‘Bengkak Susu Bukan Main-Main’ Lepas Seminggu Ibu Ini Terpaksa Cucuk Dengan Jarum, Elak Sakit Berulang

Share

Derita bengkak susu ini tuhan saja yang tahu sakitnya macam mana. Bukan sekadar membawa ke demam, malah ada mak-mak yang terpaksa di bedah.

Pengalaman ibu ini, Puan Norinasha Jamjuri yang alami derita bengkak susu disebabkan demam membawa kisah yang berbeza. Selepas seminggu hilang bengkak susu, sakitnya kembali datang.

Dan akhirnya dia terpaksa ambil keputusan cucuk dengan jarum untuk menyahkan bengkak susu datang berulang.

Selalu baca dalam facebook ramai mumies kat luar sana yang kena bengkak susu ni. Ada sampai yang kena operate sebab dah bernanah. Ya Allah minta jauhkan lah.

Mak-mak yang breastfeed kan anak dia memang I tell u struggle dia jangan cakap lah. Bukan sekali dua nak give up. Tapi banyak kali. Kena kuatkan juga sebab fikir untuk anak dan boleh save untuk famili kecil saya ni.

Lagi-lagi Sofea Elena yang lepas habis pantang tak nak direct dah. Saya kena pum/marmet bagi botol kat dia.”

Yes! Even 3, 4, 5 pagi pun lena bangun pum/marmet susu untuk dia!”

Kadang saja tidur lambat untuk pum susu buat stock kalau dia terjaga nak susu

.”

Jangan tanya kenapa I pernah jerangkung dulu. Haha.. sebab dulu before usia dia 6 bulan dia hanya breastfee je. So dia akan selalu nak susu.

Bangun pagi-pagi buta 2 ke 3 kali. Even pukul 6 lebih dah kena bangun nak siapkan dia hantar ke babysitter dan pergi kerja.

Demam Sebabkan Derita Bengkak Susu

Saya kena demam. Jadi memang tak larat lah nak bangun pam susu. “Bila kau demam, sakit kepala, kau akan rasa nak duduk pun payah.

Takkan nak pum susu dalam posisi baring pulak kan? Memang banjir lah katil nanti. So, saya pum cukup-cukup je untuk si Sofea ni minum atau kenyangkan perut. Tak pum sampai cik B betul-betul clear.

Esoknya Subuh saya rasa cik B bengkak sikit. Try urut tapi tak nak gak hilang atau surut. Sampai ke tangahari saya cuba urut lagi.

Mandi air suam, tuam air suam.. semua tak jalan!

Dah takut ni. Siap nangis-nangis lagi minta huby tolong. Tak nak juga surut. Sakit dia, Ya Allah sakitttt sangat.

Kau pernah rasa bila bahagian badan kau bengkak. Dan bengkak ini makin membengkak? macam dah bengkak tapi di pum lagi besar.. lagi bengkak. Faham?”

Masa ini, saya dah minta huby masak air panas lagi untuk cuba mandi air suam kali ke-2. Dah lepas berjam-jam cuba tuam dan urut. Berjam-jam tu bukan sejam dua ya mak-mak. Dari pukul 11 pagi sampai 5 petang.

Pernah rasa bengkak yang diurut-urut? Sakit! Tapi kene tahan. Mandi air suam kali ke-2. Guess what? Tak keluar pun.

So tak apalah time ni dah happy fikir positif. Nak gi urut sebab takut makin teruk. Tapi pum susu dulu bagi Sofea sebab takut nanti saya tak ada dia nak susu pula.

Sakit-sakit pun awak, tugas mak kena diteruskan.

Entah macam mana dalam tengah pun sambil tahan sakit tu, mencurah-curah susu keluar. Happy sambil menangis terus tak jadi pergi berurut. Terus peluk huby lepas teruk kena buli buat itu ini.

 

Seminggu Susu Susah Nak Keluar, Terpaksa Cucuk Jarum

Sebenarnya selepas episod bengkak susu ini jangan cakap dah ok ya mak-mak. Selama seminggu, susu susah nak keluar. Kadang dalam nursing room sampai 30 minit. Malu pun iya dekat kawan-kawan.

Pum lah macam mana pun memang tak clear susu dalam cik B tu.

Sampai dah bengkak lagi sekali cuma masih dalam stage 1. Apa maksud stage 1 tu? Ni ayat saya buat Kiki, baru ada ketulan belum keras sangat. Oh Tidak!

Dah mula rasa kalut sangat. Takut sakit macam hari tu. So saya tanya la pakcik google. Dia suruh cucuk dengan jarum panas. What? Kalau u all nak ambil tip-tip kenalah banyak buat research, jangan main ikut je. Takut nanti jadi benda lain pula.. susah weh!

So yang ini pun saya tak saran u all buat. Tapi saya TERPAKSA buat sebab tak tahan dan takut jadi lagi. Saya buat juga cuma saya guna jarum yang dicuci.

Takutlah nak guna jarum panas. Nak tau macam mana? Ini untuk yang lepas bengkak susu saja ya. Yang lain tak tahu.

Ini Caranya:

1. Kalau korang nampak nipple cik B ada macam jerawat dah masak atau kulit bibit kering (yang warna putih kita dok gigit tu) ok, cucuk dia. Bukan cucuk ke dalam nipple ya.

2. At first pun saya ingot macam tu. Rupanya cucuk ke tepi dari kiri ke kanan or vice versa.

3. Kalau nipple luka dan kulit dia dah kering kena buang kulit kering tu. Actually sebarang blockage kat nipple kena diclearkan.

Alhamdulillah lepas semua ini, sekarang dah semangat balik. Angan-angan nak bagi FM kat Sofea dah terkubur. Harap tak ada la rasa-rasa give up.

Sumber/Foto : Norinasha Jamjuri

Published by
Netty Ah Hiyer