Bulan puasa sangatlah digalakkan untuk melakukan amal ibadat dan dijanjikan pahala yang berlipat kali ganda. Salah satunya dengan membaca Alquran. Namun demikian, baca Al-Quran juga memerlukan cara bacaan dan tajwid yang betul. Salah satu yang perlu diberi perhatian ialah cara bacaan yang tepat bila sesuatu bacaan dimulakan dengan hamzah wasol.
Memandangkan puasa dah nak dekat, jom belajar balik cara bacaan bila ada hamzah wasol di depan.
Siapa tahu macam mana cara bacaan untuk ayat 31 surah Attaubah ni?
A. Attakhazu
B. Ittakhazu
C. Uttakhazu
Jawapannya B, penerangan dibawah baca ya refresh pengetahuan
Pesanan Awal : Sila baca dengan tenang & jangan stress untuk faham.
1️. Jika dimulakan kalimah dengan adanya ال dihadapan, maka mulakan bacaan dengan baris atas.
Contoh :
(ٱلۡیَوۡمَ نَخۡتِمُ عَلَىٰۤ أَفۡوَ ٰهِهِمۡ وَتُكَلِّمُنَاۤ أَیۡدِیهِمۡ وَتَشۡهَدُ أَرۡجُلُهُم بِمَا كَانُوا۟ یَكۡسِبُونَ)
[Surah Ya-Seen : 65]
Contoh bacaan : Al-Yauma
Jika kalimah tidak dimulakan dengan ال, maka kita perlu guna kaedah melihat kepada baris yang terletak pada huruf ketiga. Ada 3 bentuk ;
2️. Jika huruf ketiga berbaris depan, maka bacaan perlu dimulakan dengan baris depan.
Contoh :
(ٱقۡتُلُوا۟ یُوسُفَ أَوِ ٱطۡرَحُوهُ أَرۡضࣰا یَخۡلُ لَكُمۡ وَجۡهُ أَبِیكُمۡ وَتَكُونُوا۟ مِنۢ بَعۡدِهِۦ قَوۡمࣰا صَـٰلِحِینَ)
[Surah Yusuf : 9]
Cara bacaan : Uqtuluu
3️. Jika huruf ketiga berbaris bawah, maka bacaan perlu dimulakan dengan baris bawah.
Contoh :
(ٱنفِرُوا۟ خِفَافࣰا وَثِقَالࣰا وَجَـٰهِدُوا۟ بِأَمۡوَ ٰلِكُمۡ وَأَنفُسِكُمۡ فِی سَبِیلِ ٱللَّهِۚ ذَ ٰلِكُمۡ خَیۡرࣱ لَّكُمۡ إِن كُنتُمۡ تَعۡلَمُونَ)
[Surah At-Tawbah : 41]
Cara bacaan : Infiruu
4️. Jika huruf ketiga berbaris atas, maka bacaan perlu dimulakan dengan baris bawah.
Contoh :
(ٱصۡلَوۡهَا ٱلۡیَوۡمَ بِمَا كُنتُمۡ تَكۡفُرُونَ)
[Surah Ya-Seen : 64]
Cara bacaan : Ishlauha
Semoga bermanfaat dan selamat beramal.
Baca Lagi Di Sini: “Tersangkut-Tersangkut Atau Merangkak, Tetap Kena Usaha Baca Al-Quran…” Ini Tip Ajak Anak Baca Sekali
MW: Semoga perkongsian ini menjadi rujukan dan panduan apabila kita membaca al-Quran.
Sumber: Sahabat Pencinta al-Quran