Bantuan dan pertolongan kepada orang lain tak semestinya dengan wang ringgit. Tak kira apa juga jenis ‘pertolongan’ asalkan ia dapat ‘mempermudahkan’ urusan orang lain, cukup besar maknanya dan semoga ia juga menjadi salah satu asbab kita masuk ke dalam syurga hendaknya.Malah percayalah, apabila kita ‘mempermudahkan’ urusan orang lain, nescaya kelak tuhan akan mempermudahkan urusan kita pula nanti.
Perkongsian daripada Cikgu Muhammad Yusof ini boleh dijadikan panduan buat kita.
Masa saya tengah angkat beras masa tu, ada sorang pak cik datang kat saya. “Banyak lagi ke dik beras?”. Saya ingat dia nak beras. Saya pun bagi dia satu beg beras dan barang dapur.
“Eh bukan dik. Pak cik tak nak. Pak cik tengok adik dok angkut beras banyak ni pak ingat nak tolong angkat sekali. Adik ada buat bantuan ya? Pak cik nak bagi duit pak cik tak mampu, tapi kalau tolong adik sikit-sikit ni bolehlah..”.
Mempermudahkan Urusan Orang Lain
Allah, Allah pak cik ni buat saya terharu petang tadi.Disaat ada dikalangan kita yang terkesan, kita kena belajar ‘mempermudahkan’ urusan orang lain, macam yang pak cik ni buat.
Kalau kita jadi suami, kita ‘permudahkanlah’ segala urusan isteri dan keluarga kita.
Jika kita jadi isteri, kita usahalah untuk ‘permudahkan’ urusan suami dan anak-anak kita.
Jika kita jadi kakak atau abang, kita ‘permudahkanlah’ urusan adik-adik kita yang mungkin tengah struggle.
Kalau kita jadi bos, kita ‘permudahkanlah’ urusan pekerja-pekerja bawah kita.
Kalau kita jadi cikgu, kita ‘permudahkanlah’ urusan anak-anak murid kita. Bantu mereka apa yang patut kalau mereka keluarga orang susah.
Kalau kita jadi orang kaya, kita ‘permudahkanlah’ urusan kita untuk bantu orang miskin yang memerlukan.
Kalau kita ada rezeki lebih sikit, kita ‘permudahkanlah’ untuk bantu beli barang-barang kat mak cik, pak cik pasar malam atau mana-mana peniaga tepi jalan.
Kalau kita order food panda atau grab food, kita ‘permudahkanlah’ urusan mereka dan berilah mereka tips sikit.
Kalau kita jadi seorang jiran, kita ‘permudahkanlah’ bantuan kepada jiran-jiran setempat yang memerlukan.
Pendek kata, tak kira siapa pun kita, cubalah untuk ‘mempermudahkan’ segala urusan orang lain. Kelak satu masa nanti Tuhan akan ‘mempermudahkan’ urusan kita bila kita sempit, InsyaAllah.
Sebelum saya balik, pak cik tadi datang ketuk pintu kereta saya. ‘Dik, pak cik tak tau nak sedekah apa. Ni pak cik ada air bersih banyak dalam kereta. Adik gunalah buat basuh tangan ke apa ke ye..’
Saya tak terkata apa. Terharu saya. Moga Syurga buatmu pak cik.
p/s: sharelah ye kalau status ni bermanfaat. Moga kita semua dimasukkan ke dalam Syurga asbab mempermudahkan urusan orang lain. Doakanlah saya Muhammad Yusof termasuk dalam golongan ini.
p/s/s: ni saya sertakan botol air paip yang pak cik ni bagi kat saya. Nanti ada orang kata saya reka cerita pulak.
Baca Lagi Di Sini:
‘Isteri Jenis Apa Kamu Ni, Suami Kena Basuh Pinggan..’ Terkejut Ditegur Saudara Jauh
Bila Tengok Orang Struggle Besarkan Anak, Jangan Mengata! Tapi Ringankan Tulang Membantu
Mingguan Wanita: Memang ada benarnya sebolehnya, belajarlah mempermudahkanlah urusan orang lain walau apa juga caranya. Kita tak tahu amalan yang manakah diterima. Mudahan-mudahan ia menjadi salah satu asbab kita masuk ke dalam syurga nanti.
Sumber: Muhammad Yusof
Follow kami di :
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI