Setiap kali bercuti ke pusat peranginan tanah tinggi Cameron Highlands tak sah kalau tak beli buah strawberry. Memang sedap, besar segar dan manis-manis. Puas hati makan dan harga nya murah.Kalau beli banyak buah strawberry tak tahu nak buat apa, boleh cuba buat pencuci mulut Pavlova ni. Guna Air Fryer je, mudah sangat!
Mama beli Strawberry Cameron 1kg, RM20 besar-besar & manis buahnya. Apa lagi, petang tadi godek-godek le try buat pavlova versi Air Fryer.
* Air Fryer sekarang banyak pilihan dan boleh dibeli mampu milik antaranya jenama ni.
4 biji putih telur
1 cawan gula castor
2 sudu tepung jagung
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh cuka
1.Putar putih telur dalam mixer hingga berbuih dan masukkan gula sedikit demi sedikit.
2.Putar lagi dan masukkan tepung jagung, esen vanilla serta cuka. Putar hingga bertanduk.Tak sampai 5 minit pun atau tengok speed mixer masing-masing.
3. Kemudian paipkan dalam kertas cawan dan masukkan dalam air fryer. Suhu 160celcius selama 15 minit.
4. Biarkan sejuk sekejap, barulah letak krim putih dan taburkan dengan buah-buahan hiasan.
*Krim putih ni guna whipping cream non diary je..putar sampai kental pastu pipe kan atas pavlova.
Selamat mencuba!
Baca Lagi Di Sini:
Resepi Kek Batik Indulgence Sedap, Cantik Berkilat Inspirasi Dari Ibu
Apricot Custard Tart Sedap Cantik Berkilat, Resipi Mak Mentua!
Mingguan Wanita: Wah mudah sangat nak buat Pavlova, guna Air Fryer ni. Sedap makan sejuk-sejuk, rasa masam manis pavlovanya.
Sumber: Norzieana Mior Norahan
Follow kami di :
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita