Minum air pun ada caranya bukan main sebarang je. Sebab tu orang tua pesan jangan minum air selepas makan kerana akan menyebabkan perut buncit. Sebenarnya pantang larang ini adalah demi kebaikan kita. Namun paling penting perlu minum air secukupnya sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari serta pada waktu yang betul.Amalkan secara konsisten, insya-Allah kesihatan akan bertambah baik. Paling seronok, amalan minum air pada waktu yang tepat juga akan membuatkan kita tampak awet muda.
Sebaik sahaja bangun dari tidur, minum air suam 2 gelas. Minum secara perlahan-lahan, jangan tergopoh gapah. Amalan ini membantu mengaktifkan organ dalaman. Air liur basi yang bercampur dengan air juga membantu membersihkan tubuh kita secara semuajadi. Dalam air liur kita ada enzim yang membantu pencernaan.
Amalkan minum air suam atau air putih 1 gelas 30 minit sebelum makan. Ia membantu melancarkan proses penghadaman dan mengawal selera makan. Perut akan berasa kenyang dan membuatkan kita mengambil makanan dalam kuantiti yang sedikit.
Anda disarankan minum air 1 gelas sebelum mandi. Ia akan membantu menurunkan tekanan darah dan membuatkan kita berasa lebih relaks.
Jangan terus tidur sebaliknya amalkan minum air putih 1 gelas. Ia dikatakan dapat membantu mengelakkan serangan angin ahmar dan serangan jantung.
Selamat Mengamalkannya!