Kejamnya suami pada ibu anak 2 yang masih kecil ini. Bukan dikira bulan Ramadhan pun. Kalau nafsu dah kuasai akal fikiran, tak perlu hasutan syaitan. Sendiri pun boleh bertindak di luar kawalan.Tak sayangkah lagi pada isteri yang satu ketika dulu pernah kau cinta, tak kasihkah pada isteri yang pernah mengandungkan zuriatmu wahai suami.
Oh.. kejam sungguh suami ini. Sementara kudratmu masih kuat, kau bertindak sesuka hatimu. Pedih dengar cerita yang dikongsi Ustaz Ebit Lew ini. Macam mana seorang suami tergamak belasah isteri sendiri yang tentu-tentu lemah serba serbi.
Semalam selepas ceramah ada seorang kakak jumpa saya. Mukanya bengkak bersama 2 anak kecil di Petronas.
“Ustaz Ebit Lew kan?”
“Ya, saya.”
Dengar kisahnya buat hati saya sedih. “Kakak nak ke mana ni.”
Rupanya kena belasah dengan suami. Puasa-puasa ni pun ada orang belasah isteri. Sakit hati saya mendengarnya. Ya Allah.. berilah hidayah pada suaminya bertaubat dan jadi pemimpin yang baik..
Dia nak lari rumah. Tapi bila saya ajak report polis dia tak nak. Dia sayang suaminya. Nak lari duit minyak pun tak ada. Bawa kereta.
Saya kata, “Saya belanja duit minyak akak. Saya isi penuh.”
Balasnya, “Ustaz saya tak pernah isi minyak penuh. Biasa RM10 yer.. yer akak saya selalu begitu. Kadang tinggal kereta tepi jalan jer.”
“Nah ambil duit belanja ni.”
“Ish! tak apa ustaz.”
“Tak apa, untuk anak akak. Ni nombor telefon saya. Jika perlu apa-apa bagitahu saya. Nak ke mana ni.”
“Saya nak balik rumah. Terima kasih ustaz. Suami tak tinggal duit belanja dekat rumah. Syukur saya jumpa ustaz.”
Bila saya pergi dari situ saya rasa sedih campur gembira. Bila saya pergi sana sini sekarang dah lama tak bayar makan. Ada orang bayarkan Ada yang bayar senyap-senyap. Saya tak tahu siapa pun yang bayar. Rasa nak menangis sebab, buat saya rasa nikmat Allah tak berhenti.
Sebab tu jangan risau nak memberi walau kepada orang gila atau sesiapa pun. Kerana kita ada tuhan yang sedang menilai. Allah sedang menilai kita semua. Setiap kebaikan pasti akan dibalas dengan kebaikan. Dia pencipta, pemelihara dan pemberi rezeki..tuhan sekalian alam.
Memberilah walau RM1, walau sebiji tamar, walau sepinggan nasi, walau sekeping roti canai kerana bagi sesetengah orang sekeping roti canai pun amat bernilai kerana sepanjang hari tak makan. Lagi kita suka memberi lagi kita dikasihi Allah yang Esa. Allah yang satu.
Ada orang yang hari raya ini nak isi minyak pun tak ada duit. Ada yang nak berjalan pun berfikir. Nak pergi beraya pun fikir nak bagi duit raya. Risau duit tak cukup. Kita tak perlu bantu semua orang. Cukuplah kita bantu seorang. Seorang itu insyaAllah ingat dia pula bantu 10 orang yang lain.
Saidina Umar r.a tak boleh tidur lena jika ada orang kelaparan. Tak selera makan sedap jika ada orang lapar. Kita makan dan tidurlah dengan sempurna tapi ingat-ingat juga anak yatim dan orang susah. Tengok- tengok sikit ya keliling kita. Pusing-pusing tengok manusia sekitar yang lapar dan susah. Tegur beri salam. Dakwah dan doakan mereka.
Terima kasih di atas keprihatinan Tuan/Puan. Infak buat kasih umat anda boleh disalurkan ke akaun :
• 8603306241 (CIMB)
• KASIH UMAT TRAINING
Sumber/Foto : Ebit Lew