Pilih bendi. Perasan tak kalau ke bahagian sayur bendi, mesti akan nampak hujungnya yang sudah patah. Tak kurang juga sambil memilih, ada pembeli lain akan mematahkan hujung bendi.
Dikatakan dengan cara ini, pembeli dapat tahu bendi itu muda atau sudah tua. Lepas itu, bagaimana dengan bendi yang telah patah hujungnya. Ada pembeli lain akan ambil atau dibiarkan begitu saja.
Inilah yang perlu kita elakkan sebagai pembeli. Tak salah nak pilih bendi muda sekalipun tapi janganlah sampai merosakkan harta penjual dan menganiaya hak pembeli yang lain.
Cara yang kita lakukan selama ini salah dan berdosa. Sekadar untuk peringatan bersama seperti yang dikongsikan oleh Muharrik Daie ini.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Abang Ini Kongsi Tip Goreng Bendi, Jangan Masak Guna Bawang Besar, Elak ‘Berlendir’
Cara Mudah Goreng Bendi Tak Berlendir, Boleh Saja Letak Bawang Merah, Barulah Sedap!
“Maaf kak, kalau akak patah, akak wajib ambik sebab berdosa akak tak ambik.
Sebab merosakan hak orang kak.” Tegur aku pada seorang kakak di pasar malam sebentar tadi. Sewaktu aku ingin membeli sayur sayuran.
Dia menjeling aku seolah olah marah teguran aku.
“Tokey pun tak marah, kau nak marah. Apa hal.” Balasnya kasar kerana tak puas hati dengan teguran aku.
“Maaflah kak. Tokey tu tak nampak kak. Saya cuma ingatkan saja. Saya pun nak beli juga. Jadi saya tak akan ambik yang dah patah. Saya rasa begitu jugak orang lain.
Pastinya tokey akan rugi. Haram hukum nya kak. Maaf kak saya terpaksa tegur sebab depan mata saya. Kalau saya tak tegur saya pula yang berdosa.”
Berkali kali aku minta maaf supaya dia terima teguran aku dan berhenti mematah hujung bendi yang ingin di belinya dan sedar akan kesalahannya.
“Kalau tak patah macamana nak tahu tua atau muda bendi ni? Kau tahu ke nak pilih bendi muda kalau tak patah hujungnya?” Dia bertanya aku dalam nada yang agak kasar.
“Walau apa pun alasan akak, akak dah rosakkan harta orang. Itu yang salah. Saya pun tak tahu nak pilih yang muda atau tua bendi tu tapi biasanya saya ambik yang kecik kecik saja. Atau akak tanyalah tokeynya dulu, boleh ke patah patah.
Kalau tokey nya kata ok, tak mengapa. Tapi kalau sebaliknya akak berdosa merosakan harta penjual. Tak apalah akak, saya panggil tokey nya. Kita minta izin.” Ujar ku untuk mengertaknya.
“Tak apa tak apa, aku ambik semua yang aku patah tadi. Tak perlu panggil tokey nya. Terima kasih kerana bagi tahu.” Ujar kakak itu walau pun nada suaranya masih tinggi walau pun dia mengalah.
Aku tahu dia malu dengan aku. Aku pun terus berlalu dan tak jadi untuk membeli bendi tersebut dan aku biarkan dia menunggu tokey sayur yang sibuk itu untuk membuat bayaran. Kalau aku tunggu pastinya dia rasa tidak selesa. Cukuplah sekadar itu tanggung jawab aku menegur supaya dia tidak terus membuat kesalahan.
Teguran Yang Membina
Aku rasa dalam isu bendi ni, bukan saja kakak yang aku tegur itu saja yang melakukan, malah di luar sana masih ramai lagi wanita dan kaum ibu yang melakukan perbuatan mematah hujung bendi tersebut tanpa rasa berdosa dan bersalah.
Sebab itu bab feqah ni, bukan hanya kita belajar bab ibadat saja. Bab bermuamalat dan berjual beli ni pun kita kena belajar. Kalau tidak berdosa zalim kita dalam berjual beli.
Memanglah mematah hujung bendi itu nampak kecil tapi dosa merosakkan harta orang itu berat dosanya.
Ubahlah sikap kita. Jangan sebab nak cari bendi muda kita rosak dan zalimi hak orang lain.
Tip pilih bendi tanpa perlu patahkan hujungnya.
Perhatikan tangkainya. Tangkai mua akan terkatup rapat tanpa lubang. Manakala tangkai yang tua akan kelihatan berlubang. Semakin besar lubangnya semakin tua bendi tersebut.
.
Mingguan Wanita : Walaupun nampak macam isu kecil dan ada anggap itu adalah hak pembeli. Tapi, ada cara lain yang boleh kita lakukan supaya tidak merosakkan harta penjual dan pembeli lain juga.
Sumber: Muharrik Daie
Jom jadi vendor akak-akak bakers biskut raya terpaling sedap dan meletup di FIESTA HOMEBAKER USHA-USHA BISKUT RAYA anjuran Mingguan Wanita dan CSR Sugar.
Klik : https://toko.ideaktiv.com/product/fiesta-homebakers-vendor/
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita