Bella Hadid Bukan Lagi Duta Dior, Dipecat Kerana Lantang Bersuara Isu Palestin

Share

Bella Hadid bukan lagi duta Dior, dipecat kerana lantang bersuara isu Palestin. Mempunyai 60.8 juta pengikut di instagramnya, @bellahadid, supermodel berdarah Palestin – Amerika, Bella Hadid kini bukan lagi duta Dior.

Ini kerana syarikat kosmetik mewah antarabangsa ini tidak meletakkan Bella sebagai wajah kempen terkini mereka sebaliknya menggantikannya dengan seorang model  Israel, May Tager. Semuanya kerana Bella lantang membela nasib Palestin dalam setiap hantaran di media sosialnya.

Bella Hadid Bukan Lagi Duta Dior

Bella yang menjadi wajah kempen Dior sejak 2016 sememangnya terkenal kekal bersuara isu Palestin yang amat dekat dihatinya. Bahkan dirinya pernah memaklumkan tidak kisah jika kehilangan kontrak bernilai jutaan ringgit kerana lantang bersuara isu Palestin.

Di sebalik pemecatannya, supermodel terkenal ini menerima pelbagai hujahan komen dari pengikut-pengikutnya. Namun dirinya memilih untuk tidak memberikan sebarang komen berkaitan hal ini.

Dipecat Kerana Lantang Bersuara Isu Palestin

Sebelum ini, Bella Hadid mendedahkan dia menerima mesej ugutan dan nombor telefon peribadinya juga telah tersebar luas. Mengakui dia sering diganggu malah kehidupan mereka sekeluarga juga menerima nasib yang sama.

“Saya  tidak boleh berdiam diri lagi. Ketakutan bukan pilihan. Rakyat dan anak-anak Palestin khususnya di Gaza tidak mampu untuk berdiam diri. Kami tidak berani – mereka berani.”

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI : Gadis Palestin Nour AlSaqqa Kongsi Cerita Terkini Di Gaza, “Kami Mungkin Bukan Mati Dibom Tapi Keadaan,”

Pempengaruh Syamimia Hilang Lebih 100,000 Pengikut Dalam Masa Sehari, Gara-Gara Isu Palestin

Daiyan Lantang Bersuara Isu Palestin, Tak Kisah Hubungan Kerjaya Dengan Jenama Antarabangsa Terjejas  

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

DS Vida tawarkan pekerja McD kerja dengan gaji banyak selepas bersimpati mendengar luahan Izuan, pemuda masalah pendengaran yang merayu agar rakyat Malaysia menghentikan boikot ke atas restoran makanan segera McD kerana banyak pekerja yang terjejas.
Memahami keperitan dialami Izuan, dirinya menawarkan pekerjaan. Alhamdulillah, moga rezeki DS Vida terus murah.

 

 

 

 

Published by
Almaswa Haji Che Ros