9 Beranak Meninggal, Selepas Makan Mi Disimpan Lama Dalam Peti Sejuk

Share

Sudah sampai masanya, sembilan beranak meninggal dunia selepas makan mi yang disimpan lama dalam peti sejuk. Kejadian yang berlaku di China ini meragut nyawa setelah beberapa hari mereka menikmati hidangan mi ini.

Sebuah keluarga di Jixi, China, meninggal dunia selepas makan sejenis mi tempatan yang terkenal. Di China, mi merupakan menu yang popular dan sering dimakan ketika majlis-majlis keraian.

Namun, di Jixi, China, satu keluarga yang terdiri daripada sembilan anak beranak telah meninggal dunia pada 10 Oktober yang lepas setelah makan mi  jenama Suantangzi.

Baca Juga Di sini:

Mee Bandung Simple Sedap Tak Terkata, Ikut Resipi Arwah Mak

Buat Mee Sendiri Cara Manual, Canai Nipis Lipat Doh Mudahkan Potong

Untuk info lebih menarik, klik saja di sini. 

Makan Mi Yang Lama Disimpan Dalam Peti Sejuk

Memetik laporan Mirror UK, sembilan ahli keluarga itu disahkan meninggal dunia setelah makan mi jenis Suantangzi, sejenis mi yang terkenal di China. Ketika kejadian, mereka sekeluarga dipercayai memakan mi tersebut yang telah lama ditinggalkan di peti sejuk.

Foto: Mirror UK

Mi tersebut dikatakan sudah tercemar dengan Bongkrek Acid kerana telah lama disimpan. Tujuh mangsa meninggal dunia terlebih dahulu, iaitu lima hari selepas memakan mi tersebut.

Kemudian, diikuti dua ahli keluarga yang lain. Hasil siasatan, pihak berkuasa tempatan mendapati, mi tersebut dibuat daripada tepung jagung yang diperam yang menyebabkan wujudnya Bongkrek Acid yang meracuni mereka sekeluarga.

Tiga kanak-kanak yang turut merupakan ahli keluarga ini bernasib baik kerana tidak memakan mi tersebut ketika kejadian.

Foto: Mirror UK

Bongkrek Acid Boleh Sebabkan Kematian

Sementara itu, Pengarah Keselamatan Makanan di Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Heilongjiang, Gao Fei, berkata Bongkrek Acid boleh menyebabkan seseorang itu maut.

Katanya, kematian boleh berlaku dalam tempoh 24 jam dan mangsa akan mengalami beberapa simptom seperti sakit perut, berpeluh dan seterusnya koma.

Tambahnya lagi, Bongkrek Acid ini juga boleh memberi kesan yang serius terhadap organ manusia seperti hati, ginjal, jantung dan otak.- Mirror UK

MW: Kadang-kadang dek kerana tidak mahu berlakunya pembaziran, ada segelitir mak, ayah sanggup menelan makanan yang telah disimpan lama dalam peti sejuk. Berhati-hati iya selepas ini, tak semua makanan mampu bertahan lama walaupun di simpan dalam peti sejuk. 

Sumber: sinarplus

Published by
Syazwani Mehat