
Isi Kandungan
ToggleMinum air pun ada caranya bukan main sebarang je. Sebab tu orang tua pesan jangan minum air selepas makan kerana akan menyebabkan perut buncit. Sebenarnya pantang larang ini adalah demi kebaikan kita. Namun paling penting perlu minum air secukupnya sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari serta pada waktu yang betul.Amalkan secara konsisten, insya-Allah kesihatan akan bertambah baik. Paling seronok, amalan minum air pada waktu yang tepat juga akan membuatkan kita tampak awet muda.
Bangun Tidur
Sebaik sahaja bangun dari tidur, minum air suam 2 gelas. Minum secara perlahan-lahan, jangan tergopoh gapah. Amalan ini membantu mengaktifkan organ dalaman. Air liur basi yang bercampur dengan air juga membantu membersihkan tubuh kita secara semuajadi. Dalam air liur kita ada enzim yang membantu pencernaan.
30 Minit Sebelum Makan
Amalkan minum air suam atau air putih 1 gelas 30 minit sebelum makan. Ia membantu melancarkan proses penghadaman dan mengawal selera makan. Perut akan berasa kenyang dan membuatkan kita mengambil makanan dalam kuantiti yang sedikit.
Sebelum Mandi
Anda disarankan minum air 1 gelas sebelum mandi. Ia akan membantu menurunkan tekanan darah dan membuatkan kita berasa lebih relaks.

Sebelum Tidur
Jangan terus tidur sebaliknya amalkan minum air putih 1 gelas. Ia dikatakan dapat membantu mengelakkan serangan angin ahmar dan serangan jantung.
Selamat Mengamalkannya!
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Mak-Mak Yang Rancang Nak Ubahsuai Dapur, Boleh Cedok Konsep American Classic Milik Wanita Ini

Isi Kandungan
ToggleJika mak-mak ada perancangan nak ubahsuai dapur tu, bolehlah cedok idea dapur berkonsep American Classic milik wanita ini sebagai rujukan dan sumber inspirasi.Memang cantik, menawan dan praktikal ruang dapurnya. Menurut wanita ini rujukan majalah dekorasi kediaman dan hiasan dalaman dari dalam dan luar negara, sering menjadi inspirasinya dalam merencana ruang dapur. Namun, hasil perbincangan bersama pereka, rekaan dapur berkonsep American Classic menjadi impian pemilik pasangan Ahmad Rizal dan Norzaini Rose ini.
Kemasan Kayu Nyatoh Jadi Pilihan
Pemilihan kemasan pintu kabinet memainkan peranan utama dalam menyerlahkan sesuatu konsep dan rekaan kabinet. Keteguhan kemasan kayu menyuntik nilai estetika, memberi elemen malar segar, semula jadi dan bergaya pada ruang dapur. Atas faktor-faktor ini pemilik setia dengan kemasan kayu berbanding kemasan moden seperti 3g, aluminium, melamine dan sebagainya.
“Saya sememangnya gemarkan kemasan kayu kerana ia kena dengan jiwa kami. Konsep ini tampak lebih ringkas berbanding gaya English Classic yang penuh dengan perincian dan detail. Manakala penggunaan solid wood pula menyerlahkan lagi keanggunan kabinet because its timeless beauty, grace and evergreen,”jelas wanita ini membuka bicara.
Peranan Kewujudan Bench Seat
Merealisasikan kaunter pulau dan kaunter semenanjung pada kawasan yang sama memerlukan ruang yang luas, peletakan yang efisien dan tepat agar ruang dapur tidak kelihatan sempit. Pemilik mahukan kedua-dua kaunter ini untuk melakukan kerja di dapur ketika berkumpul bersama keluarga besar. Penambahan tempat duduk juga diperlukan bagi memenuhi keperluan ini.
Pereka merealisasikan impian pemilik menjadikan penyusunan kaunter ini diatur sempurna. Olahan ruang yang terhad dengan meletakkan penambahan bench pada kaunter pulau bukan sahaja sekadar menyediakan tempat duduk tambahan malahan pelengkap gaya di ruang dapur. Menariknya, pada bahagian bawah bench seats juga dilengkapi dengan ruang storan tambahan, ini secara tidak langsung mewujudkan lebih banyak ruang penyimpanan.
“Saya memiliki adik-beradik yang ramai, oleh itu kami memerlukan ruang kerja di kaunter dan tempat duduk tambahan ketika kami berkumpul di dapur. Idea daripada Reno Concept agar mewujudkan bench, mampu menempatkan tempat duduk tambahan untuk dijadikan sitting area ketika berada di kaunter pulau ini. Bukan itu sahaja, bahagian bawah bench ini juga turut dilengkapi kabinet bagi menyimpan pelbagai barangan,”ujar Rose sambil tersenyum.
Penekanan Dapur Ergonomik
Perkara lain yang turut diberi perhatian di dapur ini ialah aspek ergonomik di dapur. Memandangkan pemilik bertubuh kecil molek, paras ketinggian ruang kaunter top pada kabinet dapur dibina sedikit rendah iaitu 3kaki 2 inci berbanding saiz standard bagi kaunter top. Ia dibuat khas bagi memberi lebih keselesaan pada pemilik ketika melakukan kerja-kerja di dapur.
Begitu juga dengan ketinggian kabinet yang tidak dibina secara berketinggian penuh atau full height cabinet. Ia bagi memudahkan carian dan capaian barang tanpa perlu memanjat tinggi. Penyusunan kabinet, peletakan perkakas dan barangan juga diatur sempurna bagi mendapatkan segi tiga kerja yang ergonomik dengan aliran kerja semulajadi dan mudah dicapai.
“Saya mementingkan ciri ergonomik di dapur. Seperti paras ketinggian kaunter top mengikut keselesaan saya ketika melakukan kerja di dapur. Begitu juga penekanan zon kerja segi tiga dapur atau Kitchen Work Triangle, pendekatan ini dapat membantu kita untuk membentuk dapur yang cekap dan mudah guna,”jelas Rose.
Selain itu, pemilihan aksesori dapur juga sentiasa dititikberatkan agar kerja dapur berjalan dengan mudah dan praktikal. Rekaan dapur yang efisien ini dilengkapi dengan sistem soft close pada kesemua laci, selain dish rack, bottle rack, cutlery tray ,pull out baskets, dan drawers bagi menambah lagi kesempurnaan pada binaan kabinet ini.
Dapur Basah Keluasan Terhad
Menjengah ke dapur basah pemilik, rona lemon chiffon melatari kemasan utama pada kabinet dapur. Rona dan aura semula jadi kayu yang dijelmakan, secara tidak langsung membangkitkan rasa damai dan tenang yang menambah pesona ruang dapur. Memiliki saiz keluarga yang kecil, menjadikan pemilik lebih menekankan fungsi dan peranan sesuatu ruang yang digunakan. Meskipun ruang dapur basah ini hanya berkeluasan 50 kaki persegi, namun bagi pemilik ia praktikal untuk kegunaan harian, tanpa perlu ditambah keluasan ruang dapur.

“ Meskipun keluasan bagi dapur basah ini agak terhad, namun ia memadai untuk kegunaan harian bagi kami sekeluarga, apatah lagi kami memiliki saiz keluarga yang kecil. Namun begitu, jika ingin mengadakan kenduri mahupun saudara mara datang berkunjung dan memerlukan ruang memasak yang luas, kawasan Bbq pit di luar rumah boleh digunakan,” tambah Rizal.
Perkara yang turut mencuri tumpuan ialah kepelbagaian pemilihan jubin yang menawan di ruang dapur ini. Pemilik bijak mencari, memilih dan memadankan jubin-jubin yang bersesuaian dengan ruang yang ada. Ruangan backsplash dapur ini terdiri daripada kemasan glass mosaic bercorak pada dapur kering mahupun berwarna earth tone pada dapur basah berjaya menjadi titik fokal yang mampu menyerikan lagi ruang dapur. Paten Subway tiles rona putih dipasang pada sisi dinding, secara tidak langsung menyeimbangkan keluasan pada dapur basah.
Rekaan dapur yang hebat ini jelas menggambarkan cita rasa dan gaya hidup pemilik. Bait tutur kata pemilik yang juga bertugas sebagai seorang pegawai perubatan ini, cukup yakin dengan apa yang diinginkan. Baginya dapur seharusnya menjadi keutamaan di dalam rumah, mewujudkan ruang sosial keluarga dan yang paling penting ia harus lah praktikal untuk kegunaan seharian.
“Kitchen should be the centre of the house, a place for social interaction among family member and yet practical for being use everyday,” jelas Dr Rose mengakhiri perbualan.
PEMILIK: Ahmad Rizal & Dr Norzaini Rose
INFO DAPUR
PEREKA: Reno Concept
JENIS KEDIAMAN: Banglo
MATERIAL KABINET DAPUR BASAH: Solid Nyatoh
MATERIAL KABINET DAPUR KERING: Solid Nyatoh
MATERIAL KAUNTER TOP DAPUR BASAH: Concrete
MATERIAL KAUNTER TOP DAPUR KERING: Quartz Stone
JENIS LANTAI: Jubin & Laminate wood
KELUASAN DAPUR: 220 kaki persegi(Dapur Kering)
50 kaki persegi (Dapur Basah)
Foto:Mohd Azahari Salleh
Sumber: Dapur Impiana
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bunyi Dentuman Kuat Di Belakang Restoran, Bayi Baru Lahir Terselamat Selepas Dicampak Dari Tingkat Dua!

Isi Kandungan
ToggleAllahu inilah dikatakan satu keajaiban. Jika takdirkan ajal belum tertulis, maut masih belum datang menjemput. Fizikal bayi yang baru dilahirkan sewajarnya memiliki tubuh yang masih kecil dan lemah, namun ditemui masih bernyawa meskipun dicampak dari tempat yang tinggi.
Seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan ditemui selamat selepas dicampak dari tingkat dua sebuah bangunan di Jalan Hentian 4, berhampiran Hentian Bas Kajang, Kajang, semalam. Bagaimanapun, dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, bayi yang dicampak tersebut terjatuh di atas jalan raya sebelum diselamatkan orang awam.Difahamkan, bayi itu terselamat dan masih bernyawa meskipun cedera di bahagian kepala.
Wanita Indonesia Ditahan
Susulan kejadian ini seorang wanita warga Indonesia ditahan selepas dipercayai mencampak bayi lelakinya yang baru dilahirkan dari tingkat dua sebuah bangunan di Hentian Kajang, di Kajang, semalam.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang Superintendan Mohd Sabri Abdullah berkata, hasil risikan dan maklumat, pihaknya menahan wanita warga Indonesia berusia 20-an di perkarangan Hospital Kajang, 11.30 malam tadi.
“Permohonan reman terhadap suspek dibuat di Hospital Kajang, pagi ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana membuang bayi,” katanya.
Sementara itu, Mohd Sabri berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 5.32 petang.
Bunyi Dentuman Kuat
“Siasatan awal mendapati pemilik sebuah restoran di kawasan berkenaan menemui bayi terbabit kira-kira jam 5 petang.
“Sebelum itu, dia mendakwa terdengar bunyi dentuman kuat di belakang restoran berkenaan ketika berada di dapur premis itu sebelum bergegas ke lokasi terbabit.
“Lelaki itu kemudian menemui bayi lelaki dalam kedaaan bogel tetapi masih hidup, di atas tanah,” katanya.
Beliau berkata, pemilik restoran berkenaan kemudian membalut bayi itu dengan kain dan membawanya ke klinik berhampiran.

Mengucap panjang, bila baca berita pembuangan bayi sebegini. Berulang kali diingatkan bayi ini tidak berdosa dan turut mempunyai nyawa.Jangan dibuang mahupun dibunuh sesuka hati, bagaikan tidak punya hati dan perasaan.
Sumber: hmetro
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Baju Sekolah Anak Kotor, Ini Tip Hilangkan Kotoran Degil Pada Pakaian Paling Berkesan

Isi Kandungan
ToggleBaju sekolah kain putih memang susah nak jaga apatah lagi untuk kekalkan ‘keputihannya’ lebih-lebih lagi baju sekolah anak-anak yang tengah lasak dan aktif. Memang kena ada extra baju sebab setiap hari perlu ditukar ganti.
Tetapi kali ini mak-mak boleh hilangkan kotoran degil pada pakaian dengan cara guna sabun mandi ketul saja.
Cuci Baju Kotor Dengan Sabun
Siapa sangka sabun jenama paling murah ni berkesan untuk menghilangkan kotoran degil‼️
Tak perlu lagi guna clorox nak hilangkan kotoran degil. Dah la mahal, menghakis dan menipiskan kain pula tu.
Dengan kos serendah rm2.70 sahaja, untuk satu set buku sabun fruit tale mak-mak boleh parut sabun tu dan simpan dalam bekas. InsyaAllah tahan seminggu-dua.

Boleh hilangkan kotoran pada baju sekolah, kasut sekolah, baju kemeja tanpa perlu disental. Kotoran degil hilang serta merta.
Cara-cara:
1. Wajib guna sabun fruit tale.
2. Parut dulu sabun fruit tale dan simpan dalam bekas. Supaya lebih jimat.
3. Tuang air panas dalam besen.
4. Letak serbuk fruit tale dalam besen.
5. Biarkan hingga larut. Guna sudu kayu nak larutkan.
6. Rendam baju dalam besen tdi semalaman.
7. Tengok hasil tak perlu sental. Kotoran degil hilang selepas bilas.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI