Belajar Dari Rumah Tak Sama Seperti Di Sekolah, TAPI Apakah Pilihan Yang Ada?

Share

Penularan Covid-19 yang tidak berpenghujung memaksa kita untuk menjalani rutin hidup dalam norma baharu. Mahu atau tidak, kita terpaksa menurut demi kepentingan bersama.

Jika dahulu kita bebas ke masa saja, beramai-ramai dalam satu kenderaan kini segalanya tersekat. Begitu juga dengan pendidikan anak-anak bermula daripada tadika hinggalah ke institut pengajian tinggi segalanya mengikut norma baharu.

Disebabkan situasi ini, anak-anak rata-ratanya perlu inisiatif belajar secara online dari rumah. Tidak dinafikan kesan belajar dari rumah tak sama dengan belajar di sekolah, tapi apakah pilihan yang kita ada buat masa sekarang?

Ikuti perkongsian Cikgu Nora Markom ini dan hadam baik-baik ya:

Belajar dari rumah bukan perkara mudah.

Ya, satu norma baharu yang perlu dibiasakan lantaran pandemik Covid-19.

Memang semua orang terkejut. Bukan saja anak-anak dan ibu bapa, malahan cikgu-cikgu pun sama.

Apabila ada pihak yang melabelkan cikgu sebagai jenis A, B dan C, jangan lupa yang anak-anak dan ibu bapa begitu juga. Ada banyak jenisnya. Bukan sekadar tiga kategori, mungkin ada lebih banyak lagi.

Walau bagaimanapun, tidaklah menjadi hasrat saya untuk menyenaraikan label tersebut. Kalau nak dibuat, memang boleh jadi panjang berjela tentunya.

Baca Juga Di sini:

Risaukan Anak-Anak Kecil Terdedah Covid-19, Adira Lebih Rela Duduk Saja Di Rumah   

SEDIH Tiada Peluang Keluarga MELIHAT Jenazah Pesakit Covid-19, HANYA Minta Petugas Merakam Gambar

Untuk info lebih menarik, klik saja di sini. 

 

Tiada Pilihan, Ikutkan Saja

Benda boleh cipta, buat sajalah.

Ibu bapa juga perlu tahu bahawa konsep belajar dari rumah bukan sekadar kelas dalam talian. KPM menggariskan panduan bahawa sesi pembelajaran dan pengajaran boleh dilaksanakan secara dalam talian, luar talian atau secara ‘off-set’.

1. Pembelajaran secara dalam talian berlaku apabila terdapat capaian Internet dan penggunaan peranti yang membolehkan murid belajar secara ‘real time’. Media sosial, Youtube, aplikasi Google Meet atau Microsoft Teams boleh digunakan untuk cara ini.

2. Pembelajaran secara luar talian berlaku apabila murid belajar menggunakan peranti seperti komputer, komputer riba, tablet atau telefon pintar tanpa capaian Internet. Penggunaan buku teks atau bahan pembelajaran yang lain juga termasuk dalam kategori ini.

3. Pembelajaran secara ‘off-site’ pula melibatkan aktiviti pembelajaran yang berlaku di pusat komuniti atau di mana-mana saja premis yang diisytiharkan sebagai pusat pemindahan sementara akibat bencana alam atau wabak.

Boleh dapatkan dan baca manual PdPR yang dikeluarkan oleh KPM di sini: https://www.moe.gov.my/…/manual-pdp…/3727-manual-pdpdr
Cikgu boleh memilih medium yang paling sesuai dengan kepelbagaian latar belakang anak muridnya.

Belajar Dari Rumah, Pilih Medium Yang Sesuai

Tak semua ibu bapa mampu menyediakan kemudahan Internet di rumah. Tak semua murid mempunyai laptop atau telefon pintar untuk belajar.

Cikgu juga manusia biasa. Ada kekangan masing-masing. Kadang-kadang masalah capaian Internet sangat mengganggu.

Apatah lagi jika ada anak kecil di rumah. Cabaran besar untuk mengendalikan kelas dalam talian.

Maka, pandai-pandailah pihak guru dan ibu bapa membantu anak murid masing-masing.

Kesan Belajar Di Rumah Tak Sama Di Sekolah

Tidak dapat dinafikan bahawa kesan belajar dari rumah tak sama dengan kesan belajar di sekolah.

Tetapi, apakah lagi pilihan yang kita ada? Lebih baik ada sesuatu daripada tiada langsung. Tiada rotan, akar pun berguna.

Dalam situasi begini, semua pihak perlu berganding bahu. Saling menyokong dan saling membantu. Bukan saling menuding jari menyalahkan mana-mana pihak. Yang penting, usaha penambahbaikan sentiasa dilakukan.

Saya percaya pasti semua orang mahukan hasil yang positif.
Tak mudah tapi kita usaha juga buat.

Sama-samalah kita menjayakannya!

#cuitbahasa
saling menyokong
sokong-menyokong
saling sokong-menyokong
Internet
internet

MW: Ini bukan masanya kita menuding jari, siapa salah dan siapa betul. Masing-masing telah berusaha yang terbaik sama ada daripada pihak guru, mak ayah atau pelajar itu sendiri. Kita perlu saling menyokong agar segala usaha mencapai kejayaan yang diinginkan.

Sumber: Cikgu Nora Markom

Published by
Nur Syazwani Mehat