Jangan nak berahsia kalau anda pernah berak berdarah sebab simpton ini sebenarnya boleh mendatangkan kesan yang mudarat, malah belum tentu itu tanda buasir!
Ya, ada banyak sebab mengapa berlaku pendarahan di dalam najis. Kalau nak tahu lebih jelas, ikuti perkongsian Doktor Khairul Faizie Mohammad Kamar yang mana pendarahan dalam najis juga boleh jadi penyakit lain.
Berak Berdarah Dan Buasir
“Doktor, saya ada buasir la”
Macam mana awak tahu awak ada buasir?
“Saya berak berdarah dah 2 hari.”
Itu kesimpulan yang biasa orang buat kan, bila berak berdarah / ada darah dalam najis. Tetapi, adakah semestinya semua kes berak berdarah / ada darah dalam najis tu disebabkan oleh buasir?
Jawapannya, tidak. Malahan, kadangkala punca berak berdarah itu lebih serius dari buasir.
Bukan untuk menakut-nakutkan atau pun buat anda unnecessary risau bila tengok ada darah dalam najis. Cuma harapnya anda boleh buka minda tentang kemungkinan apa yang boleh berlaku dan supaya bila ada berak berdarah, kena jumpa doktor untuk dapatkan kepastian, diagnosis yang tepat. Ramai yang self- diagnosed dia kononnya ada buasir, main beli je ubat buasir atau pergi jumpa tabib buasir cina. Even kalau memang betul buasir pun, ada tahap-tahap buasir yang perlu rawatan khusus.
Terjadi bila saluran darah veins di dubur tu membengkak, dan perdarahan berlaku dari sini. Antara punca biasa buasir ialah habit suka meneran kuat ( sebab sembelit / kurang fibre & air dalam diet). Tekanan yang kuat ke atas salur darah veins ketika pregnant pun salah satu sebab kenapa pregnant lady kerap ada buasir.
Kalau buasir, selalunya darah yg keluar warna terang. ( bright, fresh blood). Boleh ada rasa sakit masa membuang, atau tak sakit. Boleh ada bengkak pada kawasan dubur, boleh tak bengkak. Boleh ada rasa gatal2 di kawasan lubang dubur.
2. Anal Fissure
Berlaku bila lapisan lembut dipanggil mucosa pada dinding dubur, koyak. Lapisan mucosa ni nipis je. Punca biasa anal fissure terjadi ialah sebab trauma dari najis yang keras / sembelit kronik. Gay yang guna jalan belakang pun boleh kena anal fissure, maka jauhi gaya hidup songsang, jauhi LGBT. Terlampau kerap berak (cirit teruk) pun boleh koyakkan lapisan mucosa tu. Proses meneran masa bersalin pun boleh menyebabkan anal fissure.
Simptom lain selain berak berdarah, selalunya disertai rasa sakit masa proses membuang. Rasa sakit tu mungkin berlarutan beberapa jam lepas berak. Darah yang keluar warnanya cerah.
Baby biasa juga kena anal fissures ni. Especially kalau mereka sembelit, atau kerap sangat berak (cirit). Memang biasa kes ada darah dalam najis baby dalam keadaan ni.
Ads
3. Gastroenteritis
Yang ini bermaksud keradangan pada usus. Mudahnya cirit birit. Mungkin jangkitan virus, bacteria, even parasite. Selain cirit birit yg ada darah, boleh ada simptom perut cramp , kembung, letih lesu sebab hilang air.
Punca yang LESS COMMON / KADANGKALA ialah:
1. Peptic ulcer disease
Ada ulcer berdarah pada sistem gastro usus yang lebih tinggi (Upper GI Bleeding), iaitu mungkin di esofagus, dinding perut atau bahagian pertama usus kecil. Darah yang keluar / ada pada najis bewarna gelap / kehitaman, Gelap sebab darah dah kena acid dalam perut. Sebab itulah kena tengok warna najis. Walaupun tak nampak darah fresh dalam toilet bowl, warna abnormal najis seperti najis warna hitam / gelap sangat, kena buat kita berfikir kemungkinan ada upeer GI bleeding ini. Simptom lain yang mungkin ada ialah kerap sakit perut / simptom ‘ gastric’.
2. Kanser usus
3) Polyps pada usus
Polyps ialah ketumbuhan yg bukan kanser pada usus besar. Ia boleh menyebabkan berak berdarah, darahnya selalunya warna cerah. Polpys ni walaupun bukan kanser, tapi ada risiko ia bertukar menjadi kanser ( ikut jenis polyps ).
Ads
4) Inflammatory Bowel Disease
IBD ialah keadaan keradangan teruk pada usus. 2 jenis penyakit dalam IBD yg biasa ialah Crohn’s disease & Ulcerative Colitis. Penyakit2 IBD ni menyebakan ulcer pada dinding usus. Penyakit2 ni ada simptom sampingan nya selain berak berdarah. Contonya kerap cirit birit, kerap sakit abdomen / bloated, demam on off, hilang berat badan.
5) Diverticular disease
Penyakit ni asalnya bermula bila terbentuk poket2 kecil pada dinding dalam usus, dipanggil Diverticula. Keadaan ni terjadi bila kita meningkat tua. Selalunya diverticula takde simptom. Only when diverticula ini di jangkiti kuman atau alami keradangan, ia mula beri simptom seperti sakit perut, berak berdarah.
So, nampak tak punya banyak punca punca berak berdarah selain buasir? Itu pun ada beberapa lagi punca less common. Dengan setiap penyakit ni ada simptom-simpton khusus nya. Tu sebab sila jumpa doktor, biar doktor siasat. Kalau korang just Google je atau tanya tanya kawan yang ada buasir, bahaya jadinya.
Kesemua punca punca berak berdarah tu, baiklah dari se simple buasir, hingga lah ke polpys, kanser usus… something in common yang korang kena faham dan ingat ialah, langkah pencegahannya (preventive measure) ialah SAMA. Iaitu jaga diet. Maksudnya ialah pasti istiqomah ambil diet yang kaya fiber (banyak sayuran hijau, buah buahan) dan banyakkan minum air kosong.
Pemeriksaan lanjut yang diperlukan antaranya kena tengok sample najis, kena teropong dalam usus & perut (scope), dan juga ujian darah.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Biar pun sedih dengan pengumuman bahawa Malaysia mengambil langkah untuk menangguhkan untuk menghantar jemaah haji ke tahun hadapan.
Namun langkah yang diambil bagi mengutamakan kesan kesihatan dan penambahan kuota masih dalam proses perbincangan.
Malaysia menangguhkan penghantaran jemaah haji tahun ini, berikutan penularan wabak COVID-19.
Utamakan Kesan Kesihatan
Jelas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, penangguhan penghantaran bagi musim haji tahun ini mengambil kira keutamaan kesan kesihatan kepada penduduk negara ini.
“Saya ingin mengumumkan kepada semua rakyat Malaysia bagi musim haji 1441 H ditangguhkan ke tahun depan.
“Tabung Haji akan mengeluarkan kenyataan dan soalan lazim berkaitan penangguhan haji ini,” katanya dalam sidang media khas di Putrajaya.
Ditanya mengenai jika ada penambahan kuota haji tahun depan berikutan penangguhan penghantaraan jemaah tahun ini, Zulkifli berkata, jumlah itu bergantung kepada perbincangan dengan kerajaan Arab Saudi selepas musim haji tahun ini.
Beliau sebelum ini memaklumkan jumlah jangkitan COVID-19 melebihi 100,000 kes antara pertimbangan kerajaan Malaysia membenarkan jemaah ke Mekah atau sebaliknya.
MW: Biarpun kecewa dengan penangguhan haji, mak ayah jangan terus bersedih. Pasti setiap yang berlaku ada hikmahnya. Allah sebaik-baik perancang.
Sumber/ Foto: Berita Harian
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Bahaya makan ikan tilapia tak dimasak sempurna, ibu anak seorang kudung kedua belah kaki & tangan. Gara-gara memakan ikan tilapia yang tidak dimasak sempurna, terjadi peristiwa yang menggerikan bagi seorang wanita. Bahkan dirinya kini sedang bertarung nyawa selepas kedua belah kakinya terpaksa dipotong.
Memetik laporan Berita Harian, seorang ibu dari Amerika Syarikat (AS) kehilangan kedua-dua tangan dan kakinya selepas dijangkiti kuman pemakan daging, selepas memakan ikan tilapia yang dipercayai tidak dimasak sempurna.
Makan Ikan Tilapia Tak Dimasak Sempurna
Wanita dari San Jose, California, Laura Barajas, 40, menjalani pembedahan kecemasan pada Rabu selepas dimasukkan ke hospital selama lebih sebulan bagi melawan jangkitan berkenaan.
Ikan tilapia yang tidak dimasak sempurna boleh membahayakan nyawa pemakannya.
Ibu Anak Seorang Kudung Kedua Belah Kaki & Tangan
Menurut rakannya, Anna Messina, Barajas yang juga ibu kepada seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun itu jatuh sakit beberapa hari selepas dia memasak dan makan ikan yang dibelinya dari pasar tempatan pada akhir Julai.
“Dia hampir kehilangan nyawanya dan bergantung kepada alat pernafasan.
“Dia terpaksa ditidurkan untuk tujuan rawatan. Jari, kaki dan bahagian bawah bibirnya hitam. Dia mengalami sepsis dan buah pinggangnya gagal berfungsi,” katanya kepada stesen berita tempatan di kawasan teluk San Francisco, Kron4.
Messina percaya jangkitan itu disebabkan Vibrio vulnificus, bakteria yang telah diberi amaran mengenainya oleh Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC), AS pada 1 September.
Menurut CDC, orang ramai boleh dijangkiti Vibrio vulnificus dengan mengambil makanan laut mentah atau kurang dimasak mahupun mendedahkan luka di permukaan air laut.
Tambahnya, kira-kira 150 hingga 200 kes jangkitan dilaporkan setiap tahun di AS dan sekitar satu daripada lima orang yang dijangkiti meninggal dunia.
Messina turut mewujudkan halaman khusus di media sosial untuk membantu membayar perbelanjaan perubatan rakannya, iaitu ‘GoFundMe’, di mana sehingga kini lebih AS$35,000 (RM163,940) berjaya dikumpul hasil sumbangan orang ramai. – AGENSI.
Sungguh ajal dan maut di tangan tuhan. Bagi ibu yang bekerja mencari nafkah demi menyara keluarga, setiap kali meninggalkan anak di bawah jagaan pengasuh pastinya berhadapan dengan seribu satu kebimbangan. Apatah lagi terpaksa meninggalkan anak yang masih kecil demi keluar bekerja.
Baru Sebulan Hantar Anak
Sungguh menyayat hati apabila seorang ibu tidak dapat menahan sebak apabila mengetahui bayi perempuan berusia empat bulan, Luna Aralyn Amar Ridhwan baru sebulan dihantar ke rumah pengasuhnya sebelum ditemui lemah dan disahkan meninggal dunia di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) di sini petang semalam.
Ibu bayi berkenaan, Lilis Handayani Sukran, 24, berkata, dia sedih dengan pemergian anak tunggalnya yang baru dilahirkan akhir Julai lalu.
“Masa itu, saya berada di tempat kerja, dapat panggilan dari pengasuh yang memaklumkan muka anak sudah biru dan dia suruh segera datang ke rumahnya.
“Bayi ini merupakan satu-satunya anak saya dan baru sebulan dihantar ke rumah pengasuh,” katanya ketika ditemui pemberita di Jabatan Perubatan Forensik, HTJ di sini hari ini.
Punca Kematian Belum Diketahui
Sementara itu, bapa saudara bayi tersebut, Nashrullah Mohd. Non, 32, berkata, buat masa ini, punca kematian masih belum dikenal pasti dan keputusan hasil bedah siasat hanya akan diperoleh dalam masa terdekat.
“Jenazah bayi akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Lui Muda, Jempol selepas solat Zuhur hari ini,” katanya.
Ditemui Keadaan Sangat Lemah
Sebelum itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, dalam kejadian pada pukul 4.40 petang semalam, ibu mangsa yang berada di tempat kerja menerima panggilan telefon daripada pengasuh yang memintanya datang segera ke kediamannya di Taman Tuanku Jaafar, Senawang di sini kerana bayi itu dalam keadaan sangat lemah dan wajahnya pucat.
Beliau berkata, sebaik tiba, ibunya mendapati keadaan kulit wajah anaknya, Luna Aralyn, empat bulan, telah pucat dan tiada tindak balas apabila dia cuba mengejutkannya.
Bayi itu kemudiannya dihantar ke HTJ di sini untuk mendapatkan rawatan dan disahkan meninggal dunia 30 minit kemudian.
Katanya, punca kematian belum diketahui dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) sehingga laporan keputusan bedah siasat diperoleh.
“Ida Selalu Cakap Dia Segan Saya Layan Dia Sangat Baik, Sayang Ida” itulah antara luahan daripada Bonda Rozita terhadap menantunya Datin Seri Shahida Mohd...