Rumah lelong, selalu kita tengok pada papan tanda iklan di tiang-tiang lampu, tepi jalan atau di rumah itu sendiri. Nampak macam murah dan tak percaya sebab ada sesetengahnya berada di tengah-tengah bandar.
Jangan mudah terpengaruh dan mula bandingkan dengan harga rumah yang baru siap diina dengan harga rumah lelong. Kena faham betul-betul. Takut nanti kita yang rugi.
Ada beberapa faktor dan perkara yang perlu kita tahu sebelum nak beli rumah lelong. Inilah yang diterangkan oleh Dr Ahmad Samhan dalam perkongsiannya.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Tukang Rumah Kongsi TIP TEMBOK Cantik & Kemas, Guna Bata Merah Biasa!
Hati-Hati, Perkara Kita Rasa BIASA Rupanya Kesalahan Waktu ‘Renovate’ Rumah!
Info Lebih Menarik DI SINI
6 PERKARA PERLU TAHU SEBELUM BELI RUMAH LELONG
Ada dua jenis lelongan di Malaysia yang wajib tahu:
1)Loan Agreement Cum Assignment (LACA) – Ia bermaksud lelongan yang diuruskan oleh bank bagi hartanah tanpa individual atau Strata Title.
2)Non-LACA – Ini pula lelongan non-LACA diuruskan oleh High Court (Mahkamah Tinggi) bagi hartanah yang ada individual atau Strata Title.
Baki daripada keseluruhan harga rumah LACA perlu diselesaikan dalam masa 90 hari selepas bidaan yang berjaya. Manakala non-LACA dalam masa 120 hari.
Rumah lelongan LACA perlukan meletak 5% deposit, manakala bagi jenis non-LACA 10% deposit.
Jadinya, untuk beli rumah lelong kita perlu ada duit deposit dan perlukan peguam yang berpengalaman uruskan rumah lelong. Sebab kita terikat dengan masa untuk pastikan pinjaman kita dikeluarkan oleh bank pada bank pelelong.
Sebelum masuk bidding kena lihat/study dulu bakal rumah yang dilelong.
Tahu berapa harga ‘market value’, barulah kita tak bidding membuta tuli. Orang naikkan harga bidding, kita lawan.Tapi tak tahu nak lawan sampai mana. Akhirnya kita beli rumah tu dengan harga lagi mahal dari market value. Itu belum masuk kos repair, kos guaman, kos bil tertunggak, takutnya lagi rugi teruk.
Rumah leong tak datang sekali dengan vacant possession. Dan boleh jadi penyewa yang menyewa dengan owner sebelumnya masih lagi menetap kat situ.
Kalau ikut undang-undang Malaysia, untuk menghalau keluar orang daripada rumah kita, kena ada bukti yang kita pemilik rumah tu terlebih dulu. Boleh upah peguam untuk beri notis kepada penyewa tadi untuk kosongkan rumah. Kalau tak keluar jugak, barulah boleh apply untuk court order.
Sudah tentu cara terbaik adalah untuk bercakap dan berbincang dulu dengan penyewa tadi. Boleh jadi penyewa ni akan faham dan mereka akan tinggalkan rumah tu dengan rela hati.
Mungkin jugak mereka nak meneruskan menyewa di situ. Dan kalau kitamemang plan nak sewakan, bawalah berbincang untuk tetapkan kadar sewa yang baru.
Ini termasuk bil air, bil elektrik, bil maintenance, cukai taksiran, cukai tanah dan banyak lagi.
Kos ni semua (kalau yang bertunggak bertahun-tahun lamanya) boleh cecah lebih RM10,000.
Untuk elakkan masalah macam ni berlaku, kita boleh pergi semak dulu segala bil tertunggak yang ada ni dekat pejabat-pejabat utiliti yang berkenaan.
Kos repair jugak perlulah diambil kira sekali bila kita nak beli rumah lelong ni. Rumah yang rosak teruk dan tak dijaga boleh memakan belanja repair yang besar.
Kos repair ni pulak kadang-kadang boleh jadi lebih besar daripada duit deposit 10% yang kita keluarkan.
Pergi melawat dulu rumah tu sendiri dan tengok kalau-kalau ada sebarang tanda kerosakan yang teruk.Buat anggaran berapa total kos untuk repair barulah kita tahu nak anggarkan limit harga untuk bidding nanti.
Kaveat ni ringkasnya adalah notis yang sah dari segi undang-undang untuk menghalang proses jual beli hartanah.
Contoh:
Kalau satu rumah lelong tadi dimiliki oleh 2 pemilik dan salah seorang dari mereka letak kaveat dekat rumah tu untuk elak daripada rumah tu dijual.
Boleh jadi jugak, kaveat tu datang bila salah seorang daripada pemilik rumah tadi buat hutang dengan Ah Long dan letak rumah tu sebagai kolateral.
Ah Long tadi boleh letak kaveat untuk menghalang proses jual beli rumah tu tadi.
Pengalaman sendiri, awal-awal memang dah check status keveat. Bila dah menang lelong, rupanya owner lama dah ambil deposit untuk jual rumah ni. So,pembeli baru letak keveat. Memang leceh nak setel benda ni. Makan masa dan duit.
Kesimpulannya, harga rumah lelong memang murah, boleh cecah 30-40% below market value. Tapi banyak kos-kos tersembunyi. Kena tinjau dan kaji dulu rumah lelong yang kita target nak beli sebelum buat pembelian.
Mingguan Wanita : Sebelum beli, kena faham dulu. Daripada kita nak untung tapi jadi rugi pula. Lebih baik beli rumah baru kan!
Sumber: Ahmad Samhan
Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram :
https://t.me/bangkitwanitaMW
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita