Mak-mak boleh belajar dan buat sendiri lempeng legend yang lembut gebu dan sedap, malah cantik bila guna ‘pan’ saiz 18 ni.Lempeng memang kesukaan ramai apatah lagi bila dicicah dengan sambal sardin atau kuah kari.
Nak sediakan untuk keluarga atau nak buat berniaga pun boleh sangat. Ikut resipi ni mesti jadi.
Kena Cuba: Resipi Lempeng Kampung. Tip Penting, TAPIS Dengan Penapis Teh, Baru Tak Pekat Likat
Lempeng Legend Lembut Gebu Airtangan Mak Buyong.
Setiap kali up gamba lempeng mesti ramai yang cakap lempeng kita cantik. Alahai.. Rasa macam nak belanja lempeng je kat semua yang komen tu tau. Tapi apekan daya, dok dalam fesbuk dapat jamu mata aje.
Harini kita belanja resepi dan tutorial buat lempeng supaya semua orang boleh buat sendiri kat rumah. Kira belanja jugak la tu kan.
Ajommm.. Belajar buat lempeng.
Artikel Menarik: Pizza Segera Tak Perlu Uli, Guna Roti Bakar Dalam Kuali
2 cawan tepung gandum
500ml air
1biji telur
2sb minyak masak
1sk garam
1sb gula
1sk baking powder
1.Masukkan telur, minyak masak, garam, gula dan sedikit air dalam blender. Blend hingga telur kembang.
2.Kemudian masukkan tepung dan baking powder berselang seli dgn air, blend hingga tepung sebati.
3.Tuang adunan dalam jug, biarkan selama 1jam supaya baking powder bertindak balas untuk dapatkan lempeng yang lembut dan gebu.
Mesti Baca: Letak Majerin Dalam Adunan, LEMPENG KELAPA Elok Tak Melekat Di Kuali
Boleh beli pan saiz 18 murah di sini:
Yang ini kita buat jual. 1set 6 keping rm5. Kalau nak jual jugak boleh letak harga ikut budi bicara masing-masing.
Semoga bermanfaat! Selamat Mencuba.
Mingguan Wanita:Begini rupanya nak buat lempeng legend yang cantik, lembut gebu dan sedap. Boleh cuba buat nanti di rumah. Nak buat jual untuk berniaga pun boleh sangat.
Sumber: Suzana Othman
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
ZAMAN DAHULU BOLEH LAH NAK PERMAINKAN WANITA. SEKARANG ‘BIG NO’ Wanita hari ini PANTANG DICABAR!
Pernah diperlekehkan? Dipijak kepala? Buli atau takut berdepan masalah hidup? Dengar apa nasihat pakar. Jom sertai webinar sehari, AURA: Wanita Pantang Dicabar ini.
Klik link ini untuk daftar penyertaan: https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-aura-wanita-pantang-dicabar/ atau whatsapp : http://www.wasap.my/60196328758/DaftarAura