“Bella kena ada kat sebelah…, Anwar Ibrahim sempat usik Syed Saddiq ketika terima baju raya. Nampaknya aura Ahli Parlimen Muar, YB Syed Saddiq dan Bella yang dikatakan serasi bersama hingga digelar BASS (Bella Astillah & Syed Saddiq) walau keduanya belum mengisytihar apa-apa hubungan mereka, turut menarik perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mungkin mengetahui hubungan mereka berdua  melalui media sosial.

Masakan tidak, ketika menerima dua pasang baju Melayu dari jenama fesyen di mana Syed Saddiq dan Bella Astillah menjadi dutanya di Parlimen pagi ini, Anwar Ibrahim yang juga Perdana Menteri Ke -10 (PMX) sempat bergurau kepada Ahli Parlimen berusia 32 tahun itu.

“Bella Kena Ada Kat Sebelah…

Saat penyerahan baju Melayu tersebut, sebelum menerimanya, kedengaran Anwar Ibrahim bergurau dengan mengatakan sepatutnya Bella ada di sebelah.

Bella kena ada kat sebelah,”seloroh Anwar Ibrahim kepada Syed Saddiq.Gurauannya itu serta-merta mencetuskan gelak tawa hadirin yang berada di situ.

Anwar Ibrahim Sempat Usik Syed Saddiq Ketika Terima Baju Raya

Tidak mahu mengalah, Syed Saddiq pantas membalas dengan nada berseloroh, “Jangan kacau Datuk Seri. Itu (Bella Astillah) saya punya. Kasi chance lah.” Reaksi spontan tersebut mengundang lebih banyak ketawa, menunjukkan keakraban di antara kedua-dua pemimpin itu.

Ads
@febbyfeb_98 Yb beri baju melayu kepada PMX🥰🥰🥰🥰 #pmx #parlimenmalaysia #fyppppppppppppppppppppppp #bellaastillah #syedsaddiq #terbaru #trending #sempornasabah ♬ original sound – Febbyfeb

Sementara itu, satu lagi momen mencuri perhatian apabila Anwar sempat berbisik sesuatu kepada Syed Saddiq sambil mengangkat dokumen di tangannya, seolah-olah mahu ‘mengusik’ bekas Menteri Belia dan Sukan itu.

Aksi ini menimbulkan tanda tanya di kalangan netizen yang membanjiri ruangan komen dengan spekulasi dan jenaka, seolah mahu tahu apa yang dibisikkan oleh Perdana Menteri yang dilihat bekerja keras untuk negara.

Ads

Beberapa individu yang berada di sekeliling mereka turut tersenyum, jelas menggambarkan suasana ketika itu penuh dengan gelak tawa dan kemesraan.

Di media sosial, video tersebut menerima pelbagai reaksi, dengan ramai yang terhibur melihat sisi santai Perdana Menteri ke-10 itu. Ada juga yang berseloroh bahawa Bella Astillah memang sepatutnya hadir untuk ‘menilai’ baju Melayu yang diberikan kepada PMX!

Momen-momen seperti ini menunjukkan bahawa di sebalik tugasan berat sebagai pemimpin negara, masih ada ruang untuk jenaka dan interaksi santai yang mengeratkan hubungan dengan orang di sekeliling.

Ads

TONTON VIDEO MENARIK DI SINI :-

“Biarlah hukuman mati itu dikekalkan. Tak ada kekhilafan dalam hukuman sebelum ini. 8 tahun kami sekeluarga menderita menantikan keenam-enam tertuduh melalui detik itu.

Demikian luah Hawa Osman ibu kepada arwah Zulfarhan yang didera kejam ditekap dengan seterika wap sebanyak 90 kali termasuk di kemaluan.

“Penderitaan yang kami tanggung hanya Allah maha mengetahuiNya. Sangat perit. Paling saya kesalkan dan jadi tertanya-tanya siapa yang menekap seterika di kemaluan anak saya. Pertanyaan itu sentiasa bermain-main di fikiran.

“Ada dua keluarga tertuduh datang jumpa saya minta maaf pada saya dan mahu saya lupakan semua dendam tapi itu tak mungkin kerana jauh di sudut hati rasa terkilan itu ada.

“Suami sendiri sanggup tak jalani pembedahan jantung kerana mahu menunggu keputusan dari Mahkamah mengenai kes ini,”luah Hawa ketika dihubungi Mingguan Wanita.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI