‘Belajar Tinggi, Basuh Berak Budak’ Lelaki Ini Dedah Realiti Jadi Guru Tadika

Share

Sebelum anak-anak melangkah ke alam persekolahan, mereka belajar dulu dalam kelas taska, tadika mahupun pra sekolah. Guru tadika lah yang anak-anak ini kenal dulu.

Sayangnya, kata lelaki ini, Mohd Razli Jalil, tak semua orang memandang tinggi terhadap kerjaya pendidik dari kalangan guru-guru taska mahupun tadika.

Hakikatnya, inilah yang mak ayah perlu tahu apakah kebenaran yang berlaku pada seorang guru tadika.

Paling Seronok Tengok Anak-anak Menjadi

Belajar tinggi tinggi jadi cikgu Taska,Tadika dan prasekolah je, basuh berak budak

.”
Senang je jadi cikgu Pendidikan Awal Kanak-Kanak Ajar ABC, 123 je.
Jadi cikgu taska dan tadika senang je jaga budak budak.”

Mentaliti orang kita. Suka pandang rendah pada pendidik seperti kami sebagai seorang Cikgu Taska Dan Tadika sahaja.

Sebagaimana hebatnya panggilan cikgu itu, begitu jugalah hebat dan mencabarnya tugas sebagai seorang guru apatah lagi menjadi guru kepada anak-anak awal usia ini iaitu yang berumur antara bayi hingga 6 tahun.

Memang sungguh mencabar. Tapi itulah hakikatnya. Bidang pendidikan awal kanak-kanak ini memang menyeronokkan dan ada auranya sendiri. Paling indah dan paling seronok bila tengok anak-anak ini menjadi anak-anak yang baik dan berjaya dalam apa jua bidang mereka.

 

Apa Hebatnya Jadi Guru Tadika Ini

Meh kita tengok apa kehebatan cikgu tadika ini:

1. Bila pelajar menangis, pujuk dengan macam-macam cara.

2. Bila pelajar tak mahu bergerak, cikgu akan dukung walaupun badan mereka besar dari biasa.

3. Kadang-kadang ada pelajar yang terbuang air kecil atau besar dalam seluar semasa sesi pembelajaran, muntah lepas makan atau sebagainya, cikgu jugalah yang tolong basuhkan. Terutamanya Kelas Baby Rose.

4. Datang tak tahu baca, tulis dan kira, hujung tahun semua pandai macam-macam.

5. Latih anak kecil bersukan, ingat senang ke? kita suruh lari ke depan mereka lari ke belakang.

6. Mengajar membaca perlu masa, nak ajar bunyi satu huruf pun jenuh, inikan pula nak ajar mereka membaca buku.

Jadi walau apa pun orang cakap kami saja tahu apa tugas kami sebagai pendidik. Semoga terus tabah & teruskan perjuangan sebagai seorang pendidik.

MW : Sememangnya tak ramai di kalangan lelaki yang berani menceburi kerjaya guru pendidikan awal kanak-kanak. Jumlahnya boleh sangat dihitung jika dibanding perempuan. Usaha yang anak muda ini lakukan, sewajarnya perlu dipuji dan dihargai.

Sumber/Foto : Mohd Razli Jalil

Published by
Netty Ah Hiyer