.
‘Tahan Jari’ Menulis Komen Menyakitkan Hati
Inilah yang kita panggil tahan mulut.Zaman medsos ini kita panggil tahan jari.
Menulis komen menyakitkan hati atau lebih dikenali sebagai bitter, amat mudah. Tidak perlu fikir perasaan orang yang membaca. Hanya fokus kepada diri sendiri dan apa yang kita suka semata-mata. Kitalah terpaling penting.
Namun tidak semua orang menuliskannya kerana mahu menjaga silaturrahim, meraikan perbezaan, mengelak dosa menyakiti sesama insan, dan mungkin juga sejenis hati yang baik hati Cinderella tentu disayang eeemak. Ola oli~
Pilihan Kita Ada
Dengan itu, kita ada pilihan.Sekiranya terbaca post yang membabitkan citarasa, raikan kesukaan mereka. Jika tidak sama dengan kebiasaan kita atau tidak suka, diam saja. Scroll away. Jika nak ulas, ulas di wall sendiri. Jika nak dabik dada, dabik di wall sendiri atau post sendiri. Tunjuk semua masakan panas yang awak buat untuk keluarga awak sebab awak terpaling handal.Tidak perlu kondem hal orang.
Inilah yang saya benci perihal manusia yang hebat memasak. Sebahagiannya rasa diri superior. Rasa diri sempurna dan terpaling ratu hingga perlu dijulang ke langit ketujuh.
Berbeza cara masak, kondem.
Berbeza resipi, kondem.
Berbeza bentuk dan warna, kondem.
Sedangkan dah cukup baik orang itu memasak. Lainlah dia minta komen. Maka komenlah yang membina, yang membantu dia masak lebih baik.
Ini semudah letak gambar, terus dihakimi.
Para wanita pula hakimnya.
Tahukah kita?
Bukan mudah menjadi seorang perempuan.
Bukan mudah menjadi seorang isteri.
Bukan mudah menjadi seorang ibu.
Apatah lagi memikul segala tanggungjawab sambil menjana ekonomi, menggapai cita-cita, membantu suami dan keluarga supaya tidak meminta-minta. Kerana perempuan, belajar tinggi mana pun disinonimkan dengan dapur sedangkan lelaki juga ke dapur. Kucing juga ke dapur.
Bayangkan pula sambil perlu menjaga ahli keluarga yang sakit.
Sukar, tuan puan.
Cara hidup kita berbeza. Kekangan berbeza. Kemampuan berbeza. Fokus hidup berbeza.
Maka raikan perbezaan.
Kamu pandai masak, bagus.
Kamu pandai urus keluarga, bagus.
Kamu pandai serba-serbi, bagus.
Yang tak bagus apabila rasa diri sempurna hingga layak mengata citarasa dan pilihan orang.
Lihat.
Inilah sebab saya jarang membaca media sosial. Terlalu banyak orang tidak menggunakan otak, hati, dan naluri sebagai manusia.
Tertulis panjang pagi ini.
Kbai.
#HusnaAdnan,
Tahu masak tapi jarang ambil gambar dan video kenangan bersama lauk atas pilihan peribadi.
MW: Memang ada benarnya. Raikan setiap perbezaan citarasa orang lain. Tak perlu kondem dan mudah menghukum. Paling penting ‘tahan jari’ menulis komen menyakitkan hati.
Melayang RM500 gara-gaa sampah dibuang dari atas rumah flat. Pemalas dan pentingkan diri. Hidup kita sebenarnya agak mudah. Jangan kacau orang dan orang tak kacau kita. Dan masa yang sama jangan sesekali menyusahkan orang kerana orang akan susahkan hidup kita berkali-kali.
Walau berkali-kali media sosial menulis sisi buruk penghuni rumah flat (bukan semua) terutama bab membuang sampah dari atas kerana malas ke tong sampah disediakan di bahagian bawah, masih ada lagi berbuat demikian.
Kalau kita pernah ingat kes adik S Sathiwaran yang mati pada Januari 2018 gara-gara penghuni Blok 102 Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Pantai Pantai Dalam membaling kerusi rosak dari tingkat atas lalu mengenai kepalanya yang sedang lalu di bahagian bawah sekaligus mengakibatkan remaja ini maut di lokasi kejadian.
Itu belum ada yang membaling peti ais rosak dan sampah antara hal yang sangat biasa berlaku.
Terkini, seorang pengguna Tik Tok @Piqahhhhs_ berkongsi cermin hadapan kereta Preve ayahnya retak seribu gara-gara sampah dibuang dari tingkat atas kerana sikap individu yang tiada kesedaran sivik mengenai hal kebersihan ini.
@piqahhhhs_Disebabkan pengguna flat yang bodoh takdak sivik baling sampah dari atas punya pemalaih nak turun buang sampah tadaaa tengoklah sapa yg ke kena tanggung 😮💨♬ original sound – ojccccc
Tulisnya :- “Disebabkan pengguna flat yang bodoh takdak sivik baling sampah dari atas punya pemalaih nak turun buang sampah tadaaa tengoklah sapa yang ke kena tanggung.
Berkongsi kisah terjadi ini, kata Piqahhh, ia berlaku di flat perumahan yang didiaminya sejak 30 tahun lalu, tanpa dinyatakan kediaman lokasi tersebut dengan tepat.
Dapat dilihat sampah busuk dan berair memenuhi ruang hadapan kereta ayahnya yang telah berderai dan mereka telah membaiki cermin pecah dengan kos RM450 (tidak termasuk duit minyak kereta) termasuk perlu mencuci bau busuk menyengat. Anggaran kos sekitar RM500 tanpa dapat menangkap individu yang melemparkan sampah berkenaan.
Dalam pada itu dirinya menjawap satu pertanyaan individu biasanya kenderaan yang dikhianati ini ekzoznya bising, Piqahhh turut merakam satu video lain bagi membuktikan bunyi Preve itu adalah bunyian standard.
Menjelaskan hal ini dengan lebih terperinci selepas ramai mengecam tindakan penghuni flat yang susah hendak berubah berkaitan sikap membaling sampah dari atas rumah dan menyuruh mereka berpindah di rumah landed, Piqahhh berkata, mereka sudah mendiami flat ini sejak kecil lagi dan ada tok yang perlu dijaga membuatkan mereka masih bertahan di situ.
“Ikutkan keluarga sudah ada rumah kediaman landed di utara tapi kami semua perlu sama-sama jaga tok.
“Tujuan saya kongsikan ini sama-sama untuk menyebarkan kesedaran agar sama-sama menjaga kebersihan rumah yang kita diami ini.
“Ikutkan perumahan saya diami ini bukan didiami B40 semata-mata tapi ada juga dari kalangan T20 kerana banyak kereta-kereta mewah di sini. Cuma mereka telah membelinya lama dan selesa dengan kediaman sekarang,” katanya memaklumkan kepala bapanya hampir terkena pasu bunga yang dilempar dari atas sebelum ini namun syukur tiada kejadian buruk menimpa.
Sebenarnya tidak kira status B40, M40 atau T20 atau di mana kita tinggal kerana sikap pemalas dan suka ambil mudah ini berkaitan dengan diri dan hati individu itu sendiri. Cakaplah kempen apa pun, pasti tak jalan kalau masih ada individu mementingkan diri begini.
Mandi waktu pagi dan kemudian kita solat. Tapi menjelang jam 10 pagi, masih ada keluar darah sikit. Sebenarnya bila waktu tepat mandi habis haid?. Ikuti kupasan Ustazah Aisyah mengenainya.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Biar pun sedih dengan pengumuman bahawa Malaysia mengambil langkah untuk menangguhkan untuk menghantar jemaah haji ke tahun hadapan.
Namun langkah yang diambil bagi mengutamakan kesan kesihatan dan penambahan kuota masih dalam proses perbincangan.
Malaysia menangguhkan penghantaran jemaah haji tahun ini, berikutan penularan wabak COVID-19.
Utamakan Kesan Kesihatan
Jelas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, penangguhan penghantaran bagi musim haji tahun ini mengambil kira keutamaan kesan kesihatan kepada penduduk negara ini.
“Saya ingin mengumumkan kepada semua rakyat Malaysia bagi musim haji 1441 H ditangguhkan ke tahun depan.
“Tabung Haji akan mengeluarkan kenyataan dan soalan lazim berkaitan penangguhan haji ini,” katanya dalam sidang media khas di Putrajaya.
Ditanya mengenai jika ada penambahan kuota haji tahun depan berikutan penangguhan penghantaraan jemaah tahun ini, Zulkifli berkata, jumlah itu bergantung kepada perbincangan dengan kerajaan Arab Saudi selepas musim haji tahun ini.
Beliau sebelum ini memaklumkan jumlah jangkitan COVID-19 melebihi 100,000 kes antara pertimbangan kerajaan Malaysia membenarkan jemaah ke Mekah atau sebaliknya.
MW: Biarpun kecewa dengan penangguhan haji, mak ayah jangan terus bersedih. Pasti setiap yang berlaku ada hikmahnya. Allah sebaik-baik perancang.
Sumber/ Foto: Berita Harian
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Gula-gula gummy bebas dijual di pasaran, jelly berisiko tercekik bagi kanak-kanak. Kejadian tragis melibatkan adik Mohamad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin, seorang kanak-kanak berusia 10...