Beli Barang Basah, Kena Jimatkan Duit Dapur Sebelum Terbabas Tarik Barang Tak Perlu!

Share

Kalau keluar beli barang basah dan kering zaman sekarang, takut nak tarik laju-laju. Wajib tilik harga betul-betul sebelum jadi kes terlebih bajet. Dengan harga makin melambung, nak tak nak mak-mak tetap kena teruskan hidup tetapi dengan cara jimat tersendiri.

Ya, membesarkan keluarga secara bajet perkara yang sukar. Mungkin ada yang tahap nak beranak ramai pun takut! Sebenarnya ini memerlukan daya kreatif dan strategi bagi memastikan kewangan teratur. Berikut adalah cara yang boleh dilakukan oleh suri rumah bagi menjimatkan wang.

1. Satu lauk dan bawa bekal

Masak satu lauk dan satu sayur. Tak perlu bazirkan lauk dengan sediakan menu banyak. Pastikan sediakan bekal untuk anak-anak dan suami juga.

2. Jangan terpedaya jualan murah

Memang lebih jimat kalau beli barang ketika jualan murah tapi anda kena fikir balik adakah barang yang dikatakan murah itu akan digunakan dalam masa terdekat atau sebaliknya. Kemudian kena semak tarikh luputnya. Risau juga, beli beria dan akhirnya masuk tong sampah.

3. Senarai barang yang penting sebelum keluar beli barang

Tulis dan senaraikan barang yang mana perlu sebelum keluar membeli. Pastikan betul-betul keperluan dan bukan kehendak. Jangan sampai kedai, anda main tarik barang lain pula!

4. Bajet stok untuk sebulan

Kalau beli barang kedai runcit, harganya lain. Ada peluang, sila pergi beli barang dapur ketika jualan murah. Semak barang dapur yang habis dan beli untuk tempoh sebulan. Contoh beli 3 PERCUMA 1. Itu kan dah jimat!

5. Elak beli barang ikut jenama

Ini memang ramai yang gagal sebab kebanyakan ramai yang suka beli barang ikut brand. Konon nak kualiti tapi sebenarnya anda kena bijak memilih barang. Kadang ada barang kualitinya OK cuma mahal sebab jenama. Cuba ubah gaya hidup anda…

6. Limitkan beli barang basah

Nak beli barang basah kena pastikan anda betul-betul memasak. Sebab kalau beli dan sekadar simpan dalam peti, akhirnya rosak dan masuk kategori membazir. Jadi, pastikan anda betul-betul ada mood nak memasak, baru beli.

7. Periksa semula troli barang yang dibeli

Sebelum anda membayar barang yang dibeli, periksa semua barang yang ada. Letak semula barang itu jika tidak perlu.

8. Cipta tabung kecemasan bulanan

Setiap bulan anda kena paksa diri bayar ‘tol’ sebagai simpanan untuk digunakan waktu-waktu kecemasan. Keluarkan sejumlah wang untuk dimasukkan dalam tabung, dan lebih elok tempat yang tak boleh dibuka langsung.

9. Pergi beli barang tanpa bawa anak

Jangan bawa anak tiap kali keluar beli barang dapur. Ini boleh elak dari beli barang yang tak penting. Ajar anak jimat dari awal, dan elakkan bawa anak ke kedai mainan. Lebih bagus positifkan anak dengan didik anak-anak menabung untuk dia ada simpanan sendiri.

10. Asingkan duit dapur dari awal

Cara ini cukup membantu kalau anda bawa duit secukupnya dari awal. Contoh anda tarik RM200 untuk beli barang dapur, kalau tak bawa duit lebih, confirm anda hanya ikut senarai yang ditulis.

Jangan mengeluh sebab anda mampu bertindak lebih bijak untuk teruskan kehidupan. Apa yang penting anda ‘bulatkan hati’ dalam perbelanjaan harian demi masa depan yang lebih baik bersama keluarga. Selamat mencuba!

Tip Bajet Lauk Basah

Daging

1. Kalau beli daging sekilo kat pasar, balik rumah sila terus potong ikut bajet nak masak. Lepas itu nak letak dalam plastik kecil-kecil atau bekas, terpulang. Nak hiris terus pun OK. Tiap kali nak masak, tarik je satu bekas. Biar dia cair dan lembik sendiri dagingnya. Pastikan mak-mak jangan basuh daging tu pula, nanti hilang manisnya. Lepas hiris terus masuk bekas tutup. Simpan. Masa nak masak itu baru basuh.

Ikan

1. Lepas potong boleh basuh tapi kena simpan terus dalam peti, tak payah gigih nak nak rendam air. Kecut ikan itu nanti. Tak manis dah. Masuk bekas asing-asing takat mana yang nak masak setiap hari.

Udang Dan Sotong

1. Masih sama, potong dan bersihkan siap-siap. Letak dalam bekas, tutup kemas-kemas dan simpan. Keluarkan plastik dan bekas mana yang nak masak saja.

Ayam

Basuh bersih-bersih dulu dan letak dalam bekas. Simpan, siap. Nak masak kau rendam sekali bekas. Jangan rendam isi saja ya, nanti dagingnya dah rasa kurang sedap.

 

 

Published by
Nadia