Tentu ada segelintir besan yang kalau nak cari menantu, mestilah syaratnya bakal menantu itu ada kerjaya yang stabil. Apalah hendak diharap dengan mereka yang belajar tinggi tapi balik kampung tanam sayur.
Bayangkan lelaki ini, graduan universiti, elok dah makan gaji di agensi kerajaan. Tiba-tiba ambil keputusan balik kampung, bertani di kampung.
Tidak kah keputusan sebegitu buatkan ahli keluarga susah hati. Tentu ada yang cakap-cakap susah nak dibuat menantu.
Tapi itulah tekad lelaki ini, Azizul Julirn yang menjadikan bapa sebagai inspirasi. Itulah idola nya yang menguatkan tekadnya.
Bapa Ku Inspirasi Ku
Bapa saya seorang petani. Seluruh hidupnya sejak tamat sekolah darjah 6 adalah bertani sepenuh masa. Rezeki bertani inilah dibuat biaya kami 4 beranak dan belanja kami 2 beradik belajar sampai habis universiti.
Tahun 2015, Daerah Ranau dilanda gempa bumi. Bapa saya antara petani yang terjejas teruk. Sumber air utama ke kebun telah musnah dihanyutkan kepala air pasca gempa tadi.
Tahun yang sama, saya ambil keputusan berhenti kerja makan gaji di agensi kerajaan dan balik kampung mau jadi usahawan tani, bapa saya nda larang dan nda juga sokong. Diam saja.
Ads
Ya begitulah kebanyakan bapa-bapa pun. Kerisauan itu tetap ada sebab kerjaya petani pada 6 tahun lepas adalah sangat nda trendy bahkan dianggap pekerjaan kelas bawahan.
Pendapatan bertani ni nda tetap, main selut, pegang cangkul, berpanas berhujan dan lain-lain. Apatah lagi kalau graduan universiti. Belajar tinggi-tinggi, balik kampung tanam sayur. Siapa mau kasi jadi menantu kalau begitu? Huh!
Tapi saya tetap percaya, dengan usaha keras dan sikap yang betul, rezeki berbudi pada tanah itu sentiasa ada sebab depan mata saya ada bukti yang hidup, itulah bapa saya.
Tahun 2016 saya mulakan Kundasang Aquafarm. Daripada skala eksperimen di IPMB, UMS sehinggalah ke skala komersial di Mesilou, Kundasang. Ramai pihak yang terlibat dalam proses menjayakannya.
Agensi-agensi kerajaan, keluarga, para guru dan mentor, rakan-rakan seperjuangan dalam keusahawanan dan lain-lain.
Ads
Namun, penyokong No.1 saya tatap bapa saya.
Beliaulah yang jadi chief engineer, arkitek, kontraktor, quality control, big bos dan jadi partner sparring antara kami berdua. Soal kerja, berselisih pendapat itu soal biasa.
Balik rumah, beliau tetap bapa saya.
Selepas 6 Tahun, Ini Kejayaan Yang Dikecapi
Alhamdulillah selepas 6 tahun, sekarang bapa saya sudah boleh pencen dan buat apa yang beliau suka.
Dan saya pula, mewarisi kerjaya bertani tersebut secara sepenuh masa disamping beberapa bidang perniagaan lain yang sedang saya bangunkan.
Ads
Kawan saya pernah cakap, orang dulu-dulu mungkin nda berpeluang sekolah tinggi-tinggi macam kita sekarang.
Dari segi ilmu, pengalaman, IQ, kemahiran, sikap dan ketekunan yang diorang miliki, jauh lebih hebat. Itulah yang saya nampak ada pada bapa saya, Daddy Joe.
PKP 3.0 lepas, kampung kami 2 kali kena PKPD. Maknanya sebulan nda boleh keluar dari kawasan kampung. Saya membawa diri tinggal di rumah kebun. Bapa saya pula buat apa?
Nah! Dalam gambar inilah antara kerja bapa saya masa PKPD. Beliau buat kebun hidroponik vertical di kawasan sekangkang gajah di halaman rumah kami. A to Z beliau bikin sendiri.
Sejak Julai lepas, ini pusingan tanaman yang ke 4. Belakang rumah pun ada lagi. Belum masuk lagi projek-projek DIY beliau yang lain.
Semoga bapa-bapa kita semua sentiasa diberikan kesihatan yang baik dan tenang menjalani kehidupan.
Isteri ‘hilang nyawa’ di tangan suami ketika ‘live’ di Facebook. Seorang lelaki nekad menikam isterinya hingga meninggal dunia. Gara-gara cemburu dengan isteri kerana sering menghubungi bekas suaminya.
Isteri ‘Hilang Nyawa’ Di Tangan Suami Ketika ‘Live’ Di Facebook
Lelaki yang dikenali sebagai Agus Herbin Tambun itu bertindak sedemikian ketika isterinya sedang ‘live’ di Facebook dan karaoke bersama keluarganya pada malam Sabtu lalu. Insiden itu turut disaksikan warganet yang menonton siaran langsung tersebut.
Mangsa, Hertalina Br Simanjuntak ditikam sebanyak lima kali oleh suaminya, Agus yang merupakan warga Desa Suka Damai Kecamatan Sei Bambam, Kabupaten Serdang Bedagai di Indonesia.
Menerusi klip video berdurasi 32 saat itu, ahli keluarga yang lain turut menjerit ketakutan apabila Agus yang datang dari arah belakang menikam isterinya secara tiba-tiba.
Pelaku bagaimanapun melarikan diri selepas insiden itu. Ahli keluarga mangsa kemudiannya membawa mangsa ke Rumah Sakit Chevani dan disahkan meninggal dunia.
Setelah laporan dibuat kepada polis, Agus berjaya diberkas pihak berkuasa dalam tempoh kurang 24 jam setelah dia bersembunyi di rumah saudaranya.
Siasatan awal mendapati suspek mengaku tindakan itu didorong oleh rasa sakit hati dan cemburu kerana Hertalina masih berbaik dengan bekas suaminya.
“Pisau yang dijadikan senjata adalah milik mangsa yang biasanya digunakan untuk memotong jeruk,” kata jurucakap polis.
“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pernah dengarkan tentang akupuntur. Ia salah satu kaedah perawatan yang membantu melancarkan peredaran darah dalam tubuh badan kita. Rupanya muka pun boleh buat akupuntur. Tengok saja wajah penyanyi Heliza Helmi ini. Berani sungguh si cantik manis ini.
Katanya, ini pengalaman pertama buat Heliza. Dia lakukannya bersama Hazwani Helmi. Walaupun baru kali pertama mencuba, hasilnya buat Heliza rasa seronok. Nak tahu sebabnya?
“First time kakja dan @hazwanihelmi buat akupuntur. Ya Allah, honest review rasa macam hati riang ria gumbira ntah camne nak cakap. Rasa pengaliran darah dalam badan berjalan dengan baik Alhamdulillah. Kalau ada bahagian sakit, memang dorang akan fokus kat bahagian sakit.
“Sekarang ni rasa tak sabar nak buat next appoiment. Jujur cakap korang kena try. Seriously sangat best macam nak nangis.”
Kita yang tengok akan rasa macam-macam nak tahu kan? Terutama bab, tak sakit ke dicucuk-cucuk jarum itu? Haa.. ini jawapan Heliza.
“Ok rasa dia untuk kakja Alhamdulillah tak sakit cuma masa cucuk tu rasa sikit la ala macam tercucuk peniti, gitu ja, in sha Allah boleh tahan punya.”
Macam-macam Boleh Buat Dengan Akupuntur Ni
Menurut Heliza Helmi lagi, dia lakukan rawatan akupuntur itu di Sensei Acupunture Beauty. Selain rawatan wajah, akupuntur juga boleh digunapakai untuk menggalakkan pertumbuhan rambut. Siapa yang ada masalah rambut gugur pun bagus untuk mencubanya.
Rawatan ini juga berguna untuk mereka yang selalu mengalami sakit kepala, pening dan masalah rabun. Yang lebih menarik, nak rawat masalah jerawat pun boleh. Namun, kaedahnya berbeza untuk setiap individu yang mana titik akupuntur yang akan dicucuk pada setiap pesakit itu berbeza.
Ahli terapi yang mempraktikkan rawatan ini juga seorang Muslimah dan lembut semasa menjalankan sesi rawatan ini. Menarikkan untuk dicuba.
Mulianya hati Atu Zero & Pusat Tarbiyah Al Muhajirin (kumpulan pengurusan jenazah) menawarkan khidmat secara percuma kepada penduduk setempat termasuk fakir miskin di Kudat.
Menurut Atukunjungannnya ke Pulau Banggi, Kudat, Sabah pada awalnya sekadar menziarahi penduduk tempatan dalam misi dakwah diketuai Nazzri Abdul atau dipanggil Imam Nazzri.
Menerusi lawatan tersebut Atu mula sedar wujudnya kelemahan dalam sistem pengurusan jenazah di pulau berkenaan.
Atu Zero & Pusat Tarbiyah Al Muhajirin Tawar khidmat Pengurusan Jenazah Percuma
Dengan niat baiknya itu Atu dan kumpulan pengurusan jenazahnya, Pusat Tarbiyah Al Muhajirin telah menawarkan khidmat secara percuma kepada penduduk setempat termasuk fakir miskin di Kudat.
Seperti mana yang dipetik meneri Berita Harian Online, Atu menerangkan niatnya pada awalnya untuk mendedahkan penduduk tempatan mengenai Islam dan mengajar membaca Al-Quran.
“Kalau mahu diimbas semula, pada kunjungan pertama ke Pulau Banggi, saya hanya berniat mendedahkan penduduk tempatan mengenai Islam dan mengajar membaca Al-Quran.
“Kami lihat kelemahan daripada segi pengurusan jenazah di pulau berkenaan yang dianggap antara kawasan terpencil di Sabah. Bapa saudara saya kemudian menasihatkan kami menawarkan khidmat pengurusan jenazah percuma sebagai saham akhirat.
“Kali pertama, kami menguruskan kes di mana jenazah dibawa dari Hospital Kudat ke perkampungan itu dengan menaiki bot. Jadi, proses pengurusan bermula dari darat hingga lautan di mana jenazah dikebumikan di Pulau Banggi,” ungkap Atu yang pada awalnya dirinya dan pasukan pengurusan jenazah melakukan kerja pengurusan jenazah secara kecil-kecilan.
Atu turut menerangkan inisiatif mereka pada awalnya hanya menggunakan sejumlah modal.
“Kita menawarkan khidmat ini secara percuma dengan menggunakan sejumlah modal. Namun, dana yang disumbangkan insan pemurah membantu kami. Bagaimanapun, ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1.0 tahun lalu, perkhidmatan itu dihentikan sementara.
“Ketika itu, saya dan isteri memberi tumpuan kepada kerja menghasilkan pakaian pelindung diri (PPE) bagi membantu kerajaan mengurangkan risiko penularan Covid-19 dalam komuniti,” terangnya yang turut berkongsi kisah mengenai van jenazah yang digunakan pernah rosak.
Niat Beli Caravan
Bagi memudahkan perkara murni ini, Atu juga berhasrat untuk membeli caravan yang lebih besar bagi mengurangkan kos penyelenggaraan van yang digunakan sekarang.
“Saya fikir caravan dilengkapi pelbagai kemudahan dan peralatan dapat mengatasi masalah pengurusan jenazah. Mana tahu, andai impian membeli kenderaan itu dipermudahkan, kami boleh luaskan perkhidmatan di luar daerah Kudat,” katanya.
Bagi menampung projeknya itu, isterinya menjual kek lapis di mana RM5 bagi setiap kotak terjual disalurkan bagi membiayai khidmat pengurusan jenazah di Kudat.
Atu bersama isteri dan anak-anaknya.
Sumber : Berita Harian Online
Sumber Foto : Instagram Atu Zero dan Instagram Shafeeqa Johari
Mingguan Wanita : Alhamdulillah, semoga Atu Zero dan rakan-rakannya dimurahkan rezeki untuk membantu golongan fakir miskin di Kudat.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!