Tak dinafikan dalam keadaan norma baru, ramai orang lebih banyak meluangkan masa di rumah. Memantau PdPR sekolah anak, bekerja dari rumah, disamping penuhi pelbagai aktiviti keluarga dengan menonton TV, bermain games, melayari sosial media dan sebagainya.
Waktu pandemik covid-19 ini juga, ramai yang terkesan dan mengambil langkah berjimat cermat dalam perbelanjaan barangan dapur. Iaitu dengan mengutamakan keperluan berbanding kehendak untuk pembelian barangan lain. Kebiasaannya kemahuan untuk membeli barangan elektrik, perkakasan rumah baru terpaksa dilupakan. Guna apa sahaja yang ada, memandangkan simpanan wang tunai untuk persediaan di waktu kecemasan nanti.
Berita baik, sebenarnya kita boleh merebut peluang keemasan dengan menyertai Peraduan MILO® Hidup Bola
. Iaitu dengan beli mana-mana produk MILO yang layak serendah RM10 sahaja dalam satu resit boleh dapat pelbagai hadiah menarik yang lumayan bernilai RM550,000!Malah hadiah-hadiah yang ditawarkan pula sangat sesuai dengan keperluan semasa ketika ini memandangkan ramai antara kita yang Bekerja Dari Rumah (WFH) serta lebih banyak #stayathome menghabiskan masa di rumah. Pastinya ia dapat menghilangkan kebosanan malah memberikan pengalaman hiburan yang lebih menyeronokkan buat seisi keluarga tersayang.
Lebih istimewa terdapat 18 set hadiah utama untuk dimenangi!! iaitu Sistem teater rumah serba canggih bernilai lebih RM12,000 setiap satu. Setiap set terdiri daripada TV pintar 65 inci 4K Ultra HD (Android), satu komputer riba 15 inci (Intel i5 4GB RAM 1TB HDD), langganan jalur lebar gentian rumah 100Mbps selama 1 tahun, serta Playstation 5 (versi Bluray Disc) yang didatangkan dengan Alat Kawalan PlayStation 5 DualSense Tanpa Wayar dan Permainan Bola Sepak PS5 .
Malah bukan itu sahaja, turut berpeluang menangi Hadiah Harian dan Hadiah Mingguan. Menarik bukan!
Hadiah mingguan berupa wang tunai bernilai RM888 menanti 30 pemenang bertuah masing-masing setiap minggu. Sedikit sebanyak boleh tambah rezeki sebagai wang simpanan atau untuk tambah wang perbelanjaan keperluan rumah. Hadiah harian pun menarik: Jersi bola sepak MILO® x Pestle & Mortar edisi terhad menanti 10 pemenang bertuah setiap hari.
Memang untung banyak bila kita sertai Peraduan MILO® Hidup Bola ini. Menang membeli, juara memakai.
Peraduan MILO® Hidup Bola menerima penyertaan semua pengguna MILO berumur 18 tahun ke atas yang menetap di Malaysia dengan dokumen pengenalan diri yang sah.
Semua produk MILO merangkumi rangkaian Serbuk (Powder), Campuran (Mixes), dan Sedia Diminum (Ready-to-Drink) termasuk varian UHT, Cans dan PET adalah layak untuk peraduan ini. Peruncit yang mengambil bahagian termasuk pasar mini utama, pusat beli-belah, pasar raya besar, kedai serbaneka, dan juga platform e-dagang seperti Lazada dan Shopee di seluruh Malaysia yang menyediakan resit rasmi sebagai bukti pembelian.
Cara penyertaan juga senang – beli, Whatsapp dan menang! Pastikan resit kemas dan mudah dibaca. Tulis nama, nombor MyKad dan e-mel (jika ada) pada resit; dan hantarkan satu gambar resit yang jelas menerusi WhatsApp ke 018-388 6332. Mudah kan!
Malah menariknya tiada had ke atas jumlah penyertaan. Boleh hantarkan sebanyak mungkin penyertaan untuk meningkatkan peluang bergelar juara Peraduan MILO® Hidup Bola. Jadi lekas, kena cepat-cepat hantar dan jangan berlengah lagi kerana peraduan akan tamat 9 Ogos 2021 ini !!
Untuk menyertai Peraduan MILO® Hidup Bola serta maklumat lanjut, layari laman rasmi peraduan: https://www.milo.com.my/peraduan-milo-hidup-bola
Website: MILO
https://www.milo.com.my/
Facebook : MILO Malaysia
https://www.facebook.com/MiloMalaysia
Instagram: milo_malaysia
https://www.instagram.com/milo_malaysia/?hl=en
Twitter: MILO MALAYSIA
https://twitter.com/milomalaysia?lang=en
YouTube : Milo Malaysia
https://www.youtube.com/user/MILOMalaysia