Aqiqah dan qurban adalah perkara yang tiada ada hubung kaitnya. Namun, perlu kita ketahui, aqiqah adalah sunat muakkad.
Ada daripada kita merasakan dirinya tidak pernah sekalipun buat aqiqah. Pada masa sama nak ambil satu bahagian qurban. Inilah mula menimbulkan kekeliruan, mana satu yang perlu didahulukan.
Jadi, bagi yang masih tercari-cari jawapannya, dengarlah penjelasan daripada Ustaz Abdul Somad ini.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Tanda Kesyukuran Kelahiran, Ilmu Lengkap Bab Aqiqah Anak Mak Ayah Kena Fahamkan
Terbaiklah Yusry & Lisa Agihkan Nasi Arab, Kambing Kepada Asnaf Sempena Aqiqah Yunos Laith
Info Lebih Menarik DI SINI
Dalam video yang dikongsikan ini menyiarkan tentang kekeliruan orang yang belum aqiqah tapi masa sama ingin ambill dalam qurban. Mana yang patut didahulukan.
Jawapannya:
Aqiqah dan qurban tidak ada kaitan kerana keduanya adalah sunat muakkad.
Contohnya, aqiqah itu adalah tanggunggjawab ayah atau waris semasa anak itu kecil. Tetapi, keadaan ini tidak berlaki pada masa kecil mungkin keadaan kewangan ayah atau sebaliknya.
Jadi, dia masik boleh untuk ambil bahagian qurban ketika dewasa. Sebabnya, aqiqah tidak ada mengatakan hukumnya wajib dan dikatakan sunat muakkad.
Sumber: Ustaz Abdul Somad
@bismillah_tawakaltu232 #ustadabdulsomad #mashaallah #semogabermanfaat #samasamabelajar #fyp #fypシ ♬ suara asli – Bismillah_Tawakaltu
.
Aqiqah, Tangungjawab Mak Ayah Pada Anak
Apa itu Aqiqah?
Aqiqah ialah ibadah sembelihan haiwan ternakan seperti kambing yang disembelih pada hari ke-7 kelahiran bayi. Sekiranya anda terlepas melaksanakannya pada hari ke-7 kelahiran bayi, maka hendaklah disembelih pada hari ke-14. Jika tidak, anda boleh dilaksanakan pada hari ke-21. Demikianlah seterusnya tiap-tiap 7 hari berikutnya. Hal ini berdasarkan pendapat Syeikh Muhammad Arsyad Al-Banjari dalam kitab karangannya Sabil Al-Muhtadin.
Hukum Ibadah Aqiqah
Hukum melaksanakan ibadah Aqiqah ialah Sunat Mu’akkad iaitu sunat yang sangat dituntut untuk melakukannya berdasarkan pendapat yang kuat dalam mazhab As-Syafie.
Perlunya Aqiqah
Kerana ibadah Aqiqah merupakan suatu tanggungjawab ibu bapa untuk menunaikan hak terhadap anak yang dilahirkannya.
Tanggungjawab Siapa?
Ibadah Aqiqah adalah tanggungjawab wali iaitu ibu bapa pada anak tersebut. Jika sekiranya ibu bapa telah meninggal dunia dan belum sempat meng-Aqiqah-kan anaknya, maka datuk, bapa saudara atau penjaga anak tersebut bertanggungjawab untuk melaksanakannya.
Buat Untuk Diri Sendiri
Boleh, jika ia berkemampuan dan sudah mempunyai pendapatan tetap, kerana Nabi SAW juga melaksanakan Aqiqah untuk dirinya sendiri selepas dilantik menjadi nabi iaitu ketika usia baginda 40 tahun.
Sumber: Alkhairi
Qurban, Ibadah Mulia Disisi Allah
Ibadah qurban merupakan satu ibadah (Ta’abbudi) yang amat mulia di sisi Allah S.W.T. Di dalamnya terkandung banyak hikmah. Mengikut istilah fiqh, qurban (al-udhiyah) bermaksud menyembelih haiwan tertentu sama ada unta, lembu atau kambing dengan niat mendekatkan diri kepada Allah S.W.T, pada waktu tertentu iaitu bermula setelah selesainya Solat Hari Raya ‘Eidul Adha (10 Zulhijjah) dan pada hari-hari Tasyriq (11,12 & 13 Zulhijjah) kerana beribadah kepada Allah S.W.T., iaitu sebagai menghidupkan syariat Nabi Ibrahim A.S. yang kemudiannya disyariatkan kepada Nabi Muhammad S.A.W.
Terdapat banyak dalil daripada Al-Quran, Hadis dan Ijma’ tentang pensyariatan ibadah qurban ini. Di dalam Al-Quran terdapat beberapa ayat berkaitan ibadah qurban antaranya firman Allah S.W.T. di dalam surah al-Kautsar ayat 2 bermaksud;
“Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah (qurban) sebagai (tanda) bersyukur”.
Firman Allah S.W.T. lagi di dalam surah al-Hajj ayat 36 bermaksud;
“Dan Kami jadikan unta (yang dihadiahkan kepada fakir miskin Mekah itu) sebahagian dari syiar agama Allah untuk kamu; pada menyembelih unta yang tersebut ada kebaikan bagi kamu; oleh itu sebutlah nama Allah (semasa menyembelihnya) ketika ia berdiri di atas tiga kakinya maka apabila ia tumbang (serta putus nyawanya), makanlah sebahagian daripadanya, dan berilah (bahagian yang lain) kepada orang-orang yang tidak meminta dan yang meminta. Demikianlah Kami mudahkan dia untuk kamu (menguasainya dan menyembelihnya) supaya kamu bersyukur”.
Selain daripada itu, terdapat juga hadis-hadis Nabi S.A.W yang menjadi dalil akan pensyariatan ibadah qurban. Antaranya sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
“Tidak ada satu amalan anak Adam pada hari Nahar (Hari ‘Eidul Adha) yang paling Allah sukai selain daripada menumpahkan darah (sembelih binatang qurban), kerana ia (binatang qurban) itu akan datang pada hari kiamat nanti dengan tanduk, kuku dan bulu-bulunya (sebagai saksi ke atas ibadah qurban tuannya), dan sesungguhnya darah (binatang qurban itu) akan tumpah di sisi Allah di suatu tempat sebelum tumpah ke bumi, oleh itu perelokkan olehmu niat serta binatang yang diqurbankan.”
(Riwayat al-Hakim).
Berdasarkan dalil-dalil daripada al-Quran dan hadis para ulama’ telah bersepakat bahawa ibadah qurban merupakan satu ibadah yang telah disyariatkan oleh Allah S.W.T ke atas hamba-hambaNya. Ianya merupakan sunnah yang telah ditunjukkan oleh Nabi Ibrahim A.S. berdasarkan maksud firman Allah di dalam surah al-Soffat ayat 107:
Maksudnya : “Dan Kami tebus anaknya itu (Ismail) dengan seekor binatang sembelihan (kibash) yang besar”.
Sumber: Mais
Mingguan Wanita: Kena faham betul-betul. Apa pun ikutlah kemampuan.
Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram :
https://t.me/bangkitwanitaMW
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita