Bentan bermaksud sakit semula setelah hampir sembuh semasa proses rawatan selepas bersalin. Ibu boleh mengalami sakit-sakit badan, sakit urat dan pinggang, sakit di kawasan peranakan malah boleh mengalami tumpah darah akibat bentan.
Masalah bentan sering dikaitkan dengan wanita selepas bersalin. Sebenarnya ada beberapa jenis bentan selepas bersalin. Kalau ibu tidak benar-benar menjaga diri ketika tempoh rawatan semasa berpantang, katanya ibu berisiko untuk mengalami bentan. Bentan bukan sahaja dialami semasa dalam pantang. Ada ibu mengalaminya pada penghujung tempoh berpantang atau selepas selesai melalui pantang.
Namun sejauh mana masalah bentan ini boleh berlaku dan betul ke kalau pesakit yang melanggar pantang akan menerima nasib tersebut?
Untuk ketahui lebih jelas tentang bentan, baca pekongsian ilmu daripada Doktor Khairul Faizie Mohammad Kamar…
Aku rujuk Kamus Dewan, erti nya ” berbalik semula sakitnya bila mula hampir sembuh”.
Masyarakat kita dengan bentan, tak dapat dipisahkan. Lepas sunat, jangan minum air banyak nanti bentan. Lepas bersalin, jangan minum air banyak nanti bentan.
Dan hari ni, seorang gadis usia 22 tahun datang bersama ibunya, mengadu demam demam. Gadis ni jatuh motor 2 minggu lepas. Ibunya kata ” tu la bentan ni doktor.. bentan lepas jatuh motor terus demam pulak”
Aku minta kebenaran nak check luka-luka yang ada sebab jatuh motor tu. Luka tempat lain semua dah OK, kecuali luka di lutut kanan nya (lebih kurang mcm gambar tu) yg bengkak, kulit sekitar luka yang kemerahan, bila di rasa ia panas. Dan gadis ni kata lukanya masih keluar cecair.
Sah ini luka yg dijangkiti kuman ( infected wound).
Aku terangkan pada makcik & gadis tu, “bentan” yang disangka punca demam, punca kaki masih sakit walau dah 2 minggu accident ialah sebenarnya infected wound. Sebelum ni, makcik tu dah puas urut kaki anaknya utk ” kurangkan bentan”, tapi tiada perubahan.
Jadi, hati hati bila guna terminologi bentan ni. Eloknya takyah guna pun takpe.
BENTAN dalam cerita gadis ni ialah sebenarnya luka yang dijangkiti. So perlu rawatan antibiotik.
BENTAN dalam cerita budak lepas sunat / wanita lepas bersalin, ialah normal physiology reaksi kulit, tissue dan badan pada potongan/luka, maka BENGKAK sikit pada kawasan terbabit adalah normal, tiada kena mengena dengan lebih minum air atau tak berurut atau salah makan.
Lepas pembedahan umpamanya, memang kawasan yang dijahit akan bengkak sikit (selagi tiada tanda infection seperti bengkak yang besar warna merah, panas, sakit berdenyut, ada discharge or berbau busuk).
Moralnya, kalau lepas surgery / jatuh motor / etc, tak perlu nak kurang minum air, pantang telur dan kicap, gigih pergi berurut. Makan ubat yang doktor bagi, makan makanan berkhasiat, tak perlu ambil produk jus ke hape, tinggikan bahagian yang bengkak (jika berkenaan), mobilise yakni kerap bergerak untuk better circulation.