Bukan mudah untuk melupakan kenangan yang dibina hampir 32 tahun bersama ibu. Perselisihan pendapat hanyalah biasa, manakan bisa terpisah hubungan antara ibu dan anak. Tetapi kini segalanya tinggal kenangan apabila ibunya pergi menghadap Ilahi pada 3 Januari 2019 yang lalu setelah terlibat dalam kemalangan jalanraya.
Biar pun hampir setahun berlalu, tetapi segalanya masih segar di ingatan Rusda Adiba Ahmad, 33 tahun. Mengimbau pada hari kejadian, menurut Rusda Adiba, kebetulan hari tersebut merupakan hari cuti buat Rusda Adiba yang bekerja sebagai jururawat.
“Maklumlah hari cuti, sebenarnya saya merancang untuk ke rumah kawan yang anjurkan majlis makan-makan. Kebetulan mak pula rancang nak buat tahlil untuk arwah wan yang meninggal dunia pada 26 Disember 2019. Pagi itu mak hanya beritahu nak keluar beli laksa untuk majlis tahlil di kedai berdekatan. Sebelum keluar, sempat lagi dia berpesan pada saya jangan lupa kunci pintu.
“Tetapi tak lama selepas mak keluar dalam jam 11 pagi, ada orang datang rumah beritahu mak terlibat dalam kemalangan. Setelah bersiap, saya terus ke tempat kejadian. Ketika itu memang dalam fikiran akan bawa mak balik rumah kalau tak teruk sangat tapi kalau mak sakit, kami akan ke hospital terus.
“Dalam perjalanan ke sana, saya ada cuba hubungi mak dan orang lain yang jawab. Dia tanya saya di mana dan minta saya datang ke tempat kejadian dengan segera. Hati saya makin berdebar apabila soalan saya tentang keadaan mak tak dijawab dan minta saya tengok sendiri.
‘Sampai sahaja di tempat kejadian, saya sudah nampak keadaan motosikal mak, memang teruk. Tak jauh dari situ saya nampak jasad yang ditutup kain putih. Ketika orang minta sahkan betul ke mak, memang jelas mak,” ungkap Rusda Adiba sebak tak mampu menahan sebak.
Majlis kenduri tahlil yang sepatutnya dianjurkan untuk datuknya bertukar kepada majlis tahlil buat ibu Rusda Adiba. Siapa sangka, tidak sampai 10 hari, ibunya pula menyusul menghadap Ilahi.
Ads
Mak Pergi Mengejut
Sesungguhnya bukan mudah untuk menelan takdir, kehilangan ibu tercinta ibarat kehilangan nyawa sendiri, hilang tempat bergantung. Tatkala melihat jenazah ibunya, Rusda Adiba memang terduduk dan menangis semahu-mahunya. Perutnya yang sedang memboyot, mengeras secara tiba-tiba kerana dirinya sedang hamil anak ketiga.
Anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia(JPAM) yang bertugas cuba menenangkan Rusda Adiba apabila melihat emosinya tidak terkawal. Bayangkan ibunya pergi mengejut, sudah tentu memberi tamparan hebat buat empunya diri. Ternyata bukan mudah Rusda Adiba menerima takdir yang menimpa.
“Lama juga saya memendam rasa dan dilanda rasa sedih, dalam keadaan mengandung ketika itu buatkan saya lebih beremosi. Sehingga selepas bersalin masih terkenangkan arwah mak. Sepatutnya mak yang menjaga saya ketika berpantang, akibat kejadian itu saya berpantang tanpa ditemani mak.
Ads
“Setelah enam bulan berlalu, barulah saya boleh kawal emosi. Tujuan utama saya berpindah daripada Hospital Seremban, Negeri Sembilan ke Hospital Alor Setar, Kedah semata-mata untuk bersama mak dan abah. Tetapi selepas beberapa bulan bersama, emak pergi dulu.
“Lagi pula saya memang rapat dengan mak kerana saya satu-satunya anak perempuan. Oleh sebab itu berat sangat nak terima kenyataan yang mak dah tiada. Sepanjang saya berpindah balik ke kampung, segalanya mak yang uruskan. Suami terlibat dalam operasi kerana dia seorang pegawai tentera, mak dan abah lah orang pertama yang hulurkan pertolongan. Jadi ketiadaan mak amat terasa,” jelasnya lagi.
Terpaksa Berdikari
Setiap kali berada di rumah ibunya membuatkan hati anak kelahiran Kedah ini terkenang pada arwah. Segenap inci rumah ibu mengingatkan memori Rusda Adiba dengan ibunya. Setiap kali menumpang solat di bilik ibunya, terasa seolah-olah ibunya masih ada.
Ads
Kehilangan ibu buatkan Rusda Adiba makin kuat menempuh hari mendatang serta lebih berdikari. Jika selama ini, wanita ini dapat sandarkan beberapa perkara pada ibunya, kini tiada lagi. Segalanya Rusda Adiba uruskan sendiri termasuklah kerja rumah dan juga menguruskan anak-anak.
“Setiap kali bersedih dan teringat mak, saya akan bacakan surah Al-fatihah. Biasanya kalau berada di rumah, saya akan masuk bilik arwah dan duduk lama-lama sambil bacakan surah Yassin. Setiap kali tibanya hari Jumaat, saya akan ziarah kubur mak.
“Ketika hari ulangtahun mak yang ke-60 pada 15 November, paginya saya ziarah kubur mak dan malamnya saya buat sedikit kenduri tahlil di masjid khas buat mak.
“Harapan dan fokus saya setelah mak tiada adalah menjaga abah. Memang tujuan utama minta pindah balik ke Kedah adalah untuk menjaga mak dan abah. Cukuplah 10 tahun tinggal berjauhan. Tetapi hanya 8 bulan sahaja Allah tunaikan hasrat saya untuk menjaga mak.
“Namun saya bersyukur dapat uruskan jenazah hingga selesai semuanya. Bermula dari tempat kejadian, pergi ke hospital naik kereta polis escort jenazah, berjumpa doktor untuk urusan bedah siasat dan termasuklah memandikan jenazah serta kafankan dia.
“Kalau saya bertugas atau tinggal jauh dari mak, mungkin saya tak dapat lakukan semua ini,” luahnya hiba yang mengakui bahawa tidak mampu membalas segalanya kebaikan ibunya kerana melahirkan dan membesarkan dia.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
RM1 juta untuk anak dan pengorbanan semasa perkahwinan, juga demi pembelaan dan keadialan kata Lufya Omar.
Tindakan pelakon Lufya Omar yang menuntut RM1 juta dari bekas suami ternyata mengejutkan ramai pihak kerana mereka merasakan jumlah tersebut terlalu tinggi. Namun di sebalik kata-kata diterimanya, menurut wanita ini, tuntutan dikemukakan adalah wajar demi membayar pengorbanannya selama perkahwinan dan membesarkan anak.
RM1 Juta Untuk Anak Dan Pengorbanan Semasa Perkahwinan
Menurut pelakon berusia 38 tahun ini, , tuntutan itu dapat membantu dia meneruskan kehidupan bersama-sama anak memandangkan kos sara hidup pun semakin tinggi.
Luftya atau nama sebenarnya, Lutfyah binti Sheikh Omar berkata tuntutan Mut’ah itu adalah bedasarkan kepada pengorbanan saya dan apa yang sudah berlaku sepanjang perkahwinan.
Memetik laporan Utusan, dirinya mengakui, dahulu pendapatan diterimanya kukuh.
“Selepas berkahwin, saya melepaskannya atas sebab-sebab tertentu. Untuk bangun balik ia memerlukan masa yang agak panjang. Jadi saya perlu merancang untuk kehidupan kami,” katanya ketika ditemui.
Lufya hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam bersama-sama peguam, Fakhrul Azman Abu Hasan bagi sebutan kes tuntutan Mut’ah.
Lufya hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam bersama-sama peguam, Fakhrul Azman Abu Hasan bagi sebutan kes tuntutan Mut’ah.
Juga Demi Pembelaan & Keadilan – Lufya Omar
Walaupun sudah tiga tahun tahun bercerai, Lufya mengakui baru sekarang dia bersedia untuk membuat tuntutan di mahkamah bagi mendapatkan pembelaan.
“Penceraian kami pun mengambil masa agak panjang. Saya juga perlukan masa untuk buat persediaan mental dan fizikal. Pada masa yang sama, saya juga perlu membesarkan anak. Walaupun cuma seorang anak, ia bukan mudah dengan keadaan saya dahulunya seorang artis yang sangat aktif bekerja.
“Saya tak pernah minta apa-apa pun selama ini walaupun barang. Saya beri masa untuk Hafiz fokus memberi nafkah kepada anak. Saya pun nak stabilkan diri juga.
“Bila sudah difitnah, sebagai ibu tunggal saya mahu mendapatkan pembelaan. RM 1 juta bukan nilai saya, tapi untuk keadilan,” tambahnya.
Sementara itu, bekas suami Dr. Che Muhammad Hafiz Che Baharum tidak hadir ke mahkamah bagi sebutan kes.
Perbicaraan bagi sebutan semula kes akan diadakan pada 26 Julai.
Terdahulu, Lufya memfailkan tuntutan Mut’ah bernilai RM1 juta terhadap bekas suaminya, Che Hafiz di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada 2 Mac yang lalu.
Lufya dan Hafiz pernah mendirikan rumah tangga pada 26 November 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata Laana Haura, 5.
Namun begitu, mereka sah bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling, Shah Alam pada pada 17 Jun 2020.
Penceraian tak bermakna boleh mengabaikan anak-anak. Suka tengok cara Sharnaaz dan juga bekas isterinya, Nabila dalam berganding bahu membesarkan anak walaupun sudah berpisah.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Kilafairy akui bukan mudah kekal istiqamah. Diam tak diam rupa-rupanya sudah dua tahun pemilik nama sebenar Syakila Nisha Jangir Khan atau lebih popular dengan panggilan Kilafairy melalui proses penghijrahan.
Akuinya juga bukan mudah untuk kekal istiqamah namun dirinya percaya kehidupan akan terus menjadi ruang menguji keteguhan hati dan imannya sebagai hamba.
Kilafairy Akui Bukan Mudah Kekal Istiqamah
Malah anak kepada penyanyi senior Rohan Jalil ini juga akui umpama bergelut dalam diri.
“Benar soal istiqamah itu bukan perkara mudah.
“Ia bukan sehari dua untuk dihadam.
“Pendek kata setiap hari, saya umpama bergelut dalam diri.
Harapkan Reda Allah
“Namun lama kelamaan ia bagai satu fasa yang akan jadi terbiasa.
“Pada akhirnya kita hanya mahu dan harapkan reda Tuhan dalam hidup ini,” ujarnya.
Tuah & Rezeki
Sejak berhijab, Kilafairy juga akui rezekinya semakin murah. Terbaru dia sangat bersyukur apabila dilamar menjadi wajah wakilan jenama tudung bawal MINAZ Hijab Blossom 3.0 kempen Next Chapter.
“Daripada kerendahan hati, saya bangga kerana terpilih menjadi wajah wakilan koleksi tudung bawal ini.
“Berurusan dan bekerjasama dengan pasukan kerjanya juga menyenangkan.
“Mereka juga memastikan saya selesa dan berpuas hati dengan tudung yang dipakai serta digayakan. Begitu juga dengan hasil gambar kempen fotografi yang dijayakan.
“Pendek kata tudung yang digayakan bukan sekadar selesa dalam konteks percakapan dan penulisan. Tapi saat dipakai pun dapat rasa keselesaan yang digambarkan itu.
“Saya sangat besyukur dengan rezeki yang Allah limpahkan selain dikelilingi dengan orang yang baik waktu bekerja,” katanya.
Risau TREND Orang Pergi UMRAH Sekarang, Sekadar Nak Buat ‘Content’ Promosi Produk! Mendapat panggilan ke Tanah Suci untuk menunaikan ibadah umrah merupakan nikmat rezeki yang luar biasa. Seiring niat untuk mendekatkan diri kepada Allah, selepas pulang dari umrah diharap dapat lebih memperbaiki diri ke arah yang lebih baik.
Namun cukup membimbangkan trend ramai orang menunaikan umrah sekarang ini. Meskipun bukan semua, pergi umrah dilihat hanya sekadar suka-suka pergi melancong mahupun buat ‘content’ dan promosi produk di media sosial. Sekadar menunjuk-nunjuk di media sosial sekaligus hilang fokus beribadah dan tidak dapat merasa keagungan Allah di tanah suci.
Risau Trend Umrah
Ini antara kebimbangan yang disuarakan oleh Ustaz Dr. Kamilin Jamilin, yang juga merupakan seorang pensyarah di Fakulti Pengajian Pengajian Al-Quran dan As-Sunnah di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).
“Saya sebenarnya risau dengan trend orang sekarang pergi umrah. Bukan semua, tapi boleh nampak ramailah dekat media sosial.Dulu-dulu sebelum muncul media sosial dan influencer-influencer yang terkenal. Orang kalau nak pergi Mekah dan Madinah, satu benda yang besar.Memang menjadi satu medan keinsafan yang kita betul-betul terasa dengan keagungan Allah dan kemuliaan tanah suci.”
“Ramai bila pergi sana, jadi bertaubat dan berubah ke arah lebih baik. Tapi sekarang ni pergi sana macam takde apa dah. Orang kita yang pergi sana balik lagu tu jugalah. Orang kata Pi mai Pi mai Tang tu jugalah.”
Sekadar Jadi ‘Content’
Sebahagian artis-artis, selebriti-selebriti bukan semua, pergi sana lebih sekadar nak jadi ‘content’, ‘selfie’ sana sini. ‘Berlakon’ cium Kaabah. berlakon solat bagai. Ada juga yang pergi sana nak ‘promote’ produk. Nak nampak macam produk barakah, snap gambar berlatar belakangkan Kaabah.
Pergi Mekah dan Madinah dah sekadar pergi melancong bukan nak ibadah sangat pun. Ada duit pergi, sekadar nak ‘happy-happy’, show off sana sini dan cari populariti.Cari duniawi, hilang rasa keagungan Allah dalam hati. Ke’izzahan dua tanah suci tu dah tak rasa apa dah.
Ibadah haji dan umrah yang besar tu pun, dah macam sekadar tentatif atau content yang nak menarik views.
Sedangkan Allah berfirman dalam surah Al Haj:
Mengagungkan syiar Allah yang meliputi ibadah dan tempat masa kita buat ibadah haji dan umrah itu petanda takwa dalam hati. Tapi bila takwa sudah tipis dalam diri agama hanya sekadar jadi pembalut kotak kosong. Luarnya diperlihatkan indah di mata manusia, sedangkan di dalamnya tiada apa yang bernilai di sisi Allah.
Mingguan Wanita: Semoga kita sama-sama muhasabah diri, niat dan tujuan apabila ingin menunaikan umrah. Janganlah hanya sekadar pergi suka-suka untuk ‘content’ namun tiada pengisian jiwa dan takwa di hati untuk beribadah dan berubah menjadi lebih baik.
Kamal Adli Mahu Uqasha Jadi Ibu Terbaik. Itulah antara doa dari seorang suami buat isteri tercinta. Pasangan popular Kamal Adli dan Uqasha Senrose yang...