Berita

Benarlah Segala Kekuatan Seorang Wanita Ada Pada Tun Dr Hasmah “Tidak Mudah Melatah, Classy, Semangat Luar Biasa”

Share

Benarlah segala kekuatan seorang wanita ada pada Tun Dr. Hasmah. Mingguan Wanita begitu tertarik dengan perkongsian seorang wanita ibu tunggal  yang bernama Puan Dzuriasikim Dzulkefli menerusi facebooknya tentang keperibadian Tun Hasmah Mohd iaitu isteri kepada bekas Perdana Menteri Malaysia ke-4 dan ke-7, Tun Mahathir Mohamad.

Benarlah Segala Kekuatan Seorang Wanita Ada Pada Tun Dr Hasmah

Sebagai seorang wanita Dzuariasikim berasa sangat gembira dan terpegun tatkala bertemu sosok tubuh yang sangat dikagumi. Akuinya segala kekuatan seorang wanita ada pada Tun Dr Hasmah. Walau sudah berusia namun jiwa dan semangat Tun sangat luar biasa.

“Biarpun sudah pernah beberapa kali bertemu dan bergambar dengan Tun Hasmah sebelumnya, namun moment ini adalah sangat mahal buat saya kerana ianya diambil sebaik sahaja selesai majlis solat hajat tertutup pada tahun 2020.

“Momen kali ini sungguh istimewa, memberikan saya ruang privasi yang tidak mudah untuk diperolehi.   Selalunya ramai akan bersesak untuk mengambil peluang bergambar dan bersalaman dengan Tun Hasmah.  Tetapi kali ini tidak.  Hanya ada saya, beberapa pegawai dan termasuk pembantu peribadi.

“Semuanya adalah dengan izin Allah.  Ketika saya sangat berhajat untuk berjumpa dengan Tun Siti, Allah hadirkan seseorang yang telah mempermudahkan hajat saya.  Kekanda Melati Hassan Basree telah memanjangkan jemputan untuk saya hadir ke majlis ini.  Begitulah luar biasanya Allah memberi.  Manusia yang dihadirkanNya adalah perantara rezeki.

“Sewaktu saya mendekati Tun Hasmah, saya duduk di hadapannya.  Saya bersalam hormat.  Ketika memegang jari jemari Tun Hasmah, beliau menggengam erat tangan saya dan pada detik itu terasa benar segala kekuatan seorang wanita ada padanya.  Biarpun sudah berusia, jiwa dan semangatnya masih luar biasa terasa kuat,” luah Dzuriasikim.

Baca Disini: Wanita Ini.. Tun Dr Siti Hasmah Akan Sentiasa Menjadi Ibu, Ratu Di Hati Kita

Tak Dapat Menahan Sebak

Kongsi Dzuriasikim lagi, Tun Dr Hasmah telah menjadi wanita pertama dalam banyak peristiwa sejak Malaysia masih bergelar Malaya lagi.

“Saya tidak dapat menahan sebak, ianya bagaikan telepathy.  Bibir saya tidak dapat berkata, walaupun saya sebenarnya berhasrat untuk menyampaikan kata.

“Yang keluar hanya airmata.  Lalu kami sama-sama menangis.  Saling berpelukan erat.  Bagaikan pelukan seorang anak dan ibu.   Saya masih belum dapat bercakap sepatah pun.  Saya sangat mengagumi Tun Hasmah.  Dan saya mahu sampaikan itu.  Namun semua ayat yang saya susun untuk diucapkan tidak terkeluar dari bibir.

“Live is so short… Sabar, banyakkan bersabar.  Doa banyak-banyak…” bisik Tun Hasmah kepada saya dengan nada yang lembut sambil menggosok belakang saya berkali-kali.

“Jujurnya, berat benar untuk melepaskan pelukan dari seorang wanita yang penuh dengan sifat keibuan itu.  Saya rindu pelukan yang penuh dengan kasih sayang keibuan begitu.  Bagaikan mengerti… Tun Hasmah tidak melepaskan saya dengan segera.

“Please take care.  Please stay strong.  We are all with you…sabar… ” akhirnya saya dapat membuang rasa “batu besar” yang rasa seperti menyekat peti suara saya.  Saya berbisik kepada Tun Hasma.  Kerana waktu itu menghampiri  pilihanraya.  Terlalu banyak berita berleluasa.

Akan Ingat Momen Ini Sampai Bila-Bila

“Saya tidak suka dan tidak pernah menulis perihal politik di media sosial.  Saya hanya ingin kongsikan bahawa adalah tidak mudah untuk Tun Hasmah.  Dia bukanlah wanita calang-calang.  Pada usianya yang begitu lanjut, beliau masih mampu berucap, tersenyum dan berjenaka dengan bijaksana.  Tutur katanya tersusun, penuh budi bahasa dan lontaran suaranya sangat lembut.  Senyumannya tidak pernah lekang dari bibir bila berkata-kata.  Beliau adalah wanita besi yang sentiasa kelihatan tenang, tidak mudah melatah, sangat “classy” bagi saya.  Tun Hasmah juga seboleh mungkin sentiasa berada di samping suami tercinta.

“Tidak semua wanita mampu menjadi seperti beliau.  Tidak semua wanita sekuat dia…  Menjadi isteri kepada seorang Perdana Menteri bukanlah mudah.  Hanya Tuhan yang Maha Mengetahui segala apa yang pernah dilaluinya.

Tun Mahathir pernah menulis…

“Hasmah telah menjadi isteri saya selama lima puluh tujuh tahun. Saya tidak tahu samada ini boleh menjadi contoh kepada sesiapa. Hakikatnya di zaman ini tidak banyak isteri yang boleh bertahan terhadap kelakuan dan cara hidup suami. Nampaknya Hasmah mampu sabar demi kebahagiaan keluarga. ”

“Biar apa sahaja nista yang dilemparkan kepada beliau, hakikatnya, bukan mudah untuk menjadi seorang  yang bernama Tun Dr Hasmah.

“Semoga Allah memberikan kesihatan, ketenangan, kekuatan serta rahmat yang berpanjangan kepada Tun Dr Hasmah.  Amin Ya Rabbal Alamin,” luah Dzuriasikim.

Nota : (Foto ini telah saya sunting gambarnya bagi menutup bahagian kepala) – Dzuriasikim.

Baca Disini : Rupa-Rupanya Tun Siti Hasmah Hanya Boleh Masak Jika Guna Batu Giling!

Kuat sungguh dugaan bintang lagenda Uji Rashid ini. Walau sudah berusia namun amat tabah meneruskan kehidupan mencabar dalam menjaga anaknya Cico Harahap yang kurang sihat.

Macam mana nak meninggal dalam keadaan husnol khatimah jika tidak sentiasa berzikir, kata Datin Seri Umie Aida.

“Wanita dicipta Allah dari tulang rusuk yang berdekatan dengan hati untuk disayangi dan dicintai” Ustaz Don Daniyal kongsi nasihat dan doa buat para isteri yang berhadapan masalah rumah tangga. Paling penting wahai para isteri jika masalah kamu melibatkan keganasan bukan hanya berdoa sahaja tapi laporlah pada polis segera! Sayangilah diri anda dahulu! Jangan biarkan diri hidup dalam tekanan.
Pelakon veteran Normah Damanhuri atau lebih mesra dengan sapaan Mak Normah mendedahkan dirinya tak pernah ‘engkaukan’ anak-anak. Malah ayat yang keluar dari mulutnya sangat berlapik dan penuh sopan santun hingga anak-anak sangat menghormati dirinya. Malah sejak anak-anak kecil Mak Normah sangat manjakan anak-anak hinggakan hubungan antara mereka sangatlah akrab.

 

 

 

Published by
Norhayati Suboh