‘Beli Telefon Beribu Boleh, Minta RM20 Tak Beri..’ Waspada Didik Emosi Anak Remaja

Share

Semakin anak meningkat usia, menjadi anak remaja. Tentunya mereka melalui fasa perubahan emosi yang ketara. Terutama meluahkan apa yang mereka rasa.

Kadangkala, anak remaja tidak sedar apa yang diluahkan itu boleh memberi kesan buruk kepada persekitarannya. Bagi mereka, asalkan sudah diluah apa yang terbuku di hati, puaslah hati itu.

Cabarannya semakin hebat dengan adanya media sosial. Mereka boleh meluah rasa tanpa batasan. Sebagai ibu ayah, bimbang saja hati andai anak remaja sendiri tersilap langkah.

Inilah yang dialami bapa ini sendiri, Guru Bimbingan dan Kaunseling, Abdul Muiz Ruslee bila anak sulungnya meluah ketidakpuasan hati dengan ibu bapanya.

Anak Remaja Bebas Bersuara Di Media Sosial

Kebebasan bersuara anak-anak kita.

Sebelum ni, banyak kisah yang saya dengar. Anak-anak bercerita buruk tentang mak ayah dalam Twitter. Bila terbaca, kita merasakan mereka anak yang kurang adab. Tak tahu jaga sensitivi dan tak pandai tutup aib keluarga.

Sampailah satu ketika, saya juga diuji dengan perkara yang sama.

Dua hari lepas, panjang lebar kami bebelkan si sulung.

Dia meluahkan perasaan di status WhatsApp. Katanya, “beli telefon beribu boleh pula, aku minta duit RM20 tak bagi.”

Saya tak baca status itu. Tapi isteri yang perasan. Itupun selepas dia godek-godek telefon si sulung. Rupa-rupanya, status WhatsApp itu pun boleh disorok daripada pengetahun orang tertentu iaitu kami.

Bila tahu saja, menggelegak lah.

Bukan isu RM20, bukan juga isu henset beribu. Ini isu kebebasan bersuara.

Apa yang anak-anak fikir, mereka boleh luahkan apa sahaja. Tanpa mereka sedar, luahan mereka itu bukan sahaja mengaibkan malah mungkin boleh memburukkan keadaan.

Itulah yang kita lihat di Twitter mahu pun di TikTok.

Ini Yang Mak Ayah Perlu Jelaskan Pada Anak Remaja

Salah mereka kah?

Bila saya alami sendiri, baru saya sedar. Mereka tidak bersalah. Tetapi kami yang bersalah.

Salah dari segi apa?

Kerana tidak pernah memberitahu perkara itu.

Si sulung tak tahu yang perbuatan itu salah. Yang dia tahu, dia mahu meluahkan.

Asalkan bengkak di dalam hati, surut. Implikasinya, fikir kemudian. Atau, mungkin tak sempat nak fikir.

Jadi, kita sebagai ibu bapa, peranan kitalah untuk menasihati anak-anak yang sedang meningkat remaja ini.

Baca sini : Sebelum anak lelaki jadi remaja, penting ajar 5 perkara ini

Salah Tindakan, Anak Ingat Sampai Dewasa

Gerun bila nak hadap anak yang sedang membesar.

Usia remaja ini ialah, masa untuk pelaburan emosi yang paling kritikal.

Dalam masa beberapa tahun ini, akan menentukan sama ada, anak akan rapat dengan kita bila dewasa atau sebaliknya.

Salah tindakan, mereka akan ingat sampai dewasa.

Allahu akbar.

Benarlah. Kita diuji dengan apa yang kita katakan.

Saya selalu bercerita tentang keibu bapaan. Sampai satu ketika, saya pula diuji dengan apa yang saya canang.

Begitulah.

Sumber/Foto : Abdul Muiez Ruslee

Untuk dapatkan info berkaitan kursus keusahawanan anjuran Mingguan Wanita, join telegram BANGKIT Wanita : https://t.me/bangkitwanitaMW

Published by
Netty Ah Hiyer