Mudahnya nak buat hati isteri bahagia, ajak beli barang dapur pun dia dah cukup gemuk hati. Apa lagi kalau suami ajak shopping bagai!
Tetapi biasanya mak-mak sangat memahami suami, langsung tak berniat nak habiskan duit suami. Cukuplah dapat masuk beli makanan dan stok dapur, itu pun sebab nak kenyangkan perut suami juga.
Macam yang PuanIntan Dzulkeflikongsikan, boleh cuci mata sesekali pun jadilah.
Keluar Beli Barang Dapur
Bila suami dapat gaji, benda yang paling best ialah pergi supermarket beli barang dapur. Walau cuma pergi Tesco ke Econsave, tapi itulah.. rasa syok sungguh.
Sebab kadang dalam seminggu, terutamanya suami kerja lebih masa memang tak ada peluang keluar rumah. Itulah realiti seorang wanita yang menjadi suri di rumah. Jadi bila suami ajak keluar beli barang, dia punya feeling, yeay bestnya macam nak melompat bintang 3x. Sebab dapat rasa fresh air (fresh la sangat), cuci-cuci mata, dan ada orang boleh tolong tengok-tengokkan anak-anak juga (beza dengan outing sendiri dengan anak-anak).
Jangan tak percaya, ramai je mak-mak yang tak berani nak drive keluar sendiri dengan anak-anak. Macam nak keluar, tapi nanti tak jadi bila mengenangkan kegetiran yang mungkin terjadi. Huuu… sayalah antara orangnya tu. Hihi.
Kadang kalau seharian anak-anak asyik mengamuk, sampai kita sendiri muka pun da takleh nak senyum, suami balik, saya terus request kat dia, ‘nak keluar satgi.’
Ads
Dia tanya, “Nak pergi mana?” “Pergi guardian.” “Nak beli apa?” “Nak beli shampu.”
Lepas tu muka suami saya macam;
“Eh bukan kat kedai runcit depan rumah pun ada shampu?”
Tapi syukurlah dia tetap ikut je tanpa banyak soal. Haha.
Ads
Sebenarnya mungkin ramai suami tak tahu, ramai isteri (especially stay home mother) bila dapat keluar pergi watson sekadar dapat try tester perfume, pergi cuci mata kat Tesco tengok nonstick pan atau ke indexliving tengok decoration ruangan rumah, walau tak beli pun dah rasa happy sangat dah. Serius. Aktiviti window shopping ni ibarat terapi untuk mengurangkan stress & menceriakan emosi.
Ada Isteri Kena Tengking
Pernah sekali kami pergi beli barang di Econsave, saya berpisah dengan suami cari barang, ternampak seorang wanita yang juga sedang pilih-pilih barang, tup tup kena tengking dengan suaminya yang tiba-tiba muncul.
“Puas cari kat sini rupanya… Belek apa lagi tu! Menghabiskan duit je tahu. Dah jom balik lah!”
Lepas marah terus dia berpaling pergi.
Ads
Air muka isteri yang ceria tadi tu terus berubah. Saya pun tiba-tiba serbasalah untuk respon bagaimana sebab saya sedar isteri itu rasa malu & nampak seperti sudah mahu menangis. Terus dia beredar.
Sedihnyalah… kadang hanya sebab isteri duduk di rumah, ada jenis suami yang sewenangnya pandang rendah pada isteri. Anggap isteri duduk rumah rehat-rehat, makan & tercongok depan tv saja agaknya. Bila isteri minta apa-apa dianggap menyusahkan & menghabiskan duit. Allah..
Ketika Mu’awiyah bin Haidah RA bertanya kepada Rasulullah SAW; “Wahai Rasulullah, apa hak isteri terhadap suaminya?”
Baginda menjawab, “Engkau beri makan isterimu bila engkau makan & engkau beri pakaian bila engkau berpakaian. Jangan engkau pukul wajahnya, jangan engkau jelekkan (mencerca, mencela) & jangan engkau boikot kecuali di dalam rumah.” (HR. Abu Dawud & Ibnu Majah)
Jangan Lupa Nafkah Buat Isteri
Maka hendaklah para suami sedar bahawa apa yang dia nafkahkan kepada isteri & anak-anaknya tidaklah bernilai sia-sia di sisi Allah.
Hargailah para isteri, isteri bukan beban. Bahkan jika suami berbuat baik kepada isteri, isteri senang hati sentiasa mendoakan. Doa tulus itulah magnet rezeki buat kalian.
Alhamdulillah ‘ala kulli nikmah.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Bila sudah berkahwin, pasanganlah orang yang paling dekat dan terbaik dalam meminta dan memberi nasihat. Tak kiralah suami mahu pun isteri, sebab masing-masinglah orang yang tahu dan memahami apa yang dialami oleh pasangan. Boleh kata susah senang bersama.
Walau bagaimanapun, ada juga pasangan terutamanya suami merasakan nasihat isteri ini tidak ‘sesuai’ dan lebih suka mendengar nasihat daripada orang yang tidak ada kena mengena. Bukan bermaksud, sahabat atau orang yang dikenali itu tidak boleh dipercayai ye!
Sebenarnya, nasihat isterilah yang patut suami dengar dan apa yang dikatakan itu adalah dari hati. Seperti apa yang dikongsikan oleh Liyana AuraRich ini, suami lebih suka dengar nasihat orang lain. Walhal isterilah orang yang paling dipercayai dan paling dekat dengan suami. Kena ingat tu…
Kenapa kena dengar nasihat isteri lebih dari orang lain?
Kerana nasihat seorang isteri adalah satu-satunya nasihat yang tepat, betul dan sesuai dengan suami. Tiada yang lebih mengenali suami melainkan isterinya.
Bahkan lebih kenal daripada mak sendiri !
Buruk baik diri suami, isteri sahaja yang tahu. Dia hadap setiap hari 1001 kelakuan kita tanpa mengeluh. Walaupun dia nampak kelemahan kita tapi masih tetap setia dengan kita.
Patah perkataan yang keluar dari mulut isteri tak lain tak bukan hanya untuk kebaikan keluarga sendiri. Ini confirm!
Isteri Penasihat Terbaik
Dengarlah kawan-kawan bila isteri masih ada hati memberi nasihat. Di saat isteri dah tak ada hati nak bagi nasihat, nescaya kita dah tersangat rugi.
Kita baru kehilangan “Penasihat” terbaik yang telah di cipta untuk kita !
Tidak ada yang lebih baik memberi nasihat daripada isteri bahkan lebih baik dari nasihat mak ayah kerana ada mak ayah tak berapa kenal pun anak dia yang dah dewasa.
Tiada yang lebih jujur memberi nasihat daripada isteri bahkan adik beradik sekalipun ada masa tak sampai hati nak tegur takut kita berkecil hati.
Malah, tiada yang lebih tepat memberi nasihat berbanding isteri bahkan kawan-kawan sekali pun akan berat sebelah sebab mereka pasti utamakan keluarga mereka dahulu.
Paling Ikhlas
Dengan orang lain kita boleh berlakon tapi dengan isteri tidak. Dia tahu semuanya. Dari busuknya bau kentut kita sampai la ke busuknya perangai kita, semua dia dah hadap!
Tak usah bangga sangat kalau ada kawan-kawan duk puji kita baik, rajin, dan puji kita ni calon suami mithali kononnya.
Selagi kata pujian ni tak keluar dari mulut isteri sendiri, maknanya pujian tu tak 100 peratus benar!
Tiada yang lebih ikhlas puji suami sendiri melainkan isterinya.
Oleh itu, nasihat saya kalau nak dapatkan nasihat yang paling ikhlas dan paling berniat baik orang pertama yang anda kena cari ialah isteri sendiri.
Wallahu A’lam.
MW: Betul tu, isterilah orang yang tepat nak beri nasihat. Walaupun kadang-kadang suami kena ‘tadah’ telinga dengar bebelan tu. Tapi itulah yang sebenar-benarnya.
Pening kepala memikirkan bahagian rumah mana yang perlu dibersihkan dahulu. Apatah lagi, jika ada kawan atau saudara memberitahu akan datang ke rumah dalam masa terdekat ini. Apa kata anda ikut 8 cara bersihkan rumah dalam masa 20 minit ini. Pasti hati akan jadi lebih tenang dan senang.
Pasang Muzik
Pasanglah muzik atau lagu kegemaran supaya anda lebih fokus dan bersemangat. Menurut Rune Sovndahl, co-founder Fantastic Services, dengan memasang muzik anda akan fokus pada tugas yang dilakukan.
Buka Tingkap
Udara segar akan masuk dan menghilangkan bau yang kurang enak di dalam rumah. Apatah lagi jika dibersihkan pada waktu pagi, anda akan dapat udara lebih segar dan baik untuk rumah.
Pakaian Kotor Dalam Bakul
Keadaan ini membuatkan rumah anda berselerak. Jika anda tidak berkesempatan untuk mencuci pakaian kotor, memadai dengan memasukkan ke dalam bakul atau terus ke dalam mesin pencuci.
Kemas Bilik Tidur
Jangan mengambil jalan mudah dengan hanya menutup pintu bilik bagi mengelakkan bilik tidur yang tidak berkemas. Sebaliknya, bersihkan bilik tidur walaupun hanya seketika. Manalah tahu, tiba-tiba tetamu ingin memasuki bilik tidur anda.
Bersihkan Lantai
Memang kerja ini memerlukan masa yang agak lama. Tetapi anda boleh menggunakan hampa gas dan bahagian yang hanya mampu dilihat oleh tetamu sahaja. Contohnya, ruang tamu dan ruang makan.
Bilik Mandi
Ini adalah tempat wajib supaya tetamu selesa bila menggunakannya. Bersihkan bahagian mangkuk tanda, tuala yang bersih dan haruman untuk ruangan supaya bilik mandi lebih bersih dan segar.
Cuci Pinggan Mangkuk
Penelitian dari Marigold menunjukkan bahawa 70 peratus tetamu akan memerhatikan gelas ketika minuman dituangkan. Jadi, pastikan anda membersihkan gelas dan pinggan mangkuk sebelum digunakan.
Buang Sampah
Jangan lupa, selesai membersihkan rumah, buanglah sampah di tempat yang disediakan terutamanya sampah daripada hasil yang anda bersihkan tadi.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Jangan main-main dengan wang nafkah untuk isteri. Mungkin ia nampak remeh tapi sebenarnya ia sangat penting buat suami. Jangan ingat isteri bekerja, wang nafkah bulanan terutamanya tidak perlu diberikan pada isteri dan masing-masing sama membantu menguruskan rumah tangga.
Memang zahirnya, isteri tidak kisah dengan wang nafkah bulanan pemberian suami terutamanya bila isteri sendiri bekerja dan ada pendapatan sendiri. Namun, sebagai suami yang bertanggungjawab, walaupun sedikit atau suami bergaji lebih rendah daripada isteri, itu sudah cukup menggembirakan isteri.
Sekurang-kurang, bila isteri bersama-sama dalam membantu menguruskan perbelanjaan rumah, ucapan terima kasih pun sudah cukup membuatkan hati isteri berbunga-bunga.
Perkongsian daripada Mahyuddin Mohamed diharap dapat membuka mata suami di luar sana dalam kewajipan seorang suami dalam memberi nafkah bulanan buat isteri.
Sengaja aku menghulurkan duit nafkah bulanan buat isteriku di hadapan anak-anak kami. Tersengeh-sengeh Kak Long & Nabila melihat wang yang bertukar tangan. Itu bukan pertama kali mereka melihat aku menjalankan tanggungjawabku sebagai seorang suami itu.
“Kenapa Papa kena bagi duit kat Mama?” Hasif masih terlalu kecil untuk faham namun tahap curiosity beliau begitu tinggi. Dia akan sentiasa bertanya apa2 yang dia tidak faham.
“Suami memang WAJIB beri nafkah setiap bulan pada isteri tahu Hasif. Nanti Hasif dah jadi suami pun, Hasif pun kena beri duit kat isteri”. Isteriku mengajar ilmu kehidupan & kewajipan seorang suami. Hasif mengangguk faham.
“Best la jadi orang perempuan Mama. Gaji Papa dan Mama kan sama. Kenapa Papa kena bagi duit kat Mama?” Nabila pula bertanya.
“Kalau gaji suami lagi sikit dari gaji isteri dia pun, dia masih kena beri nafkah setiap bulan. Kena bagi, walaupun sedikit. WAJIB. Melainkan kalau isteri dia kata tak payah la…” Nabila sengeh. Puas hati dengan jawapan isteriku.
Jangan Pandang Remeh
Ramai suami yang pandang remeh Nafkah Bulanan buat isteri masing-masing. Ada yang TIDAK TAHU & ada yang BUAT-BUAT TAK TAHU. Ada juga LANGSUNG TAK AMBIL TAHU.
Jangan terkejut kita seorang lelaki yang bergelar suami tidak tahu yang memberi nafkah buat isteri itu WAJIB.
Ada yang tidak pernah beri wang kepada isteri. Jika isteri tidak memaafkan & menghalalkan, maka suami akan sentiasa berada dalam keadaan berdosa.
Berilah duit nafkah bulanan kepada isteri kita. Tak mampu banyak, beri sedikit. Tak mampu RM200, berilah RM100. Jika tak mampu juga, berilah RM50 atau RM10. Jika masih tidak mampu juga, suami perlu minta isteri halalkan perbelanjaan yang dibuat dengan menggunakan wang isterinya.
“Okay sayang, bulan ni, bil air sayang bayar, bil letrik abang bayar yer?”
“Loan kereta Myvi bulan ni Ayang bayar yer, Abang tak cukup la duit bulan ni sebab nak kena tukang baiki dapur tu”
Biasa dengar tak dialog kat atas? Atau biasa buat? Sebenarnya, kalau kita nak bahagi-bahagikan pembayaran bil letrik, air, pinjaman kereta atau rumah sekalipun, kita kena minta isteri halalkan.
“Sayang, sayang halalkan bil air yang sayang bayarkan bulan ni yer!” Cakap macam tu kat isteri anda. Kalau cakap baik-baik, pasti isteri kita gembira aje nak tolong kita dengan perbelanjaan rumah tangga.
Cukup-cukup Makan
Aku takut berdosa dan pernah TIDAK TAHU mengenai wang nafkah buat isteri dan urusan perbelanjaan keluarga.
Malah, aku tidak malu mengakui yang kami sama-sama tidak tahu perkara ini waktu mula-mula mendirikan rumah tangga 18 tahun dahulu. Masa tu student lagi. Kat luar negara pulak tu. Bila mula bekerja pada 2002, kami belanja sendiri-sendiri. Perbelanjaan dan bil pula dibahagi-bahagikan.
Aku tidak beri duit nafkah kepada isteriku kerana waktu itu aku TIDAK TAHU mengenai perkara ini. Isteriku juga TIDAK TAHU. Lagi pun, sangkaku, gaji isteriku pun sama banyak dengan gaji aku. Kenapa nak kena beri lagi.
Tapi sangkaanku silap. Gaji aku hanya cukup-cukup sahaja. Cukup bulan gaji habis. Pernah terjadi, duit tinggal RM10 sahaja sehari sebelum gaji masuk.
Perkara ini berubah lebih kurang 10 tahun yang lalu (aku tak ingat tarikh sebenar) apabila kami mula TAHU mengenai duit nafkah seorang isteri ini. Duit untuk isteri belanja beli apa sahaja yang dia mahu & bila sahaja dia mahu.
Duit ini tidak termasuk duit belanja dapur, ikan, ayam, sayur. Tidak termasuk baju kain isteri. Tidak termasuk syampu, ubat gigi & toiletries lain. Perbelanjaan ini semuanya mesti ditanggung oleh suami. Tapi kalau isteri tersayang nak tolong, takde salahnya kan?
Ada Keberkatan
Aku mula memberi duit nafkah bulanan buat isteriku & aku mohon beliau halalkan setiap sen yang aku tidak lunaskan sebelumnya. AlhamdulilLah isteriku halalkan. AlhamdulilLah leganya hati. Lapangnya dada.
Pasti ada suami yang merasakan ia seakan tidak adil. Namun percayalah, terdapat keberkatan dalam memberikan duit nafkah isteri kita. Islam itu Adil. Percayalah.
Sejak memberi wang nafkah bulanan buat isteri, rezekiku bertambah & mencurah-curah. Kehidupan menjadi lapang & mudah. Segala keperluan sentiasa dalam kecukupan. Isteri apatah lagi, gembira sokmo. Bibir sentiasa dihiasi Senyuman manis.
Ada keberkatan dalam pemberian wang nafkah bulanan isteri kita.
A Happy Wife leads to a Happy Home & Happy Family. (A grumpy wife… Anda jawab sendiri…)
Jika anda belum lakukan, mulai dengan hari ini. Berilah duit nafkah belanja isteri anda. Nanti lihatlah perubahan positif dalam kehidupan anda sekeluarga, Insya Allah.
MW: Walaupun pemberian nafkah bulanan itu sedikit, ia sudah cukup menggembirakan isteri. Percayalah, isteri turut berdoa agar suami dimurahkan rezeki.