Demi rumahtangga, isteri sanggup berkorban apa saja untuk kesenangan dan kebahagiaan. Kadang-kadang sakit hati itu hanya Tuhan yang tahu. Dia memilih untuk berdiam diri.
Namun, setakat manalah isteri mampu bertahan. Sekali kesilapan mampu dimaafkan demi rumahtangga dan keluarga. Tapi kalau berlaku berkali-kali, itu kesilapan yang memang di cari.
Maafkan diri sendiri dulu, mungkin ada kesalahan yang kita lakukan tanpa sedar sehingga menjurus untuk pasangan cari lain atau ‘beralih arah’. Demi rumahtangga, pasangan sanggup pejam mata dan melupakan apa yang telah berlaku.
Setakat bertikam lidah atau tidak bersependapat, itu perkara biasa dalam rumahtangga. Perkataan maaf inilah yang meleraikan dan melembutkan hati pasangan. Tapi, jangan sesekali curang, ia boleh dimaafkan, namun ia menyakitkan untuk dilupai.
Puan Diyana Tahir, Pakar Perhubungan & Keintiman, Ehati International Sdn Bhd ini turut berkongsi pendapat perkara ini demi rumahtangga yang dibina berkekalan.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Usah Berdendam, Jadilah Pemaaf & Beri Peluang Sebab Kita Bukanlah SEMPURNA
Demi Rumahtangga, ‘Maaf’ Mampu Rendahkan Ego Suami Isteri Tapi Belum Tentu Dapat Dilupakan
Info Lebih Menarik lagi DI SINI
BELAJAR MEMAAFKAN DIRI DEMI BAHAGIA RUMAHTANGGA
Ungkapan maaf ini memang mudah untuk kita sebut namun adakah memberi maaf dengan hati yang tulus dan penuh ikhlas itu juga mudah? . Pasti ramai yang rasa maaf ini tidak semudah mengungakpkan kata maaf apatah lagi selepas diri disakiti.
Pasti hati rasa teraniaya dan terseksa zahir batin. Banyak pendapat mengatakan dengan memaafkan orang-orang yang menyakiti kita akan buat kita mudah nak move on. Tapi sejauh manakah pendapat ini benar? Mungkin anda pernah guna atau dengar ungkapan ni,
“Saya maafkan awak tapi saya tak akan lupa semua ni”. Bukan setakat ungkapan tu je, malah ada yang berkata “saya maafkan awak tapi saya tak akan berjumpa awak lagi sampai mati”.
Kesemua lafaz maaf ini menunjukkan anda masih belum move on sepenuhnya dan hati anda tu masih belum sembuh daripada kesakitan yang anda lalui.
Melihat dari aspek perkahwinan kemaafan adalah perkara penting untuk memastikan hubungan suami isteri boleh bertahan lama. Memang tak dapat nak dinafikan rumahtangga pasti akan diuji dengan pelbagai cabaran. Tapi, apa yang membezakan anda dan pasangan lain di luar sana adalah bila anda mampu memaafkan dan berusaha untuk meneruskan hubungan anda.
Bagi sesetengah pasangan, memaafkan perkara-perkara kecil memang mudah tapi bila diuji dengan kehadiran orang ketigasama ada skandal atau madu, mereka jadi sukar nak memaafkan.
Perbuatan curang adalah perkara yang tak seharusnya dilakukan oleh pasangan mereka kerana itu melibatkan pengkhianatan cinta. Jadi, perkongsian kali ini saya nak share kepada anda tentang kemaafan di dalam hubungan yang diuji dengan kesilapan pasangan curang.
Perkara pertama yang perlu anda lakukan sekiranya berdepan krisis pasangan curang adalah segera kembali kepada diri anda sendiri. Elakkan terus-menerus menyalahkan dan meroyan pada pasangan anda.
Kepada anda yang rasa terhina, tak disayangi, rasa tak dihargai ketika berdepan dilema ini, tanya kepada diri anda. Adakah anda benar-benar sayang kepada diri anda? Lihat semula pada tindakan anda adakah anda bertindak menyalahkan diri sendiri, mengutuk dan khianati diri anda sendiri?
Jika ini yang anda lalukan sejujurnya anda sedang membenci diri anda sendiri tanpa sedari anda sebenarnya insan yang mengkhianati diri sendiri kerana orang-orang seperti ini adalah orang yang tak tahu nak break the pattern dan keluar daripada belenggu masalah.
Sebagai contoh, “Saya ni tak cantik, mungkin sebab tu suami cari lain. Ke saya ni memang tak layak untuk disayangi? Tapi kenapa suami buat saya macam ni?”
Kata-kata sebegini menunjukkan tanda anda sebenarnya sedang menganiaya diri anda. Anda mengkhianati diri dengan mengizinkan diri untuk terus berada di dalam situasi sakit dan kecewa.
Bagaimanapun, disebabkan tak ada ilmu, anda tak tahu apa yang perlu dilakukan terlebih dahulu ketika berada di dalam situasi sebegini. Jangan terlalu buta dek kerana cinta, anda abaikan diri sendiri. Anda harus belajar bagaimana nak mencintai diri anda sendiri lebih daripada cinta anda terhadap pasangan. Perkara inilah yang akan menentukan kebahagiaan anda. Jangan sampai dicurangi, dikhianati, anda masih nak mencintai pasangan anda berlebihan sehingga lupa tentang diri anda.
Anda perlu belajar untuk buat terapi hati dan dari situ anda akan belajar untuk memaafkan diri anda terlebih dahulu. Izinkan diri untuk capai bahagia dengan membela diri anda sendiri.
Kalau bukan anda yang nak membela diri anda, siapa lagi? Bila anda dah tahu bagaimana nak sayangi diri anda, anda boleh mula untuk memaafkan sesiapa sahaja yang telah membuatkan anda rasa teraniaya atau tak dihargai.
Perkara utama untuk hadirkan kemaafan adalah dengan berdamai dengan kesilapan Memang dah lumrah setiap manusia ni mempunyai hati untuk memaafkan. Tapi, tak semua mampu untuk hadirkan kemaafan di dalam diri. Lagi-lagi bila sedang dilanda masalah yang tak nampak penghujungnya.
Bagi pasangan suami isteri, semestinya mereka mahukan kedamaian setelah berbalah. Tapi, bagaimana caranya nak betul-betul memaafkan suami yang menganiayai anda? Apa yang isteri harus lakukan untuk berdamai dengan kesilapan suami dan menjemput bahagia kembali?
Untuk hadirkan kemaafaan, perkara penting yang harus anda take note adalah untuk anda memaafkan diri anda terlebih dahulu.Maafkan segala tindakan anda yang mungkin tidak benar-benar menyayangi dan menghargai dirianda sendiri. Kegagalan memaafkan diri sendiri ini adalah punca utama anda tak boleh nak maafkan orang lain. 6 Sejujurnya, memaafkan memang susah tambahan pula bila yang kita nak maafkan tu adalah orang lain. Tapi percayalah, apabila anda belajar untuk memaafkan diri anda dahulu, secara tak langsung anda juga mampu untuk memaafkan orang lain.
Sebenarnya, orang yang tak boleh memaafkan diri sendiri adalah orang yang masih berada di dalam state of denial. Anda terlampau sibuk menyalahkan pasangan anda sehingga anda tak nampak pun salah anda. Fokus anda terletak kepada kesalahan suami sehingga anda rasa kesalahan anda di dalam hubungan tu tak sebesar kesalahan suami. Anda mungkin merasakan tak mengapa untuk anda fokus kepada salah suami. Anda rasa anda boleh buat macam tu sebab suami sendiri yang buat anda macam tu. Inilah yang dimaksudkan dengan state of denial.
Elak diri anda daripada terus berada di dalam state of denial. Penting sangat untuk anda akui kesilapan-kesilapan yang anda lakukan dan maafkan diri anda. Setiap perbalahan yang berlaku antara anda dan suami mesti berpunca daripada satu perkara. Tak semestinya punca itu hanya kerana suami, mungkin sebahagian daripadanya datang daripada anda juga. Jadi, dengan memaafkan diri anda terlebih dahulu, anda boleh menjadi lebih aware tentang kesilapan anda dan suami.
Setiap kali selepas timbulnya konflik, anda mesti akan cerminkan kembali di mana silapnya dan dari situlah anda boleh belajar daripada kesilapan anda. Apa yang anda pelajari itulah yang akan membantu anda untuk mula memaafkan diri.
Dalam proses belajar daripada kesilapan ni, rasa bersalah akan timbul. Untuk hilangkan rasa bersalah tu, lihat kepada perkara positif. Anda boleh fikirkan apa yang baik untuk anda pada saat ini dan apa kebaikannya terhadap diri anda. Sebenarnya, rasa bersalah itulah yang membawa anda ke arah kebaikan dan menyebabkan anda rasa anda nak ubah diri anda.
Orang yang tak pernah berdepan dengan konflik selalunya akan rasa sukar untuk memahami dan sentiasa rasakan mereka betul. Kesilapan ini lah yang akan mengajar anda apa yang betul dan apa yang salah terutamanya bagi anda dan pasangan. Kesilapan sebenarnya adalah pengalaman. Anda boleh tahu apa yang benar-benar betul dan dari situ anda boleh mula untuk memaafkan diri anda.
Mingguan Wanita : Jangan ingat kesalahan pasangan semata-mata, tapi tilik diri dulu, mungkin kita pernah buat kesalahan tanpa sedar.
Bangkit Wanita Mingguan Wanita
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita