Berita

Beli Rumah Baru dan Raya Bergaya dengan Emas! Hadiah Keseluruhan RM600,000 Perlu Dimenangi!

Share

Beli Rumah Baru, Peluang Bawa Pulang Jongkong Emas 999.9! Peluang Keemasan Yang Sukar Dilepaskan!

SETIAP orang mempunyai impian untuk memiliki kediaman sendiri. Apatah lagi setelah mendirikan rumah tangga, sudah pasti kediaman tersebut menjadi syurga buat pasangan suami isteri membina keluarga bahagia.  

Namun, membeli hartanah atau kediaman sendiri khususnya rumah pertama bukanlah semudah yang disangka. Terdapat pelbagai proses yang perlu dilalui, ditambah dengan salinan dokumen yang perlu disediakan di samping tempoh menunggu kelulusan permohonan pinjaman perumahan yang agak panjang.

Pemilihan pemaju perumahan yang berkredibiliti juga penting untuk memastikan proses pemilikan kediaman berjalan lancar dan merealisasikan pemilikan rumah sebaiknya. 

Pemaju Perumahan Terkemuka

LBS Bina Group, antara pemaju perumahan yang memiliki reputasi terbaik sebagai pemaju perumahan terkemuka yang berorientasikan komuniti merupakan pilihan terbaik untuk memiliki kediaman impian anda.

LBS menawarkan lebih daripada sekadar rumah untuk didiami, malah memastikan kehidupan sekeluarga lebih selesa dengan pelbagai kemudahan infrastruktur yang lengkap. Bercadang memiliki kediaman pertama bersama LBS? Pembeli bertuah  berpeluang  mendapatkan rumah impian dengan insentif dan pakej menarik yang sukar untuk ditolak!

Sempena kedatangan Syawal tahun ini, LBS menganjurkan kempen “Emas Bling-Bling Bersama LBS” dengan menawarkan hadiah menarik khusus untuk pembeli yang mencari kediaman yang lebih selesa untuk seisi keluarga. Bayangkan, sambutan Aidilfitri tahun ini di rumah baru dan berpeluang membawa pulang jongkong emas 999.9!

Kempen bermula dari 1 APRIL  hingga  31 MEI 2024 menawarkan pelbagai insentif Istimewa untuk pembeli bertuah antaranya termasuk pakej perabot (hanya untuk projek terpilih), pengecualian yuran guaman, ganjaran kesetiaan, yuran keluar sifar dan pilihan bayaran yang fleksibel. 

Tawaran Istimewa LBS ini untuk pembeli yang mencari kediaman baru selain mendapatkan tawaran istimewa yang ditawarkan oleh pemaju yang memberi nilai tambah dalam kehidupan istimewa masa kini.

Menawarkan gabungan tawaran sambutan yang sejajar dengan perayaan Hari Raya, termasuk pakej perabot, pengecualian yuran guaman, dan pilihan bayaran yang fleksibel.

Jadi, jangan lepaskan peluang untuk memiliki kediaman baru dengan pelbagai tawaran menarik untuk memiliki kediaman Impian pada harga Istimewa serta tawaran sampingan yang menjadikan kehidupan lebih bermakna!

Imbas Kod QR atau layari laman sesawang  di https://campaign.lbs.com.my/ untuk maklumat lanjut mengenai hartanah LBS yang terpilih. 

 

Dalam kehangatan Aidilfitri, LBS turut menampilkan sebuah drama pendek bertajuk

“ Kucingta-Abu”. 

Ia mengisahkan tentang Afif dan Suri yang pertama kali bertemu di pasar Ramadan dan berebut kuih terakhir. Tanpa disangka, ia menjadi detik awal persahabatan mereka. Pada masa yang sama, Suri telah menyelamatkan seekor anak kucing, Abu, semasa berjogging sebelum waktu berbuka puasa.

Dia mula menjaga dan memberi makan Abu serta menikmati kebersamaan. Satu hari, Abu didapati hilang dari kawasan taman dan Suri mula cemas mencari Abu. Ke manakah menghilangnya Abu? Apa pula kaitannya dengan Afif? Ikuti drama pendek ini di link di bawah!

 

 

 

Published by
Rosmah Idayu