Belum Raya Pun Lagi, Hari ‘MANTAI’ Nak Sambut Puasa Orang Negeri Sembilan Memang Meriah!

Share

Walaupun belum tibanya raya pun lagi, hari ‘Mantai’ bagi orang Negeri Sembilan untuk meraikan ketibaan bulan puasa memang disambut meriah.

Kita bertuah negeri-negeri di Malaysia kaya dengan pelbagai adat dan budaya. Hari ‘mantai’ pastinya hari yang cukup ditunggu-tunggu dan dinantikan bagi orang-orang di Negeri Sembilan. Seluruh keluarga berkumpul, makan bersama-sama dan dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan.

Perkongsian mengenai istimewanya ‘Hari Mantai’ ini dikongsikan oleh Mohd Shahfazreen sebagai panduan.

Hari ini hari mantai nak sambut puasa. Orang nogoghi akan sebut “nak sambut mantai nih!”.

1. Biasanya orang Negeri Sembilan akan sambut mantai waktu 3 hari yang istimewa ni.

2. Sehari sebelum puasa, sehari sebelum raya puasa dan sehari sebelum raya haji.

3. Asal mantai ni yang aku tahu dari perkataan membantai. Kira membantai bersama-sama menyiapkan persiapan sambut puasa.

4. Waktu ni penuh orang kat pasar basah dan tepi-tepi jalan jual beli daging segar, ayam, tulang, daging salai dan barang-barang basah.

5. Jalan depan sikit jumpa pula nampak orang jual lemang, rendang, dodol pula. Padahal belum raya pun lagi.

6. Kalau kat rumah atau kat kampung memang meriah ya amat! Bersusun lah kereta kat laman rumah masing-masing. Semua balik kampung nak buat persiapan sambut puasa sama-sama.

7. Atok dan nenek akan jadi Chief of The Day, yang lain buat tugasan masing-masing.

8. Ada yang sediakan bahan, masak, nyalakan kayu api, pikul kawah nak masak gulai, mesin kelapa, perah santan, menyapu laman rumah, jaga lemang, kacau dodol bagai.

9. Budak kecil lepak kat ruang tamu, tengok tv, main kejar-kejar, buat sepah balik atau jalan kaki berjemaah pergi kedai. Kahkah!

10. Waktu ni lah jumpa sedara mara, sepupu sepapat, kawan sekampung yang dah lama tak jumpa masa pergi kedai. Sambil bersembang tanya khabar.

11. Biasanya lewat tengahari bawa ke petang sikit dah siap masak semua. Ini waktu yang ditunggu-tunggu oleh semua orang dalam rumah. Haha!

12. Ada nasi putih, gulai daging masak lomak cili api, rendang maman, sambal belacan,ikan masin, telur dadar, pucuk ubi dan apa ja yang dimasak tadi.

Baca Lagi Di Sini: Masak Lemak Cili Api Negeri Sembilan Tak Susah, Paling PENTING Elak Pecah Minyak!

13. Panggil semua makan sekali. Tak muat kat meja makan, duduk bersila sama-sama kat bawah. Lepas berpenat dari pagi, semua selera makan. Berpeluh-peluh makan gulai cili api.

14. Hari mantai ini kita tak lupa pada yang telah tiada. Pergi ziarah kubur dan sedekahkan Al Fatihah pada yang lebih awal mendahului.

15. Menjelang senja semua dah bersiap. Nak pergi surau kat kampung, masjid kat taman untuk solat maghrib dan tarawih yang pertama.

16. Selesai tarawih, pada yang bercuti dapatlah bersahur dengan keluarga. Yang bekerja, mula bergerak pulang ke rumah masing-masing untuk terus mencari rezeki.

Begitulah.
Mohd Shahfazreen.
Hari ini hari mantai Ramadan 2022.

Mesti Baca: Cara Buat Jeruk MAMAN Kena Pilih Berdaun LIMA, Simpan Dalam Peti, TAHAN LAMA

Artikel Menarik: Resipi Rendang Ayam Cili Api Nogori 9 Zulin Aziz, Boleh Simpan & Panaskan Sampai Jadi Serunding!

Mingguan Wanita: Seronoknya ada ‘Hari Mantai’ di Negeri Sembilan. Walaupun belum raya, tapi meriah sungguh meraikan bulan puasa. Paling penting dalam mengeratkan hubungan kekeluargaan apabila semua dapat berkumpul pada bulan yang mulia.

Sumber: Mohd Shahfazreen

Begini tip Alif Satar latih anak berpuasa rupanya.

Follow kami di :

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
TikTok: https://tiktok.com/@mingguanwanita

Patut ke niat wanita bekerja sebab bimbang boleh bebankan suami? Ikuti penjelasan ini.

 

Published by
Suhaidah Abd Wahab