Bell Ngasri dapat Mini Cooper RM200,000, “ia memang kereta idaman saya dan isteri. Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu.
Selepas menambat jiwa peminat-peminat yang melancarkan kempen undi Bell atau mesra dipanggil Barkoba hingga dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke 35, nampaknya rezeki tertulis buat Bell.
Jika sebelum ini ramai yang bertanya kenapa “hadiahnya” tidak seberapa berbanding bintang popular lain iaitu trofi dan pakej menunaikan umrah dari pihak penaja, Felleraskin, kali ini sudah tertulis rezekinya yang lain.
Hari ini, Bell Ngasri menerima kejutan dari pihak DC Motor yang memberikannya sebuah mini cooper Clubman S bernilai RM200,000 sumbangan pengedar kenderaan import milik Bumiputera, DTC Motors Sdn Bhd di premis syarikat berkenaan di Jalan Ampang di sini, hari ini.
Memetik laporan Berita Harian, mengulas hadiah yang diterimanya itu, Bell atau nama sebenarnya Nasrizal Ngasri berkata beliau tidak menyangka akan menerima hadiah sebesar itu.
“Saya langsung tidak sangka akan dapat kereta kerana hadiah yang saya terima iaitu Bintang Paling Popular itu sudah cukup besar buat saya.
“Walaupun ada yang mempersoalkan kenapa saya tak dapat hadiah kereta seperti yang pernah diterima pemenang terdahulu, saya tak pernah ambil peduli pun kata-kata seperti itu.
“Apabila saya diberitahu ada pihak hendak hadiahkan kereta, saya terima sahaja kereta apa yang mereka nak beri. Kereta kancil pun saya terima.
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- #Malaysia Memilih Undi Bell Ngasri, Ibu Menangis Anak Tercalon Selepas 37 Tahun Berkecimpung Dunia Lakonan
“Cucu Ke Anak?” Wajah Awet Muda Buat Ramai Tak Sangka Nazseli Ngasri Sudah Ada 2 Cucu
“Alhamdulillah, saya sangat suka dengan kereta ini kerana menepati cita rasa, selain menjadi kereta idaman saya dan isteri,” katanya ketika pada sidang media selepas acara penyerahan kereta itu di sini, hari ini.
Apa pun sudah tertulis rezeki buatnya hari ini. Yak yak yeah…
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Anak semakin gembira Elyana kembali menjalankan tanggungjawab sebagai ibu. Terkini wanita tabah ini sedia harungi rawatan untuk melawan semula penyakit kansernya. Semoga yang baik-baik aje untuk Elyana nanti..